Jumaat, April 4

Tekanan Darah aku Rendah?


Assalamualaikum...

Badan aku tak berapa nak sihat nih.. macam nak demamjer.. tak larat sakit tekak, sakit telinga, sakit tulang belakang.. sangat.. sangat.. sangat tak larat.

Dalam pada tak larat tu aku gagahkan diri untuk pergi klinik majlis dengan tumpang kereta jabatan. Sampai sana, akupun mula di interview oleh pembantu perubatan. Periksa punya periksa, aku diberitahu telinga aku ada fungus dalam telinga aku dan tekanan darah aku rendah. Hmm tak pernah-pernah aku kena darah rendah nih selalunya darah tinggi jer or hampir - hampir.. Alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku.

Aku jugak di beri time slip iaitu half day untuk orang sakit. Hari ini hari jumaat rehat start 12:15 pm. Aku pun serahkan borang 1/2 day pada bos. Tiba-tiba bos panggil bagi tahu aku kena keluar ikut masa yang tercatat pada borang time slip iaitu jam 2 pm. HELLO hari ini hari Jumaat lah..... bukan hari biasa... takkan aku nak balik rehat lepas tu nak datang balik semata-mata untuk punch kad semata? Aku sakitlah... bukan buat main-main... Ya ALLAH dugaan mu aku terima dengan REDHA..

Tak apelah, aku ikutkan aje permainan mereka, selagi mereka berkuasa aku turutkan lagipun aku nih masih SYMP. Semoga mereka-merekani berubah ke arah yang lebih baik.. Amin.

2 ulasan:

Indahnya Kehidupan berkata...

saya memang ada darah rendah.. Darah rendah ni lebih bahaya lagi.. Kalau bangun atau berdiri mesti akan rasa melelong.. Apa la bos tuu.. Tak faham betul la kalau bos jenis macam tu..

Firdausy CiLiKku berkata...

first time kena darah rendah. mula tak nak ambil ubat takut preggy tp isnin lepas, check balik dah ok dah tekanan. so tak payah ambil ubat.. Alhamdulillah