Jumaat, Oktober 24

Freaky Friday #35


Assalamualaikum..

Rasulullah Memaafkan Pembunuh

Pada suatu hari Suraqah Bin Malik mendapat khabar sesiapa yang mendapat khabar sesiapa yang dapat membunuh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA, mereka akan diberi hadiah 100 ekor unta. Suraqah yang tertarik dengan khabar itu segera menemui Abu Jahal untuk mengetahui kebenarannya.

"Hai, Abu Jahal. Apa benar kamu mahu menghadiahkan 100 ekor unta jika ada sesiapa yang berjaya membunuh Muhammad?" Tanya Suraqah sebaik sahaja bertemu Abu Jahal.

Abu Jahal tersenyum kerana tawarannya mendapat sambutan lalu berkata, "Memang benar. Sekarang ini Muhammad dan Abu Bakar sedang dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, kau jejakilah mereka."

"Kalau begitu, aku akan jejaki mereka dan aku akan pulang kepadamu dengan membawa mayat Muhammad," kata Suraqah dengan angkuhnya kerana yakin hajatnya untuk menjejak Muhammad dan Abu Bakar akan tercapai.

"Baiklah kamu pergi sekarang. Kalau menunggu lebih lama, mereka akan semakin jauh," balas Abu Jahal yang tidak sabar melihat mayat Rasulullah SAW terbujur di depam mata.

Tanpa berlengah, Suraqah mengesan perjalanan Rasulullah SAW dengan menaiki kuda merentasi padang pasir dan bukit-bukau. Akhirnya dia berjaya menjejaki perjalanan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA.

Sementara itu Rasulullah SAW melahirkan kebimbangannya kepada Saidina Abu Bakar RA.

"Saya mendapat tahu Abu Jahal menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang dapat membunuh kita dan berjaya menggagalkan rancangan kita untuk berhijrah ke Madinah." beritahu Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar RA sebaik sahaja sampai di satu tempat yang selamat daripada intipan musuh-musuh Islam.

"Ya Rasulullah, itulah yang saya dengar. Tetapi saya percaya Allah melindungi kita daripada sebarang ancaman musuh," jawab Saidina Abu Bakar RA menenteramkan perasaan Rasulullah SAW.

"Mudah-mudahan Allah bersama-sama kita," ujar Rasulullah SAW sambil memerhatikan sekeliling.

Perjalanan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA yang melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah banyak menempuh pelbagai dugaan dan halangan. Ramai musuh-musuh Islam melakukan pelabagai cara supaya hijrah dari Mekah ke Madinah itu menemui kegagalan.

Keselamatan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA sememangnya sentiasa di dalam kebimbangan kerana musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghalang niat mereka. Mereka berdua juga menjadi buruan para pahlawan daripada pelbagai suku kaum di Mekah yang ingin membunuhnya.

Bagi Suraqah pula, dia sudah membayangkan akan menjadi seorang yang kaya raya jika dapat membunuh Rasulullah SAW dan menyerahkan mayatnya kepada Abu Jahal.

"Aku akan menjadi seorang yang kaya dan disegani kerana keberanianku membunuh Muhammad," bisik hati kecilnya sambil mengesan perjalanan Rasulullah SAW dengan menaiki kuda dan merentasi bukit bukau.

Sampai pada satu tempat dia berhenti. "Kalau tidak silap, ini laluan kaki binatang. Sudah tentu ada manusia yang melalui tempat ini. Aku yakin Muhammad dan Abu Bakar bersembunyi di sekitar kawasan ini," bisik hati Suraqah sambil memerhatikan bekas laluan tapak kaki kuda. Dia memerhati kawsan sekitar. Banyak kawasan bukit bukau yang sesuai untuk berlindung.

Suraqah memacu kudanya dengan berhati-hati merentasi lurah berbatu-batu supaya kehadirannya disitu tidak disedari oleh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA. Walaupun dia sudah berhati-hati tetapi malang tetap menimpa kerana niat buruknya itu.

Ketika kuda tunggangannya melalui lurah-lurah berbatu, tidak semena-mena kudanya telah tergelincir dan jatuh tersungkur. Suraqah tidak dapat berbuat apa-apa. Dia juga turut tersungkur bersama kudanya.

Suraqah jatuh berguling-guling di celah batu sehingga kepalanya berdarah dan darah mengalir di kepalanya. Dia mengaduh kesakitan tetapi tidak ada sesiapa mendengar keluhannya itu. Lama dia mengerang kesakitan dan berharap ada manusia yang menolongnya.

"Abu Bakar, kamu dengar ada suara meminta tolong. Sudah tentu mereka dalam kesusahan," tanya Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar RA yang tidak jauh dari situ.

"Ya saya juga mendengarnya Rasulullah. Tetapi apakah kita perlu menolongya? Manalah tahu, itu tipu muslihat musuh yang sedang mengesan kita?"

"Kita bertawakal kepada Allah. Niat kita mahu menolong," ujar Rasulullah SAW.

Tanpa berlengah Rasulullah SAW dab Saidina Abu Bakar RA perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian. Sebaik sahaja keluar, mereka terlihat Suraqah sedang mengerang kesakitan. Rasulullah SAW dan Saidina Abu Baka RA menghampiri Suraqah untuk memberikan bantuan.

Belumpun sempat Rasulullah SAW memberikan bantuan, Suraqah bersuara, "Hai Muhammad, aku sebenarnya bertujuan tidak baik terhadapmu. Aku menyahut cabaran Abu Jahal untuk membunuhmu dan mendapatkan ganjaran 100 ekor unta."

Suraqah yang berasa menggigil dan ketakutan berkali-kali memohon maaf kepada Rasulullah SAW. Katanya, "Maafkan aku wahai Muhammad. Aku berjanji, aku tidak akan membunuhMu!"

Rasulullah SAW dab Saidina Abu Bakar RA terkejut mendengar pengakuan Suraqah itu. Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Aku sedia memaafkan kamu walaupun kamu hendak membunuh aku. Pulanglah, pekerjaan kamu ini sia-sia."

Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA memberi pertolongan dengan membalut luka di kepala Suraqah.

"Terima kasih ya Muhammad. Aku sungguh kagum dengan sikapmu yang tidak mengapa-apakan aku malah sudi membantuku. Tetapi sebelum aku pulang, aku mahu sepucuk surat daripadamu, aku mahu meminta kaum musyirikin jangan mengejarmu dan membiarkanmu berhijrah ke Madinah dengan selamat," pinta Suraqah.

Rasulullah SAW bersetuju dengan permintaan Suraqah. Kemudian Rasulullah SAW meminta Saidina Abu Bakar menulis surat itu. Setelah surat itu siap, dia memberikan kepada Suraqah. 

Suraqah segera beredar pulang untuk menyampaikan isi surat itu kepada kaum musyrikin.


Tiada ulasan: