Isnin, Disember 23

Blues Monday #43

Assalamualaikum...

Anggaran pakaian (sepasang) untuk anak-anak sekolah

Dilema ibu - bapa yang mempunyai anak-anak masuk sekolah, mana nak cekau duit di hujung tahun?. Bagi ibu - bapa yang memang menyimpan dari awal tahun akan rasa lega sebab duit simpanan itu boleh dibuat belanja untuk anak-anak masuk sekolah. Ini baru sahaja pakaian, belum lagi bayaran tahunan untuk sekolah pula. Macam - macam yang sekolah minta, fail itulah, fail inilah, yuran komputerlah, apa - apalah.. adeh pening kepala. 

Anak teruna aku badannya kecil dan rendah. Kalau boleh, amik SS tapi apakan daya, saiz SS tiada. Cari harga baju paling murah tapi tiada saiz pula. Jenama baju yang ada saiz pun, jenama yang paling mahal. Korang nak tau jenama apa? jenama CANGGIH tau, memang CANGGIH sungguh harganya. Tercekik aku tengok harga CANGGIH tu. Ish..ish..ish..saiz yang di pakai sekarangpun agak besar baginya, menggeleng aku... Apesallah ko kecik sangat nak oiii...Mujurlah ada kawan yang sanggup tolong belikan baju sekolah terus dari kilang, bolehlah aku berjimat sikit. Yang aku belipun untuk stok pakai 1/2 tahun or tahun depan pasal firasat aku mengatakan badan anak teruna aku tu takkan mengembang tapi meninggi ke 120 CM sahaja. So, cantiklah dah baju dengan seluar yang labuh tu.. Melainkan tiba-tiba ada keajaiban pula pada anak aku, boleh meninggi dan membesar secara tiba-tiba.. Muehehehe... rugi aku kalau betul-betul.

TAPI....Yang lagi tak best tu, bila dah sedap menyimpan, ada sahaja benda yang minta keluar nak pakai dahulu. Macam aku semalam, Si Hitam aku minta untuk di servis sebab dah masuk 40 ribu Km. Adeh.. melayang RM 450 aku. Si Kuning pula, aku buat tak reti dulu, selagi boleh jalan ko jalanlah kuning.. bunyi dah makin terukpun, terpaksa aku pekakkan telinga aku. Nanti aku kumpul duit lagi yer..

Adeh..... Adios...



Jumaat, Disember 20

Freaky Friday #30

Assalamualaikum...

AYAT SERIBU DINAR


Di kisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa seorang laki - laki datang kepadanya lalu berkata, "Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta - minta." Kerana mimpi ini berulang - ulang datangnya, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.

Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarkan beberapa kalimat ayat - ayat Al-Quran (ayat seribu dinar) dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Tuhan akan melepaskan dari bahaya yang akan menimpa diri.




Setelah hartawan itu bangun dari tidurnya, dia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang dia dapati dalam mimpinya seolah - olah  ada hubungan dengan mimpi yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimay - kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.

Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Dia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah laut yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang - ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar. Semua penumpang menjadi cemas dan takut.

Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dengan mengharapkan pertolongan Allah S.W.T. sambil membaca ayat - ayat yang diberi dalam mimpinya itu.

Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin runcing dan bertambah dahsyat. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang dan pecah.

Walaubagaimanapun, si hartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat bersama harta dagangannya.

Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi dan oleh kerana dia beramal dengan seribu dinar, lalu ayat - ayat itu disebut 'ayat seribu dinar'



Ketika ditimpa musibah, bacalah:-
Allahuma ajirni fee museebati wakhlifni khairan minhaa

Maksudnya -"Ya Allah, berikan kepadaku ganjaran ke atas musibah yang menimpa kepada aku dan gantikan kepadaku ganti yang lebih baik daripada apa yang berlaku kepadaku"

Rabu, Disember 18

Bertambah Lagi UmurKu


Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah..., Aku dipanjangkan lagi umurku dan diberi peluang untuk bernafas lagi oleh Yang ESA untuk aku menjalankan ibadahku dan mendekatkan diri ini lagi dengan NYA dan melihat anakku membesar serta membolehkan aku membuat bakti kepada kedua ibu bapaku. Hari ni, genap tiga puluh empat tahun sebulan umur aku. Alhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk menunaikan ibadahku.

Sebulan yang lepas, Hari lahir aku disambut secara kecil-kecilan. Tapi di sambut di rumah PIL aku di Beruas buat kali kedua setelah beberapa tahun yang lepas aku sambut tanpa memaklumkan yang hari tersebut adalah hari lahir aku, aku beli kek semata dan sedikit jajan. Tapi tahun ini sedikt berbeza di mana, Ma dan Hubby aku merancang bersama untuk meraikan hari lahir aku.

Kalau tidak hari lahir aku ni nak di sambut di Terengganu, sebab kami dah merancang nak ke sana untuk bercuti. Namun, atas sebab musim tengkujuh dan hal tanah Ma yang kena kompaun di kampung Gajah, kami terpaksa batalkan untuk mementingkan hal tanah Ma dahulu.

Ma aku beli barang, MIL aku yang masak. Muahaha.. cerdik tak Ma aku. Hehehe.., Doa selamat dibacakan dan kami mengaminkan, walaupun tak ramai tapi aku rasa seronok sebab tengok ma dengan MIL aku gembira.

Persediaan oleh Family aku
Makanan dengan pulut kuning sudah sedia untuk dijamah
Kami sedang menjamu selera
Masing-masing dah kekenyangan

Selesai sudah majlis sambutan hari lahir aku. walaupun kecil tapi amat mengembirakan aku. Walaupun dalam keadaan sakit kepala, aku gagahkan juga untuk hadir dan makan masakan MIL aku.. Adios..