السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TAAT SUAMI SAMA SEPERTI BERJIHAD
Ramai yang menganggap berjihad ialah pergi berperang melawan musuh kerana jika ditakdir terbunuh, dia akan mati syahid dan akan menjadi penghuni syurga. Jesteru itu pada zaman Rasulullah SAW ramai yang meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk pergi berperang walaupun ada di atara mereka masih belum cukup umur atau terlalu tua untuk berperang.
Pada suatu hari seorang lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta izin pergi berjihad.
"Ya Rasulullah, saya ingin berjihad tetapi saya tidak mampu. Apakah yang harus saya lakukan?"
"Apakah kamu masih ada salah seorang daripada orang tuamu?" Tanya Rasulullah SAW.
"Ya Rasulullah, saya masih ada seorang ibu,: jawab lelaki itu.
"Kalau begitu, kamu berbakti sahaja kepada orang tuamu. Apabila kamu sudah melakukan dengan sesungguh hati, samalah pahalanya seperti kamu menunaikan haji, berumrah dan berjihad," Rasulullah SAW
Dalam satu kisah lain, seorang wanita daripada suku kaum Adzirah menemui Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, boleh atau tidak saya ingin berjihad mengikuti tentera pergi berperang?" Tanya wanita bernama Ummi Kabsyah itu.
"Tidak boleh. Kamu tidak boleh pergi," kata Rasulullah SAW.
"Saya bukan hendak berperang melawan musuh tetapi mahu membantu tentera yang luka dan mengubati mereka. Paling tidak pun saya akan memberi minuman kepada mereka atau menguruskan orang sakit," kata Ummi Kabsyah lagi yang kurang berpuas hati dengan jawapan Rasulullah SAW.
"Sebaik-baiknya kamu tinggal sahaja di rumah. Jika tidak nanti, orang ramai akan heboh kononnya kamu pergi dan aku yang mengizinkan," jawab Rasulullah SAW tetapi tidak menizinkan kaum wanita ikut berperang.
Sementara itu, seorang wanita kaum lain pula menemui Rasulullah SAW untuk mengetahui maksud jihad yang sebenar.
"Ya Rasulullah, saya ingin mewakili kaum perempuan untuk bertanyakan mengenai keperluan berjihad. Jihad diwajibkan ke atas orang lelaki sahaja, jika menang dalam peperangan, mereka akan mendapat pahala yang besar. Jika terbunuh, dia akan mati syahid dan masuk syurga. Kami kaum perempuan yang menguruskan kehidupan mereka, apakah yang kami dapat?" Perempuan itu mempersoalkan.
Dengan lemah lembut dan cara bijaksana Rasulullah SAW menerangkan, "Taat kepada suami dan mengaku hak suami, balasannya setimpal dengan pahala pergi berjihad, tetapi sayangnya jarang sekali ada perempuan mampu melaksanakannya. Sampaikan pesananku ini kepada setiap perempuan yang kamu temui."
Pada satu ketika yang lain pula, seorang wanita menyerahkan sebilah pedang kepada seorang anak lelakinya yang masih kecil untuk turut sama dalam peperangan Uhud. Tetapi malang anak lelakinya itu tidak kuat untuk mengangkat pedang itu. Akhirnya diikat pedang itu pada lengan anaknya.
Kemudian wanita itu bersama anak lelakinya pergi menemui Rasulullah SAW dan berkata, "Ya Rasulullah, ini anakku. Saya yakin dia mampu mempertahankanmu di medan perang."
Melihatkan anak kecil itu begitu bersemangat untuk berperang, Rasulullah SAW mengajak anak kecil ikut serta dalam peperangan dan ternyata anak kecil itu mengalami luka-luka dan terjatuh beberapa kali. Oleh kerana kasihan melihat anak kecil itu berperang, seorang tentera membawa anak kecil itu bertemu Rasulullah SAW.
Sambil mengubati luka-luka pada anak kecil itu, Rasulullah SAW bertanya, "Hai anak kecil, adakan kamu menyesal ikut berperang?"
"Tidak, ya Rasulullah. Saya sesekali tidak menyesal! jawab kanak-kanak lelaki itu bersemangat.
Pada suatu masa yang lain, Rasulullah SAW tidak membenarkan Umair bin Abu Waqqash untuk mengikut serta dalam perang Bdar kerana menganggapnya masih terlalu kecil. Bagaimanapun, kemudian Umair Bin Abu Waqqash untuk ikut serta dalam perang Badar kerana mengganggapnya masih terlalu kecil. Bagaimanapun kemudian Umair menangis sehinggalah akhirnya Rasulullah SAW mengizinkan mengikut perang Badar. Sementara itu saudara terdekat Umair, Saad bin Abu Waqqash melihat Umair melarikan diri daripada orang ramai ketika perang Badar.
Saad kemudian menghampiri Umair dan bertanya, Mengapakah kamu lari seolah-olah mahu bersembunyi, ya Umair?"
"Saya lari bukan kerana takutkan musuh tetapi Rasulullah akan melihatku. Jika Rasulullah melihatku sudah pasti, baginda menganggap aku tidak layak berjihad kerana masih kecil dan tidak mengizinkan ikut sama berperang," jawab Umair ikhlas.
"Jika Rasulullah tidak mengizinkan, kamu pulang sajalah," pesan Saad.
"Tidak, aku tetap ingin berjihad, siapa tahu nanti aku mati syahid." kata Umair lagi.
Ternyata benarlah, apabila Rasulullah SAW melakukan pemeriksaan terhadap tentera Islam, Umair didapati belum layak untuk berperang kerana masih kecil. Umair menangis meminta jasa baik Rasulullah SAW mengizinkannya berjihad.
Akhirnya Rasulullah SAW mengizinkan Umair turut berperang. Di dalam peperangan itu Umair turut gugur syahid dalam usianya 16 tahun.