Jumaat, November 28

Kejadian Kenderaan Terbakar Di Tempat Letak Kereta Pejabat Aku


Assalamualaikum...

Kisah terjadi malam semalam ketika kami sedang mengadakan Majlis solat hajat berjemaah dan tahlil bersama kakitangan dan ketua jabatan. Aku ketika itu sedang keluar dari surau dalam jarak 1-2 kot kilometer dari tempat kejadian. Anak teruna dah mengantuk masa tu nak balik cepat. So, tengah nak habis tahlil, akupun keluar menuju ke kereta. Tiba-tiba aku dengar bunyi meletop. Ingatkan ada budak main mercun. Aku lihat dari jauh pula, ada asap keluar berkepul-kepul. Ingat orang buat BBQ ataupun orang bakar sampah belakang bangunan. Muehehehe... 

Sekali bila datang dekat then tanya orang rupanya ada kereta pengarah sedang terbakar. Tengok dekat-dekat marak pula apinya.
Mulanya aku tengok dari jauhje
Masani aku mula datang mendekat
Dan semakin dekat
Habis terbakar apipun tengah marak, Bomba pula sampai lewat. Kereta pengarah yang lain pula, parking selang 2 petak juga turut terkena tempias kebakaran
 Bomba baru sampai
 Masani orang dah ramai yang kerumun
 Pihak Bomba sedang memadamkan api, lama juga nak memadamkannya. Habis badan aku berbau asap huhuhu.. balik kena mandi lagi nih...
 Api dahpun terpadam, tapi asap masih pekat lagi. Huhuhu.. hidung aku juga turut berbau asap

Aku dan anak teruna dah tak larat nak tunggu, kami balik dululah.. lagipun anak teruna aku dah mengantuk yang amat sangat plus sakit perut lagi. Kamipun balik ke rumah dalam keadaan badan berbau asap getah.. huhuhu..
Inlah rupa kereta yang terkena tempias kesan dari kereta yang terbakar tadi. jenuh juga nak dibaiki ni.

Pagini, kecoh semua jabatan pasal kereta yang terbakar. Malam tadi pula kecoh dalam what app dan FB huhuhu....

Freaky Friday #36


Assalamualaikum..

Melumpuhkan Niat Pembunuh

Sifat pemaaf dan jujur yang dimiliki oleh Rasulullah SAW menjadi senjata penting untuk melumpuhkan niat buruk musuh-musuhnya. Banyak sekali ancaman yang diterimanya tetapi semuanya dapat dipatahkan dengan sifat-sifat keperibadian Rasulullah SAW yang tiada tolok bandingnya.

Pada satu ketika, sewaktu Umar Al-Khatab belum memeluk islam, dia telah berkomplot dengan Abu Jahal untuk membunuh Rasulullah SAW. Lalu pada satu malam, Umar Al-Khatab dan Abu Jahal telah datang ke rumah Rasulullah SAW denganniat hendak membunuhnya.

Sesampai sahaja mereka di rumah Rasulullah SAW, Umar al-khatab telah mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW. Tanpa mengesyaki apa-apa, Rasulullah SAW terus membuka pintu surah al-Haqqah.

Sebaik sahaja membuka pintu, Rasulullah SAW terus menatap wajah Umar al-Khatab dengan Abu Jahal dengan tajam.

"Selamatkan diri sekarang!" jerit Umar al-Khatab kepada Abu Jahal sambil lari lintang pukang meninggalkan rumah Rasulullah SAW.

Berpunca daripada itulah akhirnya Umar al-Khatab memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasulullah SAW yang sangat rapat.

Manakala pada satu peristiwa yang lain, ketika Rasulullah SAW sedang berehat dibawah sebatang pohon selepas pertempuran, tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya sambil menghunus pedang ke arahnya.

"Siapakan yang dapat melindungi engkau daripada pedangku ini wahai Muhammad?" jerkah seorang lelaki yang tidak dikenali itu. Lelaki itu menghampirkan hujung mata pedangnya ke muka Rasulullah SAW.

Berhadapan dengan saat genting seperti itu, Rasulullah SAW tidak berasa cemas, sebaliknya berasa tenang dan menatap wajah lelalki itu sambil berkata, "Allah melindungiku."

Sebaik sahaja Rasulullah SAW menjawab, dengan tiba-tiba sahaja tangan lelaki itu menjadi gementar dan pedang yang dipegangnya jatuh ke tanah. Kemudian lelaki itu menghantuk-hantukkan kepala ke batang pokok itu bertalu-talu sehingga berdarah.

"Mengapa kamu lakukan begini? Bukankah aku sudah memaafkan kamu?" Tanya Rasulullah SAW kepada lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, kemudian lelaki itu beredar dari situ.

lelaki itu kemudiannya kembali kepada kaumnya dan memberitahu mereka, dia telah bertemu dengan seorang manusia yang terlalu baik.

Pada suatu ketika yang lain pula, seorang pemimpin Quraisy telah bertemu dengan Abu Jahal di sebatang jalan di Kota Mekah.

"Wahai al-Hakkam, disini tidak ada orang lain kecuali diriku dan dirimu. Aku hanya mahu kepastianmu sejauh manakah Muhammad itu seorang yang jujur atau pendusta?" Tanya pemimpin Quraisy.

"Demi Allah, sesungguhnya Muhammad itu seorang yang jujur dan tidak pernah berdusta sama sekali," jawab Abu Jahal sejujurnya.

"Baiklah. Kalau Muhammad itu seorang yang jujur, apakah yang menghalang kamu daripada mengikuti ajarannya?" Tanya pemimpin Quraisy itu lagi.

"Kami bersaing dengan Bani Hasyim. Kami saling berebut kehormatan dan kejayaan. Jika mereka memberi makan, kami juga memberi makan. Jika mereke memberi minum. kami juga memberi minum. Kami bersaing seperti satu perlumbaan kuda, kami bersaing mengejar kelebihan dan kejayaan. Cuma mereka mempunyai kelebihan kerana ada di antara mereka menjadi nabi dan bagaimana kami mahu mempercayainya?" jawab Abu Jahal.

Lelaki itu mengangguk dan beredar dari situ setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Jahal itu.

Isnin, November 24

Blues Monday #66

Assalamualaikum...

Aku sedang menghitung hari..

 TIK..TOK..TIK..TOK..TIK..TOK..

ada lagi EMPAT hari untuk aku menunggu saat-saat mantan bos aku berhambus dari pejabat aku ni..

ada EMPAT hari juga aku nak menunggu Bos baru aku mengambil tampuk pemerintahannya dan kita lihat bagaimana pula kerenah Bos baru aku ni.... dalam tempoh hampir dua minggu dia bersama kami nampak oklah, tapi kita tak tahu macammana nanti pula bila dia dapat menjadi Bos dalam erti kata 'BOS' itu...

TIK.. TOK..

.
.
.
.
TIK..TOK....
.
.
.
.
.
TIK ....   TOK......
.
.
.
.
.
Kita tunggu........................................................... Adios.........................