Assalamualaikum wbt...
Entry kali ini sebenarnya entry tertunggak, lama dah aku peram gambar ni. Baru hari ni aku berkesempatan edit dan post.
Sebenarnya aku mengikut Hubby aku datang ke Bukit Cahaya Sri Alam ni. Aku naik basikal dengan anak teruna, sementara Hubby dengan kawan-kawan dia pergi ke adventure park.
Mencabar juga naik basikal kawasan berbukit ni, tambah lagi kalau basikalnya tak berapa nak bagus dan gearnya rosak. Agak berpeluh-peluh juga walaupun sekadar menolak basikal hehehehe....
Kami berkayuh dari Adventure park ke rumah salji. Hanya setakat itu yang aku termampu kayuh dan jalan. jom layan gambar ajelah.
Setelah penat mengayuh dan menolak, kami rehat sebentar di kawasan yang ada sawah padi.
Nampak tak betapa gelapnya kulit aku tu huhuhu...
Anak teruna bergambar di taman haiwan
Kami dah tak larat nak mengayuh basikal, jadi kami hantar balik basikal, kami naik trem ke rumah 4 musim
Kami masuk ke rumah iklim 4 musim. Masa kami pergi ni tengah musim bunga, jadi seronoklah nak buat aktiviti menangkap gambarkan....
Anak teruna menyebuk nak bergambar juga
Bunga-bunga yang hidup di sini
Cantik dan damai je bila duduk sini
Aku dengan anak nak bergambar juga
Gambar lanskap yang aku ambil
Masa nak balik, dalam kereta. Tiba-tiba aku ternampak ada monyet atas pokok siap ada gelang putih pada matanya.
Sampai sini sahaja entry aku. akan menyusur kisah yang lain pula.... adios...
2 ulasan:
Lama tak kesini Syaz.....lama sangatlah, berbelas tahun rasanya. Dulu ke sini sebab nak rasa musim sejuk tapi sejak dah ada Icity tu...dah tak laku dah yg kat sini....
Saya sendiripun, last ke sini masa zaman bujang dulu. ni barulah nak dtg ke sini huhuhu
Catat Ulasan