Isnin, Disember 31

Keningnya sudah Berparut

Assalamualaikum...

Susulan dari kisah anak teruna aku yang terlebih aktif tu di sini, Pagi Khamis keesokan harinya aku menghantar anak teruna ke Pusat jagaan seperti biasa. Dalam jam 10 pagi, aku mendapat panggilan dari Guru Pusat Jagaan yang anak teruna telah di hantar ke Klinik Aneka kerana dahinya luka dan berdarah. Tapi, tak lama selepas itu aku dapat tau anak teruna di bawa pula ke Hospital Ampuan Rahimah. sedihnya bukan kepalang hati ini, mendapat tahu anak aku kemalangan di Pusat Jagaan. Dalam Hati, aku tak tahu nak marahke, terkilanke, yang aku tahu aku risau. Teruk sangat ke anak aku cederani? Menurut penyelia Pusat Jagaan tak teruk sangat. Tambahan lagi, anak teruna aku kuat orangnya dan tak menangis kuat. malah terlebih aktif lagi ada. Itulah anak teruna aku, memang tahan lasak orangnya. Hai lah.. habis semua tempat penuh parut. Serasa akulah, masa aku pilih namanya, takde pulak ada perkataan cergas, cerdik lagi adalah.. warak pun ada. 

Dari penerangan Teachernya, anak teruna aku nih digeletek oleh abang-abang (anak-anak yang lagi tua darinya) disebabkan nak mengelak dari di geletek, dia melarikan diri lalu kepalanya terkena besi tempat letak duster pemadam/marker pen papan putih. Ngeri aku mendengarnya. Semua Teacher yang ada minta maaf sebab kejadian tu, aku maafkan cuma harapnya pusat jagaan lebih berhati-hati dan lebih memasang alat keselamatan pada setiap bucu yang ada.

Berparut sudah kening anak terunani, moga terus comel dan terus menawan hati Ummi dan Walid. Moga menjadi anak yang pintar dan yang menyejukkan hati Ummi dan walid yer sayang.

Kesan luka yang berbentuk Y. Gambar di hantar oleh penyelia pusat Jagaan

Wajah selepas di kenakan 4 jahitan di kening.




#Opah PJ belum dimaklumkan laginih, kalu dia taulah.. mau lunyai telinga aku nanti huhuhu..

MAHA 2012

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak bercerita pasal kisah yang lama gila aku peram nih.. kalau peram mempelampun mempelam tu dah busuk kot hehehehe....aku takde mood nak edit gambar pun iyer gak. 

Masa pesta MAHA 2012 yang dilancarkan awal bulan 12 yang lepas, aku dan family aku ke sana pada hari terakhir program tu di jalankan. Teringin nak tengok apa yang best sangat kat pesta tu. 

   Bapak, Ramai giler orang masa tu, orang-orangnye aje yang tak gile ye ramai itu yang giler. keretapun banyak. Aku parkingpun dah naik ke bukit kedua, jauhtu nak menapak. Tapak pestanyapun luas dan besar. Naik letih nak tengok satu-satu pameran yang ada. Tengah letih-letih berjalan, aku terserempak dengan..... alah kenderaan yang selalu ada kat padang golf tu. Tapi, yang ini dinaiki oleh mantan perdana menteri kita yang ke-4. Tun Sri Mahathir. Tak sempat aku nak snap gambar, laju sangat nak masuk bilik VVIP. Jom Kita layan gambar ek.

Ramai giler manusia masani. Nak naik baspun sesak jalan pun tak boleh.
Besar giler.. lembu-lembu nih...
Sempat bergambar atas trektor

Anak teruna yang pada mulanya tak nak naik dan bergambar, dah jadi seronok pula

Tahun depan kita tengok pula apa yang akan dipamerkan... lagi seronok or...

Disarankan, jangan beli apa-apa kat bazar di jalan keluar MAHA, mahal giler ko.. betul punya cekik darah.





Apesal Aktif Sangat Nih?

Assalamualaikum....


    Pada Rabu malam Khamis yang lepas, kebetulan pula Hubby kerja shift malam. Aku pelik dengan anak teruna aku yang sorang nih, apesallah dia aktif sangat malam ni? Hubby bagitau aku budak sorang ni tak tidur siang langsung satu hari tu dan kebiasaannya, bila malam menjelang, dia akan tidur awal tanpa sempat makan malam. Ini tidak, dan jam 9  malampun dia tak tidur lagi malah masih aktif bermain.
Jam 8:30 pm rumah dah kucar kacir dibuatnya. Meja belajar dia dibuat jadi papan skate board, papan skate board tukar jadi meja belajar. Puas dah aku melarang namun perkataan sekejap juga yang aku dengar.
Jam 9:00pm, korang nampak buku yang terbukak kat belakang tu? ntah ape benda ntah nak dibuatnya. bila aku tanya perkataan sekejap juga aku dengar, aku tanya "nak buat apa koyak kertas tu?" Ntah apa butir dia jawab aku pun tak paham.
Jam 10:00pm, dah sudah buat kertas ala-ala pedang gitu, dan puas buat meja jadi papan selaju, terbaring pula. Main apa ntah, malas aku nak layan. Layan cerita kat TV lagi best.
20 minit kemudian, tertidur sudahnya dengan kertas gulung dalam pegangan.

Aku jadi pelik kenapa aktif sangat anak teruna aku malam tu. Disebabkan terlalu aktif malam itu, rupa-rupanya ada sesuatu terjadi keesokan harinya. itu aku ceritakan pada entri yang lain.

Blues Monday #16

Assalamulaikum...

Susulan Kisah Blues Monday #13, akhirnya anak teruna aku bersetuju juga untuk membenarkan agar rambutnya di potong dan atas permintaannya juga, dia nak memotong gaya rambut pacak. Dan Hasilnya....

 Gambar 1


 Gambar 2


 Gambar 3