AYAT SERIBU DINAR
Di kisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa seorang laki - laki datang kepadanya lalu berkata, "Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta - minta." Kerana mimpi ini berulang - ulang datangnya, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.
Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarkan beberapa kalimat ayat - ayat Al-Quran (ayat seribu dinar) dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Tuhan akan melepaskan dari bahaya yang akan menimpa diri.
Setelah hartawan itu bangun dari tidurnya, dia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang dia dapati dalam mimpinya seolah - olah ada hubungan dengan mimpi yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimay - kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.
Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Dia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah laut yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang - ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar. Semua penumpang menjadi cemas dan takut.
Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dengan mengharapkan pertolongan Allah S.W.T. sambil membaca ayat - ayat yang diberi dalam mimpinya itu.
Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin runcing dan bertambah dahsyat. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang dan pecah.
Walaubagaimanapun, si hartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat bersama harta dagangannya.
Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi dan oleh kerana dia beramal dengan seribu dinar, lalu ayat - ayat itu disebut 'ayat seribu dinar'
Ketika ditimpa musibah, bacalah:-
Allahuma ajirni fee museebati wakhlifni khairan minhaa
Maksudnya -"Ya Allah,
berikan kepadaku ganjaran ke atas musibah yang menimpa kepada aku dan gantikan
kepadaku ganti yang lebih baik daripada apa yang berlaku kepadaku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan