Jumaat, Februari 27

Freaky Friday #44



Assalamualaikum wbt...


MENYEMBUNYIKAN KELAPARAN

Selesai sahaja Rasulullah SAW mengimami solat Subuh berjemaah, sahabat Rasulullah SAW Saidina Umar al-Khatab mendatanginya untuk bertanyakan satu soalan.

"Ya Rasulullah SAW, bolehkah saya bertanyakan sesuatu yang menjadi musykil kami? Tanya Saidina Umar al_Khatab sambil dihampiri beberapa orang sahabatnya yang lain.

"Apakah yang kamu musykilkan itu? Beritahulah kepadaku?" Rasalullah SAW meminta Saidina Umar al-Khatab memberitahu memandangkan para sahabatnya yang lain seolah-olah segan hendak bersuara.

"Saya berharap Rasulullah SAW tidak tersinggung dengan pertanyaan kami. Begini. Kami perasan, sewaktu Rasulullah berpindah rukun sembahyang, kami dapat rasakan Rasululllah amat susah sekali seolah-olah Rasulullah menanggung sesuatu penderitaan yang amat berat sekali. Apakah Rasulullah sedang menahan satu penyakit, ya Rasulullah?" Tanya Saidina Umar al-Khatab sementara para sahabat yang lain tekun mendengarnya.

Rasulullah SAW tersenyum memandang para sahabatnya. Bagaimanapun para sahabatnya berasa hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

"Aku tidak apa-apa. Aku sihat. Kamu lihatlah aku, apakah aku sedang sakit?" Tanya Rasulullah SAW seraya memandang wajah para sahabatnya.

Saidina Umar al-Khatab yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu bertanya lagi, "Tapi Rasulullah, setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuh, kami seolah-olah terdengar sendi-sendi Rasulullah berbunyi. Kami percaya Rasulullah sedang sakit."

Rasulullah SAW terdiam seketika. Baginda berasa serba salah apabila didesak untuk menceritakan perkara sebenar. Akhirnya Rasulullah SAW mengangkat jubah yang dipakainya ke atas sedikit.

Sebaik sahaja jubah dinaikkan, para sahabat terkejut apabila melihat prut Rasulullah SAW yang kempis. Baginda melilit sehelai kain yang berisi batu-batu kerikil.

"Ya Rasulullah, mengapakah Rasulullah melakukan sedemikian?" Tanya Saidina Umar yang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Aku melakukan begitu untuk menahan rasa lapar. Mungkin batu-batu kerikil inilah yang berbunyi dan memusykilkan kamu semua," balas Rasulullah SAW seraya menurunkan semula jubah yang menutupi perutnya.

"Ya Rasulullah. Adakah Rasulullah berasa malu apabila berasa lapar dan menganggap kami tidak akan berusaha untuk mendapatkan makanan untuk tuan? Tanya Saidina Umar al-Khatab lagi.

Rasulullah SAW menjawab dengan lembut dan menyenangkan hati para sahabatnya, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, kamu tidak akan membiarkan aku kelaparan begini. Aku tahu kamu akan berbuat sesuatu untuk membantuku, tetapi apakah yang akan aku jawab nanti di hadapan Allah? Aku pemimpin, tidak selayaknya aku membebankan orang yang aku pimpin." 

Saidina Umar al-Khatab dan para sahabatnya sangat terharu dan simpati dengan pengakuan Rasulullah SAW itu serta tidak menyangka baginda sanggup berbuat demikian untuk memastikan umatnya tidak kelaparan sepertinya.

"Barulah kami faham mengapa tuan melakukan demikian. Sesungguhnya tidak ramai pemimpin berhati mulia seperti tuan. Kebanyakan pemimpin mementingkan diri sendiri dahulu, kemudian barulah orang lain. Kami berasa amat kagum ya Rasulullah," ujar Saidina Umar al-Khatab.

"Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah daripada Allah untukku. Apa yang aku harapkan tidak ada umatku yang kelaparan di dunia dan akhirat," tegas Rasulullah SAW.


2 ulasan:

OKje berkata...

Malunya dengan Rasulullah.....kita kalau lapar bukan main lagi riuh sekampung...huhu

Masyaallah hebatnya akhlak Rasullullah

Firdausy CiLiKku berkata...

Kan.... selalunya kita kalu lapar mau makan dulu sebelum solat. makan tu yg kita utamakan bukannya solat. kononnya kalu solat masa lapar nanti tak kusyuk.

cukup terpuji akhlaknya Rasulullah SAW.