Isnin, Oktober 10

Blues Monday #107


Assalamualaikum wbt...

Aper citer Blues Monday hari ni yer? hmmm.. pagi ni jabatan aku baru, 'baru'ajer tau nak buat perhimpunan mingguan. itupun bukan berdiri tapi duduk dalam bilik mesyuarat.. muehehehe.. sengal.

Pagini badan aku sakit-sakit sebab semalam aku jatuh dari hoverboard. Hahaha.. itulah cerdik sangatkan. naik nak tapi nak turun tak reti, penyudahnya jatuh macam nangka daaa.. mujur orang tak ramai kalau tak malu setahun pun tak hilang huhuhuhu.. 

Berapa hari lepas, anak teruna jatuh dari hoverboard juga. Nak tunjuk lagak sangatkan.. sekali jatuh terlentang, jari dia pula kena kerusi malas n terkoyak sikit kulitnya. Menggigil jugalah menahan sakit. Ha.. itulah Allah dah bagitahu jangan ada riak dalam hati, itu baharu sikit je. Muehehehe... kejam tak hati aku.. bukannya apa, dah diberitahu jangan buat, nak buat juga. Siap melawan lagi cakap tak kan jatuh dan tak jatuh pun.Hailah... anak teruna.. inilah anak lelaki, selagi tak kena tak serik. hmm... macam-macam dah jadi, perut melecur sebab main tempat tabung air panaslah, jari sangkut pada rantai basikal anak jiranlah (sampai kena putuskan rantai baru boleh keluarkan jarinya), kening berparut sebab kena bucu papan putihlah... hmmm hai lah... anak....

ok sampai sini sahaja cerita aku, nanti kita sambung balik..

p/s:- nak bagitahu.. rupanya aku ada pembaca tegar blognih.. huhuhuhu.. seronok.. terima kasihlah pada yang sudi dan rajin membaca blog yang tak seberapa ini. Hutang entry banyak lagi ni.. tiada kelapangan nak edit gambar. Gambar kena edit, kalau tak berat blog nak di buka nanti.. insyallah.. doakan untuk akuni diberi kesempatan untuk update blog ni ye..

Tiada ulasan: