Sabtu, Disember 26

Silent Saturday #1

Assalamualaikum wbt.....

Adios...

Khamis, Disember 24

Salam Maulidur Rasul 2015

Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul buat kawan-kawan semua..
Muhammad Rasulullah SAW, Kekasih Allah, kekasih kita, Nabi junjungan kita yang paling akhir. Insan yang paling sempurna malah tiada cacat celanya.

Rindu hati ini ingin berjumpa dengannya. Rindu tak terkira walaupun tak pernah bersua muka. Aku menyanjung mu walaupun hanya membaca dan mendengar kisah mu. Aku memuja keperibadianmu Muhammad. Adakah kita akan bertemu nanti.

Tak tercapai tangan ini ingin menggapaimu. Muhammad, kau berada di tempat yang paling tinggi, yang paling mulia di sisi Allah yang Esa. Muhammad, se awal lagi Engkau di janjikan Syurga Firdausy, tapi diri ini tidak ketahuan lagi. Mungkinkah di Syurga atau di neraka.

Diri ini hanya insan biasa yang punya banyak kekurangan. Yang tidak mempunyai apa-apa. Yang kosong isi di dada. Yang punya banyak kejahilan. Yang sering alpa dengan godaan duniawi. Apakah dapat aku berada di sisi Mu Muhammad?

Aku hanya mampu untuk terus berangan-angan dan bermimpi untuk berada di sisi Mu. Apakah layak diri ini untuk berada dekat dengan mu?

Wahai Muhammad... diri ini sangat sangat sangat... merindui Mu
Selamat menyambu tahun baharu san salam maulidur rasul buat semua... Adios..

Selasa, Disember 22

Ayam Goreng Madu Firdausy


Assalamualaikum wbt....

Resepini aku dapat dari sahabat baik aku puan Ana. Sekali rasa nak lagi... memang sedap menjilat jari

Hidangan untuk 3 orang

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • Kicap manis
  • 2 Sudu besar madu
Bahan Kisar:
  • 2 cm Kunyit
  • 2 cm Halia
  • 4 Ulas bawang mera
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Batang serai
Cara Penyediaan:
  1.  Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis, madu dan sedikt garam selama 1 jam (aku perap semalaman, rasa rempahtu lebih menyerap)
  2. Goreng sehingga ayam masak/keperangan
  3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk di makan


Inilah rupa ayam goreng madu versi aku. dimakan dengan nasi ayam lemon.
Selamat mencuba..