Isnin, Mac 31

Blues Monday #47

Assalamualaikum...

Lemau pulak pagi-pagini.. hehehe.. baru naik dari bercuti lama. Letih balik dari Kelantanpun tak hilang lagi. Yang lagi best, pagi-pagi dah dapat surat memo dari Jabatan lain nak buat bacaan Yassin. Tapi ada minit BOS cakap jabatan dia tak bagi sokongan buat YDP sebab tak ramai yang hadir untuk bacaan Yassin. Tapi yang aku pelik, bila ada majlis Usrah or Ceramah Ugama, kami tak di beri keizinan oleh BOS untuk pergi ke majlis ilmu sebab tidak ada kena mengena dengan tugas hakiki kami.. 

HELLO.... membaca Yassin pun tak termasuk dalam tugas hakiki kami juga.... Nak menambah ilmu akhirat tak dibagi, tapi bagi pula untuk bacaan Yassin, memanglah elok sebab ianya boleh menambah pahala kita tambah lagi itu juga majlis ilmu, tapi kalau pergi ke sana lepas tu membuat dan menambah Dosa dengan mengumpat DUA manusia yang berskandalpun buat apa.... habis hilang pahala aku. Pada aku, baik tak payah pergi kalau setakat pergi sebab takut dengan orang yang bagi arahan dan bukan takut kepada yang ESA. (Inipun dah kira DOSA sebab mengumpat BOS) muehehehe...

Pagi-pagi, BOS tengok senarai orang bercuti. Kebetulan pula, Puan Ain bercuti 3 hari, boleh pulak BOS aku tanya pada partner Puan Ain kenapa Puan Ain bercuti selama tiga hari? Ish..Ish..Ish.. BOS..BOS..BOS..




Menghimpun dosa sesaja aku pagi nih... [tension setiap kali datang kerja, rasa nak berhenti pun adanih.. dah tidak ada rasa keseronokan bekerja, Bila agaknya dapat aku tukar Jabatannih..]


Jumaat, Mac 28

On The Way Kelantan

Assalamuaikum..

Aku on the way to pasir puteh Kelantannih.... Anak teruna aku day bising tido bangun, tido bangun tak sampai-sampai jugs sian pulak aku sengornye...

Aku me pasir putehni nak menghadiri kenduri staff jabatan aku. Dah alang-alang aku bercuti di bukit tinggi, baik aku berjalan lagi jauhkan...
Oklah nanti aku cerita lanjut. Tengah jadi co-pilotnih... Nanti pilot Marsh tengok aku layan blog hehehe... Nak tengok Jalan lagini





Isnin, Mac 17

Blues Monday #46


Assalamualaikum...


Jumaat lepas aku ada letak pasal Feltkan? Sebenarnya aku bukanlah sihat mana nih.. aku kena demam selsema. Tapi dalam pada tak sihat tu, dapat jugak aku siapkan Seni Felt aku.. Taraa.. seperti yang aku janjikan.. jadilah untuk percubaankan... nanti dah ok bolehlah aku jual kat office pulakke.. manake...kan...
Hasil pertama aku.. key chain gitar. Yang nih dah kena book dengan anak teruna aku, siap letak kat beg lagi..
Hasil yang kedua, bear key chain untuk aku, hampir kena book lagi. Nasib baik aku sempat selamatkan
Hasil yang ketiga untuk hiasan phone aku huhuhu...

Nanti dah sihat dan badan aku dah ok aku buat lagi ek.. tak lupa untuk aku update entry...

Jumaat, Mac 14

Felt? Pulak...

Assalamualaikum...

Dua ke tiga hari lepas aku ada terbaca pasal seni Felt, lajulah tangannih tanyakan pada pakcik google, cari punya cari, aku jumpa kat satu laman web nih, yang jual buku belajar buat Felt. Akupun apa lagi buat order sebab macam berminat pula nak buat sebab aku tengok comel belaka, akukan suka menda-menda seni nih... order isnin lepas rabu baru dapat, jumaat aku baru ambil kat pejabat pos laju.. 
Inilah barang kiriman aku.. nanti aku cuba buat nanti aku tunjukkan ek..