Khamis, April 28

Fraser Hill, Pahang


Assalamualaikum wbt....

Dah lama sebenarnya aku teringin nak naik Fraser Hill. Aku nak rasa best ke tak pergi Fraser Hill ni. Akhirnya..., tercapai juga hajat aku nak naik Fraser Hill. Dah sebulan jugalah Hubby aku bagitau nak pergi kenduri dekat Raub. Dia minta aku cari hotel yang terdekat. Akupun apa lagi, cari hotel yang agak menarik dan ada aktiviti nak dibuat such as berenang.. muehehehe...apa lagi kan. Berhari-hari jugalah aku proposed kat Hubby cadangan hotel tapi semuanya dia tak setuju. Pada hari kenduripun masih tiada keputusan. So... Hubby decide pergi kenduri dahulu, then singgah mana-mana untuk tidur semalam.

Sampai dikenduri rakan Hubby, masih belum ada keputusan. So, kami enjoy dulu masa kenduri.
 
 Kami sampai awal, Makananpun tak setting lagi.

Selesai makan, kami bergerak mencari hotel. Aku ingat nak singgah di Tanah Aina di Fraser Hilljer, mana nak tahu boleh bermalam di Tanah Ainakan, tapi tak tahu jalan pula. Sudahnya, Hubby decide kami cari hotel/penginapan di atas bukit sahaja.
Jalannya bagai ulau kena palu huhuhu.. ramai penunggang basikal di atas jalan raya, Jadi, berhati-hatilah ye.

Perjalanan naik ke atas agak mencabar jugak. Mulanya... aku takut kuda hitam aku tak dapat nak naik bukit Fraser.. yelah. asyik problem memanjang, nanti menyusahkan aku pula, buatnya rosak tengah jalan dalam hutan huhuhu jenuh... Syabas juga buat hubby aku sebab berjaya membawa kami naik ke Bukit Fraser.. fuhh.. kesat peluh kat dahi.. lega... Jom layan gambar ajelah yer...

 Jalan masuk nak ke Fraser Hill
 Di persimpangan jalan naik dan jalan turun

Masa ni best, berpusing-pusing kereta kami naik
Akhirnya sampai juga
Nak sampai dah
Sampai dah di tengah-tengah Fraser Hill. Nampak tak menara jam tu, itulah simbol Fraser Hill
 Selamat Datang ke Bukit Fraser
Ok, mula-mula kita pusing-pusing dulu sambil cari hotel untuk bermalam.
 Akhirnya kami decide untuk bermalam di Shahzan Inn, sebab ituje aku tahu dan jumpa dalam booking.com hehehe....

Sempat kami bergambar
Done check-in, kami masuk bilik dulu untuk solat dan tangkap gambar eh silap hantar beg sebenarnya kikikiki....
Selfie dulu kikikiki...
 Menara jam Fraser Hill
Selfie anak beranak kikiki...
Mula-mula, kami jalan-jalan keliling pekan dahulu
Melihat-lihat keunikan binaan bangunan sekitar
Kami memanjat ke atas sedikit, sambil mencari makan untuk Dinner. Sambil-sambil itu, aku mencari rumah rehat untuk tatapan semua.
 Sorrylah, alamat Banglo ni kabur.
 Trail buat sesiapa yang gemar mendaki
 Juadah makan malam kami, kami makan lewat petang, terus bawa ke malamlah kiranya. Disebabkan kami jalan kaki, terpaksalah kami panjat tangga lagi. untuk ke food garden.
 Suasana malam di Fraser Hill. Sunyi............creepyjer.. hehehe..

 
 Jom Wifie, ini waktu pagi keesokan harinya, selepas sarapan, kami jalan-jalan menghirup udara segar di sini #panjattanggalagi huhuhu...
 Sejarah Bukit Fraser
Kami jalan sampai ke atas lagi tapi dengan keretalah hehehe. Ada tasik dekat atas, sesiapa yang naik main paddle boat bolehlah ke sini
 Selfie aje kami ni kan...
 
Kami turun bawah dekat padang golf. Kedai cenderamata yang ada di pekan. Di food court pun ada jual gak, banyak pilihan.
 


 Jom buat tinjauan burung, di Fraser Hill ni terkenal dengan tempat persinggahan burung
Gambar burung yang singgah di Bukit Fraser yang ada di Shahzan Hill

Masa untuk check-out, memang pengalaman yang berharga buat aku. Terima kasih to En. Hubby sebab sanggup merealisasikan impian isteri mu ini.
Gambar-gambar yang ada semasa turun bukit Fraser, sewaktu balik, kami ikut jalan lain, kami tak turun ikut Raub, tapi kami ikut jalan arah ke Selangor.
Kawasan tadahan air di Selangor

Sampai sini sahaja kisah Freaser Hill aku, sampai jumpa lagi.. adios....

Tiada ulasan: