Selasa, November 18

Selasa, 18hb November.

Assalamualaikum...

Hari Selasa, 18hb November.

Apa ada hari selasa? Apa ada dengan 18hb Nov? Buat yang mengingati hari ini, aku amat berterima kasih dan amat terharu rasanya sebab ada yang ingat tarikh ini.

Pagi tadi, aku amat bersemangat bangun pagi untuk menerima ucapan yang istimewa dari orang yang paling dekat dengan aku. Namun, aku kecewa. Tak mengapalah mungkin mereka akan mengucapkannya petang ini.

Pagi ini juga, aku amat bersemangat untuk datang bekerja sebab aku dapat berita yang mengembirakan semalam. Berita yang aku terima adalah Big Bos aku akan berpindah esok ke Negeri Sembilan. Seronok giler arr.. sebab masalah besar dah selesai sangat-sangat.

Namun, petang ni pula, aku dapat tahu dia menangguhkan keberambusan dia ke Negeri Sembilan ditangguhkan selama 10 hari lagi. Allahuakbar... tolonglah tak larat rasanya nak sengsara lagi sepuluh hari.

Tadi dapat SMS dari Hubby aku, bagitau dia main badminton petang ni. Hmmm... mesti tak ingatlah tu..

Rakan-rakan QE aku, terutama rakan baik aku juga tak ingat tarikh hari ini ada apa. Hmm.. mungkin mereka sibuk.

Yang ingat pun seorang rakan UiTM aku sebab kebetulan sama dengan tarikh anaknya. Terima kasih Ikin kerana mengingatinya.

Hmm.. takpelah.. mungkin mereka sibuk lalu terlupa. Biarlah hari ini berlalu, tak akan ruginya tanpa ingatan mereka. Hari yang berlalu kita tinggalkan jadi kenangan silam kita..

Adios...

2 ulasan:

Mummy MM berkata...

Kesiannya. Hari jadi ke sis?

Firdausy CiLiKku berkata...

hehehehe... hmm....