Isnin, Disember 16

Blues Monday #42

Assalamulaikum..

Mood harini bukan lagi ke laut, bukan lagi lemau, tapi mood hari ni, mood nak demam.Dari hari sabtu lepas lagi badan aku rasa sejuk semacam dan lemah dan lemau jer.. Mula mood nak masakpun tak jadi masak sebab badan rasa lemah-lemah. 2 hari dah rasa macamni. Tak laratjer..

Pagini kalau tak aku nak ke klinikje dapatkan MC, tapi aku dapat SMS dari technician aku bagitau dia terpaksa EL pasal anak dia yang baru sebulan demam sebab baru lepas cucuk. Allahuakbar.. lemahje badan aku harini. Sampai office pulak, aku dapat tahu ramai yang EL dan MC. Lagilah bertambah lemah. Nak tak nak kenalah aku gagahkan badan ni jugak. Buat-buat macam aktif tapi sebenarnya nak jalan pun tak larat. Nak duduk diam pulak, hawa keliling sejuk bangat.

Dah petangni, badan aku makin tak larat, telinga aku dah start sakit. Keadaan Office yang sejuk menambahkan lagi rasa tak selesa pada badan aku. Adeh... mata dah kuyu nih. Bolehke balik ni aku masak? Nak ambil barang dekat GDEX lagi. Yang Gdex pun satu hal. kata barang yang aku pesan sampai jumaat lepas, tapi bukan bayang barang, bayang lampu depan lori Gdexpun aku tak nampak. Lembab yang amat-amat. Skynet pun bolehje sampai sehari awal. Sengaljer..

Niat harini nak masak ketam masak asam pedas or masak lemak. Nampaknya ketamtu kena bertapa lagi dalam peti sejuk beku tu lah nampaknya... hmmm aku dah melalut nih.. adios...

Tiada ulasan: