Jumaat, Mei 4

Kawah Putih, Situ Patengan dan Cibaduyut, Bandung Indonesia

Hari Ke-3 di Bandung

Pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk ke Kawah putih.  kami x jadi ke tangkuban perahu sebab mama Sally bagitau di sana terlalu ramai org yg berjual hinggakan nak bergambarpun x boleh. Jadi kami buat keputusan ke Kawah Putih. 
  Angkutan yang di naiki oleh orang di sini untuk ke pasar
 Pemandangan Sawah Padi huma di sini
Sempat lagi aku membeli baju sejuk disana kerana suasananyer agak sejuk, memandangkan aku terkena selsema yang teruk. Kami kesana dengan menaiki van yang telahpun di buka dikiri dan kanan badan nyer.. sgt unik.
Sempat bergambar sebelum ke kawah putih

Peringatan buat pengunjung 

Bergambar berdua di tangga


 Bergambar dengan Ummi Ana dan Fatihah

Hubby n Suami Ummi Ana
Berdua bersama di Kawah Putih
 Saat Nak turun Dari Kawah Putih

 Alex(pak supir) yang bergayut di pintu
Dah penat bergambar di kawah putih, kami di bawa ke Situ Patengan untuk menaiki bot dan keliling tasik serta berhenti di pulau cinta.
 Mukaku yang semakin tembam huhuhu..


bergambar ketika menaiki bot 



kehijauan di sekitar tasik
Setelah itu kami di bawa ke restoran utk makan tengah hari dan bersolat jamak kali ini kami di bawa untuk menjamah hidangan nasi 'liwet' yang agak berlemak dan di masak dengan serai serta rempah yang lain
 inilah rupa hidangannya cuma nasi 'liwet' nye x sampai lagi
pondok tempat kami makan boleh secara bersila dan secara duduk

Setelah itu (berapa byk setelah daaa...) oklah lepas makan dan bersolat, kami ke jln Cibaduyut pula untuk membeli- belah barangan kulit... sgt excited tapi kami hanya diberi masa selama sejam sahaja utk memborong.. jd aku pun x membuang masa lalu memborong kasut kulit utk aku n anak teruna.. manakala my hubby memborong kasut utk dirinya sendiri.. namun aku x sempat utk membeli handbeg dan purse kulit utk aku. Disebabkan keterujaan memilih kasut huhuhu...
Kedai kasut yang kami kunjungi
 Jalan Cibaduyut yang agak sibuk 
 Benchmark utk Jalan Cibaduyut
 Kasut2 yang di beli (sempat snap kat rumah je..) Yg dipetakkan putih tu hubby beli kat airport.
Selesai membeli-belah di cibaduyut, kami makan ala-kadar di m'cdonald. Habis makan kami ke Spa Zen untuk memanjakan diri yang dah keletihan.

bersambung lagi di  
Pasar baru lagi dan Heritage (hai.. cepatnye...nak balik dah)

Lihat cerita sebelum,
Trans Studio, Bandung
Pasar baru, Jalan Dago serta Cihampelas

Pasar Baru dan Jalan Dago serta Cihampelas Walk, Bandung Indonesia

Hari Ke-2 di Bandung

Susulan dari hari pertama kami di Bandung, Hari ini kami dibawa ke pasar baru sebanyak 6 tingkat kesemuanye x termasuk tingkat basement dan sub-basement serta parking yang di atas sekali.
Aku dan Ummi Ana decide nak mula dari bawah naik ke atas kerana nanti di tingkat 6 kami akan terus makan tengah hari. Tapi perancangan kami tidak menjadi. banyak barang yang kami x sempat nak beli hanya disebabkan nak menengok2 dulu. Barangan yang sempat aku beli adalah baju batik hubby n pak mertua, telekung utk aku n hadiah utk kwn2 opis, kain pelekat merangkap baju melayu hubby n anak terunaku and last but not least kain batik utk mak mertua n ipar aku. So.. moral of the story is.. kalau korang rasa nak round dari 1 floor ke satu floor adalah baiknyer korang amik cuti lama2 or duduk trus je kat bandung tu huhuhu... oklah aku citerkan barangan yang ada di setiap tingkat.
Lantai D2 - baju-baju blouse n kain telekung
Lantai D1 - baju-baju Jubah n blouse buat perempuan n baju batik buat lelaki 
Lantai G - beg-beg travel dan campur juga kain pelekat dan kain batik
Lantai 1 - Kain-kain pelekat, kain batik n telekung
Lantai 2 - kain-kain ela dan tempahan untuk buat jeans
Lantai 3 -  Jeans
Lantai 4 - blouse n skirt
Lantai 5 - Barangan Mainan untuk anak-anak
Lantai 6 - Handbag berjenama, beg galas n kasut2
 Letih berjalan, berehat sebentar...
 Setelah memenuhkan perut dan meminum air apocat (campuran avocado n coklat) betulkot ejaannyer.. kami ke Jalan Dago utk barangan factory outlet. Di sini aku lebih banyak membeli baju anak teruna. Baju n Jeans serta jacket. Sementara menunggu rakan2 yang lain, sempat juga aku membeli magnet dan beg utk cenderahati buat kawan2 di malaysia.
 magnet dan beg yang sempat aku borong di jalan Dago


Kedai Donatello yg kononnyer syurga kasut kulit n murah2
Saat menunggu kawan2 yang lain membeli belah dan mengukur jalan Dago Ahakzs...
 Fatihah sibuk nak membelikan baju utk Umminya
 Antara Kedai yang aku kunjungi
Makan malam di Kedai Bakso Malang sambil menonton Konsert
 Bakso malang (sedap jugak, selera aku makan walaupun tgh selsema) 
Nidji buat persembahan di Cihampelas Walk

Percutian ke Bandung dan Trans Studio Akhirnya...

Assalamualaikum...


hai.. Nih baru berkesempatan nak update trip aku ke bandung pada 2 jumaat yang lepas (20/4/2012)... manakan tidak balik kejaje fail dan ulasan dah menimbun mana nak tanggung tugas lagi mana nak buat kerja sendiri lagikan... lagipun, last 2 week aku masih dalam keadaan mood bercuti n bershopping huhuhu.. mmg x hingat aku bershopping kat sana... oh yea nak ucapkan selamat bercuti buat rakan setugasku yang mahu berhoneymoon buat kali ke-3 kot kat phuket. Selamat bercuti dan mereleasekan tension di sana.

Oklah meh aku ceritakan pengalaman pertamaku merantau ke negara orang nih yek (jakun tull yelah aku kan x pernah naik flight n xpernah kemana2 selama hidup akunih..) huhuhu... xkiralah kalu org dah byk citer psl bandungnih k,e ape ke, jemu dah baca menda yang samake, ada aku kisah! blog aku, suka akulah muahahahaha....

Hari Pertama

Off to go to Bandung... naik flight jam 6:45am tapi aku sampe jam 6:00 am... kelam-kabut nak check in beg lagi, nak cari pintu lagi. Nih sumer psl aku nak masak spagetti utk bekal anak teruna punyer psl. Sampaijer kat gate perlepasan, aku kena berlari plak utk ke plane.. aduh.. pagi2 lagi dah kena bersenam. Udah lah tido mlm tadi x cukup. Adeh... penatnyer....
 Dah berlepas dah.. 
huhuhu jakun baru naik kapalterbang...
 Pemandangan dari dalam plane
 Sang matahari mula menampakkan sinar nye.. cukup menarik... Subahanallah ciptaan-NYA Syukur ke hadrat ilahi kerana aku masih dapat melihat ciptaan teragung mu

Lebih kurang jam 9 waktu malaysia kami sampai ke airport di bandung kecikjer airportnyer.... 
 Sewaktu di dalam van pak supir
Ummi Ana n Fatihah
Sampai saja di Bandung, kami di bawa pak supir untuk letak beg di Guntur Hotel (tmpt aku menginap) mmg nampak selesa n cantik... 
  Bukan tempat letak beg
 Suasana dalam hotel yang berkonsepkan taman
 Keadaan trafik di sana
sesudah mendaftar, kami di bawa pula ke Trans Studio 
 Logo Trans Studio
Saat menunggu tiket di beli (gambarnih yg plg aku suka)
 
tiket yang jadi cenderahati dr Trans Studio (yg nih aku snap kat umah) 
 sewaktu menanti escalator utk naik ke atas
 
sambil menunggu gate escalator di buka akupun pergi menangkap gambar kingkong kat luar dgn Mama Sally
Tiket masuk ke sana hanya 150 K rupiah rancangan pada mulanya kami ke Trans Studio pada hujung minggu dgn harga tiket 200 K rupiah tp di awalkan sehari, jimat duit... thanks to Mama Sally n husband yang jd tour guide. 
 
 Saat menunggu gate dibuka utk ke dalam Trans Studio
Replika Eifel Tower
Kebosanan menunggu sebab awal sgt kot sampai
 tangkap gambar patung yg ada kat US ke, mana ke, tp gelap

Mmg cukup seronok kami di Trans Studio mula2 masuk je kami di sambut oleh cewek2 dan cowok2 ganteng (maklumlah antara yang terawal) tp sayang x semua permainan aku dapat main sebab orang terlalu ramai yang datang. 
 Cewek-cewek yang menari menyambut kedatangan kami
 Bergambar di litar.. huhuhu.. 

fuiyoo... Spiderman tu... 
 cewek bolang
 Harry Porter ahakzs..
Sempat lg bergambar dlm unit production tu
Inilah hasilnya
 Rahsianya
Mari kita lihat dlm teater petualangan si bolang
org besar yg bersuara budak sekolah... (rasa mcm duduk dlm teater bebudakjer..)
 Kami dihujani dengan buih-buih belon

 Mari kita lihat antara aksi-aksi yang dapat aku snap di dalam action world.
 Aksi kejar mengejar antara polis dgn perampok..
Stesen minyak yang terbakar dan meletup
 Pili bomba juga turut terkena tempiasnya
Waktu mula2 masuk tak lah ramai sgt tp bila dah mula tgh hari dah mula ramai orang nak masuk ke action worldpun dah mula berebut2. 

Kami keluar dari Trans Studio pada jam 3:30 kot. Punyelah lapar sampaikan pak supir offer kek lapis pun hampir licin kami makan. Kami makan tgh hari dan bersolat jamak di restoran sederhana kami makan makanan sunda sebab di bandung mmg kebanyakan orgnye adalah keturunan sunda.  
Sesudah makan kami ke Toko tiga untuk membeli belah jean2 dan baju t-shirt buat tok din n adik2 kesayangan ku. Baju dan seluar jeans utk mereka yg slim mmg agak murah dan cantik2 berjenama yang mmg sangat terkenal. Aku membelikan baju Hard Rock cafe buat adik2 sempat sorang sehelaije yang lain x sempat sebab dah dekat jam 7:30 waktu malaysia dah gelappun.
Selepas penat bermain n bershopping kami ke pusat urutan refleksologi.  
Oh yea, sebelum terlupa kalau nak berjimatlah... aku suggestkan beli simkad (kartu) sana. Aku mintak pak supir (Alex) belikan jer.. kalau x silap dlm 100 K rupie ++
inilah rupanye kartu yang dibelikan oleh Alex (pak supir)