Jumaat, Disember 13

Cross Fight B-Daman

 

Assalamualaikum..

Korang nak tahu kenapa aku buat tajukni hari ni? Ha.. inilah mainan baru anak teruna aku. Kalau tak silap akulah adalah 10 biji b-daman dalam koleksi anak teruna aku kat rumah tu. Yang paling best, hubby aku pulak jadi tukang membeli. Yang membara tengok aku, tapi yang bising pasal rumah bersepah, Hubby aku.. kadang-kadang, aku gelakkan jer padan muka dia, siapa suruh beli. Muehehehehe...

B-Daman - screenshot thumbnail

Baru-baruni, Hubby aku dapat gaji dan boleh pulak dia berjanji dengan anak teruna aku untuk membelikan full set B-Daman. Anak teruna aku memang senyum sampai ke telingalah seronok giler bila walidnya dah belikan. Tapi..., part yang paling tak seronok tu bila aku ni, (telunjuk tunjuk kat batang hidung aku ek) aku ni yang jadi mangsa kena layan, kena pasang mainan tu dan jugak menjadi mangsa kemarahan anak teruna bila mainan tu jadi rosak or apa-apa ajalah. hergh.. tak kose teman nih..hish... sengal...

Bahagian-Bahagian kecil yang perlu aku cantumkan
  
Field set yang dah siap di cantumkan
Tak menyabor nak main dah

B-daman yang dah selesai aku cantumkan..

Lepas satu-satu yang di beli oleh Hubby aku, boleh dikatakan dalam sebulanni dah 3 B-daman baru yang dibelinya. Hmm.. layan jelah.. dah masuk sekolah nanti jangan harap nak aku benarkan.





Tiada ulasan: