KISAH SITI FATIMAH R.A MENANGIS APABILA ORANG YAHUDI HENDAK MELIHAT JUBAH RASULULLAH S.A.W (AYAHNYA)
Ibnu Abbas r.a berkata, di Negeri Syam ada seorang Yahudi yang membaca kitab Taurat pada hari sabtu. Dalam bacaannya maka sampailah pada ayat yang menyebut akan sifat-sifat Nabi Muhammad S.A.W. Sifat-sifat Rasulullah S.A.W. itu diterangkan dalam 4 lembaran, lalu orang Yahudi itupun memotong akan ayat tersebut dan dia membakarnya. Kemudian pada minggu berikutnya pada hari Sabtu, orang Yahudi itu membaca lagi kitab Tauratnya, kali ini dia menjumpai 12 lembaran mengenai sifat-sifat Rasulullah S.A.W., lalu lalu dia berkata:"Kalau aku potong habispun, semua isi kitab Taurat mengambarkan sifat-sifat Nabi Muhammad S.A.W..". Kemudian orang Yahudi itu pun pergi mendapatkan kawan-kawannya lalu bertanya: "Siapakah Muhammad S.A.W. itu?" Kata kawan-kawannya: "Nabi Muhammad S.A.W. itu penipu, lebih baik kamu jangan melihatdia dan jangan sampai dia melihat kamu". setelah mendengar keterangan kawan-kawannya maka berkata orang Yahudi itu; "Wahai kawan-kawanku, demi kitab Taurat yang diturunkan kepada Musa, janganlah kamu semua melarang aku dari menziarahi Nabi Muhammad S.A.W."
Oleh sebab orang Yahudi itu sangat-sangat hendak mengetahui tentang Nabi Muhammad S.A.W. maka diapun bertolak ke Madinah, apabila sampai di kota Madinah, dia bertemu dengan salman r.a. Oleh kerana Salman r.a. kelihatan tampan, maka orang Yahudi itu menyangka dia adalah Nabi Muhammad., padahal Nabi Muhammad S.A.W. telah wafat tiga hari yang lepas. Setelah Salman r.a. mendengar kata-kata Yahudi itu, maka menangislah Slaman r.a. sambil berkata: "Aku hanyalah hamba sahayanya sahaja." Lalu Salman r.a berfikir dalam hatinya: " Kalau aku katakan Rasulullah S.A.W. telah meninggal dunia pasti dia akan balik. Dan kalau aku katakan Rasulullah S.A.W. masih hidup, aku telah berdusta." Setelah berfikir Salman r.a berkata: "Marilah tuan, kita berjumpa dengan sahabat-sahabat saya."
Salman r.a pun membawa orang Yahudi itu ke masjid para sahabat masih bersedih dengan peninggalan Rasulullah S.A.W. ketika Salman r.a. membawa orang Yahudi itu masuk ke masjid, lalu orang Yahudi itu berkata: Assalamu alaika ya Muhammad." Orang Yahudi itu menyangka Rasulullah S.A.W. masih hidup.
Apabila para sahabat mendengar ucapan orang Yahudi itu, maka banyaklah yang menangis sehingga bertanya para sahabat: "Siapakan kamu?, yang telah membangkitkan kesedihan kami kembali, adakah kamu orang Gharib, apakah kamu tidak tahu bahawa Rasulullah S.A.W baru tiga hari wafat." Sebaik shaja orang Yahudi itu mendengar penjelasan dari para sahabat maka berkatalah dia: "Alangkah malangnya aku, alangkah sa-sianya perjalananku." kata orang Yahudi itu lagi: "Adakah Ali di sini yang dapat menerangkan sifat Nabi Muhammad S.A.W.", Kebetulan Ali r.a berada di kalangan para sahabat dan Ali r.a. berkata "Ya Ali ada di sini." kata orang Yahudi itu, "Adakan kamu Ali". Ali r.a. mengakuiya dan berkata orang Yahudi itu: "Saya telah mendapat nama kamu dalam Taurat."
Kemudian ali r.a pun menerangkan tentang Rasulullah S.A.W. katanya: Rasulullah S.A.W. tidaklah terlampau tinggi dan tidaklah terlampau pendek, kepala beliau bulat, dahi beliau lebar, bola mata beliau, tebal alisnya, kalau beliau ketawa aka keluar cahaya dari sela - sela giginya, beliau berbulu dada, cantik tapak tangannya, langkah beliau lebar dan di antara kedua bahu beliau ada tanda "khatamun nubuwwah"
Setelah mendengar keterangan dari Ali r.a., maka orang Yahudi itupun berkata: "Wahai Ali!, memang benar apa yang kamu kata itu." Kemudian berkata orang Yahudi itu lagi: "Itulah sifat - sifat Nabi Muhammad S.A.W. dalam kitab Taurat". Bertanya orang Yahudi itu: "Apakah ada lagi baju yang dipakai oleh beliau?". Ali r.a. berkata: "Ya, masih ada lagi." Ali r.a. pun mengarahkan Salman r.a. pergi ke Rasulullah S.A.W. (Jubah)
Setelah Salman r.a. sampai di rumah Siti Fatimah maka dia pun berkata: "Wahai tempat kebanggaan pada Nabi, Wahai keindahahn pada wali". Pada waktu itu Al-Hassan dan Al-Hussain sedang menangis, Salman r.a. mengetuk pintu dan Siti Fatimah r.a bertanya: "Siapakah yang mengetuk pintu rumah orang - orang yatim?". Salaman r.a. memperkenalkan dirinya dan menyampaikan pesanan dari Ali r.a.
Apabila Siti Fatimah r.a. mendengar kata - kata Salman r.a. maka menangislah Siti Fatimah sambil berkata: "Siapakah yang akan memakai jubah ayahku?". Slaman r.a. pun menceritakan hal orang Yahudi itu dari mula hingga akhir, setelah itu Siti Fatimah pun mengeluarkan Jubah Rasulullah S.A.W., yang mempunyai tujuh tampalan, yang ditampal dengan tali serat kurma. Sebaik sahaja Salman r.a. menerima Jubah terebut maka diapun kembali kepada Ali r.a. dan memberikan kepadanya. Lalu Ali r.a. pun menyerahkan kepada orang Yahudi itu, orang Yahudi itupun mencium dan berkata "Alangkah Harumnya."
Kemudian orang Yahudi itu pergi ke makam Rasulullah S.A.W. lalu dia melihat ke langit sambil berkata: "Ya Allah, aku percaya bahawa engkau adalah tunggal, maha Esa, tidak berhajat dan selalu dihajatkan dan aku percaya yang berada dalam makam ini adalah kekasihMu dan utusan Mu dan aku percaya tentang semua yang diajarkan. Ya Allah, jika engkau menerima Islamku, maka ambillah rohku sekarang juga, maka dengan tiba-tiba matilah dia, lalu Ali r.a. pun memandikan orang itu dan dikebumikan di Baq'il Ghargad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan