Rabu, Disember 11

Mr. London Ms langkawi by Herna Diana

Assalamualaikum..


Sinopsis:

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik pandai tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi nakalnya.. Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu", ejek Liayana penuh jengkel.
"Memang baguspun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite.. cer cite," Kata Liyana
"Yang bagusnya kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkan keserasian dalam jiwa Aidi Mukhlis dan Nurul Liyana?

Ulasan:

Herna Diana tampil lagi mengeluarkan novelnya yang ke-empat. Seperti biasa aku memang suka sangat dengan hasil penulisan Herna Diana ni. Memang santai dan penuh gelak tawa. Jalan Ceritanya cukup selamba. Hilang tension aku bila membacanya. watak Liyana kalau bab bercakap memang menang kat dia soranglah. Sampaikan Aidid yang baru mengenali Liyana menggelarkannya dengan nama mak nenek. Cukup patriotik orangnya. Nak cari bakal suami juga jenis yang patriotik macam dia juga.

Aidid dan Liyana sentiasa akan bertekak setiap kali bersua muka, ada sahaja idea-idea nakal yang di fikirkan oleh Liyana untuk mengenakan Abang sepupunya. Namun dalam pada bertekak dan saling kutuk mengutuk itu, mereka sentiasa rasa senang di antara satu sama lain cuma mereka sedar dengan tidak sahaja.
Suatu hari, Liyana mencabar Aidid untuk menyukai Malaysia dan menyayangi Negara ini, macam-macam cara yang telah dilakukan oleh Liyana untuk membuatkan Aidid meluahkan rasa kagum itu, namun Aidid sentiasa menyimpan rasa kagum itu. Bila mereka bersama, ada nampak keserasiannya. Merepek, merapu kata mereka bila mereka digandingkan mana tidaknya sorang macam mat saleh sorang macam litar kena pintas tak boleh bersama.

Nak tahu lebih lanjut lagi, jom baca novel ni...tak kering gusi baca.

Tiada ulasan: