Isnin, Mei 18

Blues Monday #84


Assalamualaikum wbt...

Ok.. mula renggangkan jari jemari... bermulalah hari bekerja. Harapnya hari ni tidak lah sibuk sangat. Aku nak siapkan kerja hakiki aku yang dah lama tertunggak.

Hari ini, di sekolah anak aku adanya hari sambutan hari guru. Anak teruna aku kena buat persembahan pulak..... Yang lagi 'best sangat'lah kan.. anak teruna aku minta aku belikan hadiah untuk guru. Dah ada guru favoritelah pulak anak aku nih... nasib baik sorang, kalau 10 orang masak aku. Tu belum masuk sekolah agama lagi tu.. Semalam kami keluar pergi ke Mr DIY beli hadiah. beli punya beli, habis RM 50 duit aku. Itu termasuk barang-barang yang aku nak belilah hehehehe.. Inlah rupa ibu bapa yang kedekut nak keluar duit.. hehehehe.. nampak sangat tak ikhlas, duk berkira huhuhu... Mana tidaknya aku berkira, kalau cikgunyapun agak berkira dengan anak murid... Duit anak aku hilang kena curi, cikgu boleh buat tak reti jer.. Kesian anak aku tak makan pagi tu. 

What everlah... sebelum aku check out, Selamat Hari guru buat guru-guru yang pernah mengajar aku, anak aku dan juga buat makcik aku di Johor.

 Nilah rupa hadiah yang dah siap dibungkus...

Adios...

Jumaat, Mei 15

Freaky Friday #48


Assalamualaikum wbt..

KIK dah selesai selasa lepas.. legaaa... boleh dah siapkan kerja yang tertunggak.... Lama aku tak update entrykan.. jom baca dulu...


