Assalamualaikum...
Harini entah kenapa, hari yang bukan macam hari Isnin yang biasa buat aku. Muehheheh aku tetiba boleh terajin pulok buat kerja. Leka buat kerja, sedar-sedar jam menunjukkan pukul 1 petang dah. eh dah rehat rupanya... Pelik pulak dengan keadaan aku nih.. Buleh pula pelik dengan keadaan sendiri ek. hehehehe
Hmm... kerja dah aku siapkan pagi, apa pulak aku nak buat petang ek??? haa... tengok bab ni yang paling aku malas nih.. bila kerja dah siap, mulalah aku nak melangut nanti nih.. ish.. ish.. ish.. oklah aku nak layan mata jap.. ADIOS.... Zzzzzzzz....... rehatkan mata sementara waktu rehatnih..
Assalamualaikum...
Badan aku tak berapa nak sihat nih.. macam nak demamjer.. tak larat sakit tekak, sakit telinga, sakit tulang belakang.. sangat.. sangat.. sangat tak larat.
Dalam pada tak larat tu aku gagahkan diri untuk pergi klinik majlis dengan tumpang kereta jabatan. Sampai sana, akupun mula di interview oleh pembantu perubatan. Periksa punya periksa, aku diberitahu telinga aku ada fungus dalam telinga aku dan tekanan darah aku rendah. Hmm tak pernah-pernah aku kena darah rendah nih selalunya darah tinggi jer or hampir - hampir.. Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku.
Aku jugak di beri time slip iaitu half day untuk orang sakit. Hari ini hari jumaat rehat start 12:15 pm. Aku pun serahkan borang 1/2 day pada bos. Tiba-tiba bos panggil bagi tahu aku kena keluar ikut masa yang tercatat pada borang time slip iaitu jam 2 pm. HELLO hari ini hari Jumaat lah..... bukan hari biasa... takkan aku nak balik rehat lepas tu nak datang balik semata-mata untuk punch kad semata? Aku sakitlah... bukan buat main-main... Ya ALLAH dugaan mu aku terima dengan REDHA..
Tak apelah, aku ikutkan aje permainan mereka, selagi mereka berkuasa aku turutkan lagipun aku nih masih SYMP. Semoga mereka-merekani berubah ke arah yang lebih baik.. Amin.