السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
RASULULLAH YANG PEMAAF
Berpunca tidak ikut serta di dalam peperangan Tabuk, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, bernama Ka'ab bin Malik telah dipulaukan oleh baginda dan para sahabat yang lain. Akibat pemulauan itu Ka'ab berasa runsing dan susah hati kerana kehilangan sahabat-sahabatnya. Untuk menghilangkan kerunsingan dan kekecewaan hatinya, Ka'ab berjalan-jalan di pasar Madinah. Kebetulan pula pada masa itu seorang peniaga yang menegtahui Ka'ab telah dipulaukan bertanyakan mengenai Ka'ab. Orang yang mengenali Ka'ab segera memberitahu Ka'ab.
"Wahai Ka'ab, ada seseorang mencari kamu?" Beritahu seseorang yang mengenalinya di pasar Madinah.
"Siapa?"
"Kamu pergi kepada peniaga di sebelah sana itu, dialah yang mencarimu," ujar orang itu sambil menunding ke arah seorang peniaga yang sedang sibuk berjualan. Setelah orang itu beredar, Ka'ab segera mendapatkan peniaga berkenaan.
"Ya tuan, saya Ka'ab bin Malik, saya dapat tahu, tuan mencari saya, apakah benar? Ka'ab memberanikan diri bertanya kepada peniaga dari Syam itu.
"Ya memang benar. Ini ada sepucuk surat untuk kamu," peniaga itu menghulur sepucuk surat kepada Ka'ab yang berdiri tercegat di hadapannya.
Sebaik sahaja menerima surat itu, Ka'ab yang terdiri tercegat di hadapannya.
"Sesungguhnya kami telah mendapat tahu kamu telah dipulaukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, oleh yang demikian berhubungkah dengan kami agar kami dapat melindungi kamu. Kami tahu, Tuhan tidak akan membiarkan kamu berasa terhina dan menjadi orang yang dipencilkan," begitulah isi surat yang ditulis oleh Raja Ghassan berhampiran negeri Syam.
"Ini satu tawaran yang baik, lebih baik kamu menerimanya," berutahu peniaga yang memberikan surat itu sambil memandang wajah Ka'ab yang masih bersedih.
"Tidak. Apakah yang boleh dibuat oleh seorang raja? Aku tetap beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Dipulaukan oelh Rasulullah dan sahabatnya bukanlah masalah besar bagiku. Ia hanya satu ujian Allah kepadaku sahaja. Cuma aku tidak dapat menahan sedih, itu sahaja," beritahu Ka'ab sambil mengenangkan Raja Ghassan yang kafir dan menentang ajaran Islam.
Walaupun Ka'ab mendapat tawaran perlindungan daripada seorang raja tetapi hatinya tidak terbuka untuk menerima tawaran itu. Dia lebih percaya kepada Allah dan yakin satu ketika nanti Rasulullah SAW dan para sahabat akan memaafkannya.
Akhirnya benar juga dugaan Ka'ab, Rasulullah SAW san ALLAH akhirnya memaafkan Ka'ab dan dia kembali semula kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya.
Di dalam satu kisah lain, seorang sahabat bernama Abu Mihjan yang gemar meminum arak telah turut serta bersama tentera Islam di dalam satu peperangan menentang musuh yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas RA. Satu tabiat Abu Muhjan, ketika tentera Islam berhenti rehat, Abu Mihjan mengambil kesempatan meminum arak. Perbuatannya itu telah dilihat oleh beberapa orang tentera Islam, kemudiannya dia ditangkap dan dihadapkan kepada Sa'ad bin Abi Waqqas
Dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Abu Mihjan tidak tahu dirinya telah ditangkap. Mengikut hukum hudud, Abu Mihjan boleh di sebat sehingga dia sedar daripada mabuknya.
Bagaimanapun Abu Mijhan telah dikurung sementara menanti hukuman. Manakala tentera Islam lain meneruskan perjuangan memerangi tentera parsi. Di dalam peperangan itu tentera Islam telah dikepung oleh tentera Parsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, dia menyedari tentera islam telah terkepung. Dia meminta jasa baik isteri Saad yang menjaganya meminta dilepaskan supaya dapat membantu tentera Islam.
Pada mulanya, isteri Saad enggan melepaskan tetapi apabila Saad berjanji akan kembali setelah melawan musuh, akhirnya Abu Mihjan dilepaskan lalu dia segera mara melawan musuh.
Di dalam suasana kucar-kacir itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda dengan menutup muka telah merempuh kepungan tentera parsi. Akibat rempuhan itu, ramai tentera Parsi yang terbunuh dan bertempiaran. Selesai pertempuran itu dan memperolehi kemenangan, kembalilah tentera Islam ke rumah masing-masing membawa cerita mengenai kehebatan seorang tentera berkuda yang menutup muka itu.
Ramai yang beranggapan tentera berkuda yang menutup muka itu adalah tentera malaikat yang diturunkan oleh Allah untuk membantu tetapi Saad menafikannya.
"Dia bukanlah tentera malaikat kerana kuda yang ditunggangi itu adalah kudaku," beritahu Saad kepada tentera Islam.
Akhirnya terbongkarlah rahsia bahawa tentera berkuda yang memakai topeng itu adalah Abu Mihjan. Oleh kerana keberanian Abu Mihjan merempuh kepungan tentera Parsi, Abu Mihjan dilepaskan daripada hukuman setelah berjanji tidak akan minum arak lagi sehingga menajadi Muslim yang baik dan tidak akan menjamah arak sehinggalah dia meninggal dunia.
Ruang kemaafan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya memberi ruang untuk menegakkan keadilan yang seluasnya dalam syariat Islam.
Sekian.
Hasil nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki

Tiada ulasan:
Catat Ulasan