MEMBUANG BISA ULAR DENGAN  LUDAH

Apabila mengetahui orang kafir hendak membunuh Rasulullah SAW, baginda bersama-sama dengan Abu Bakar RA telah bertindak untuk bersembunyi di Gua Thur. Rasulullah SAW tahu, sudah pasti orang-orang kafir yang membunuhnya berasa kecewa apabila mendapati hanya Ali bin Abi Talib sahaja yang ada di rumahnya ketika racangan hendak membunuh Rasulullah SAW dilakukan.
Justeru orang - orang kafir telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menjejaki di mana Rasulullah SAW bersembunyi. Namu Rasulullah SAW yang dapat menghidu rancangan jahat mereka segera bertindak dengan meninggalkan rumah dan mencari tempat bersembunyi.
Ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA sampai di Gua Thur, Abu Bakar RA sempat berkata, "Sebelum Rasulullah masuk ke dalam gua ini, lebih baik saya masuk dahulu. Saya hendak periksa lubang-lubang dia dalam gua ini tidak dimasuki binatang berbisa. Saya akan tutup lubang-lubang itu supaya kita tidak diganggu binatang-binatang ini."
Cadangan Abu Bakar itu dipersetujui oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana Gua Thur tidak pernah dimasuki oleh manusia, sudah tentulah banyak binatang berbisa seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya berkeliaran di sana sini.
Untuk memastikan keselamatan Rasulullah Saw terjamin, Abu Bakar RA perlahan-lahan memasuki Gua Thur. Dia mencari lubang-lubang yang diyakini terdapat ular dan kala jengking mendiami lubang itu. Semua lubang-lubang itu ditutupi dengan batu-batu atau apa sahaja yang boleh menutupi. Hanya tinggal satu sahaja lubang tidak dapat ditutup kerana sudah tiada apa lagi benda yang boleh digunakan untuk menutupinya.
Sesudah memaastikan selamat,Abu Bakar RA mempelawa Rasulullah masuk ke dalam gua itu.
"ya Rasulullah, saya fikir kita sudah boleh berlindung di sini untuk beberapa ketika. masuklah..," pelawa Abu Bakar.
Oleh kerana terlalu penat berlari kerana dikejar orang-orang kafir, Rasulullah saw terus berbaring di atas tanah dan terus tertidur dengan hanya berbantalkan paha Abu Bakar RA.
Manakala Abu Bakar RA pula terpaksa berjaga. Dia bimbang jika orang-orang kafir dapat menghidu persembunyiannya. Sesekali sepasang matanya liar memerhatikan pintu masuk gua untuk memastikan tidak ada orang-orang kafir berada di situ.
Semalam Abu Bakar RA tidak dapat melelapkan mata walaupun sebentar kerana bimbang jika orang-orang kafir dapat mencarinya sehingga ke gua itu. Walaupun dia mengantuk tetapi ditahan juga asalkan keselamatan Rasulullah SAW terjamin.
Ketika Rasulullah SAW sedang tidur nyenyak, tanpa disangka-sangka seekor ular yang berada di dalam lubang tidak dapat ditutup bergerak-gerak untuk keluar. Abu Bakar tidak sempat berbuat apa-apa, dia terpaksa menutup lubang itu dengan tapak kakinya.
Abu Bakar sedar dia akan berhadapan dengan patukan ular itu tetapi dia tidak ada usaha lain. Jika dia banyak bergerak, Rasulullah SAW pasti akan terjaga. Dia tidak mahu tidur Rasulullah SAW terganggu.
Sebagaimana yang dijangka, tapak kaki Abu Bakar akhirnya dipatuk ular. Bisa ular itu kemudianya perlahan-lahan meresap masuk ke tubuh Abu Bakar sehingga menyebabkan dia menjadi lemah tetapi dia tidak sanggup mengejutkan Rasulullah SAW.
Kesakitan yang ditanggung Abu Bakar RA menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi kejang. Oleh kerana tidak berupaya menaggung kesakitan, akhirnya Abu Bakar RA menangis. Tidak pernah selama selama hayatnya dia menanggung kesakitan seperti itu.
Abu Bakar masih juga duduk berlunjur dan membiarkan pahanya menjadi bantal kepada Rasulullah SAw walaupun kakinya semakin kejang. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi akhirnya jatuh menimpa wajah Rasulullah SAW sehingga menyebabkan Rasulullah SAW terjaga.
Sebaik sahaja Rasulullah SAW membuka mata, baginda terkejut apabila melihat Abu Bakar sedang menangis.
"Wahai Abu Bakar, apakah yang menyebabkan engkau menangis?" Tanya Rasulullah SAW kehairanan. "Tapak kakiku telah dipatuk ular dari lubang yang tidak sempat aku tutup," beritahu Abu Bakar dengan wajah berkerut.
Rasulullah SAW segera melihat tapak kaki Abu Bakar yang dipatuk ular itu. Bekas patukan ular itu kelihatan berdarah. Tanpa berlengah Rasulullah SAW terus meludah ke tempat yang dipatuk ular itu.
Dengan izin Allah yang luar biasa, perlahan-lahan bisa ular itu keluar daripada tubuhnya secara perlahan-lahan bisa ular itu keluar daripada tubuhnya secara perlahan-lahan sehingga Abu Bakar RA tidak merasai kesakitan lagi dan pulih seperti asalnya.
Ditinjau dari sudut akal, memang ia sukar hendak terima, bagaimana bisa ular yang sudah meresap ke dalam tubuh dapat dikeluarkan hanya dengan air ludah manusia.
itulah kehebatan Rasulullah SAW, kekasih Allah yang sentiasa mendapat pertolongan kerana ketakwaannya yang tidak berbelah bahagi.

Selasa, Mei 5

Blues Monday #83


Assalamualaikum wbt..

KIK oohh.. KIK.... 2 hari lagi nak hantar laporan... huhuhuhu... tapi tak siap lagi... tolong..tolong...

4 hari cuti, jabatan lain berhempas pulas buat KIK, tapi jabatan aku, kami holiday. Aku lagilah holiday... muehehehe.. melepaskan rasa tegang dalam kepala otak aku. Aku dengan family aku berjalan sakan dengan family puan Ana. Nanti aku updatekan lagi ceritanya. (Tambah lagi hutang aku nih... huhuhuhu...). Adios... aku nak sambung KIK aku.. sorry... aku terlalu sibuk buat masa nih.. nanti ada masa akan aku update semuanya yer....