Ahad, Disember 1

Makan Best #14 : Restoran Aroma Hijrah

Assalamualaikum...

Dah lama rasanyakan aku tak update entry tempat-tempat makan best nih kan? Sibuk ajer memanjang, Macam-macam nak kena buat weh.. tambah lagi anak nak masuk sekolahni lagilah banyak kena pikir. 

Entry kalini, aku nak cerita pasal Restoran Aroma Hijrah yang aku dah pergi bulan 10 yang lepas (baru nak update!, muehehehe...), Niat utama, untuk sambutan hari lahir anak teruna and atuknya. Hehehe.... Bermula dengan pencarian dengan en. google, aku mencari makanan arab yang terdekat, murah dan sedap. Cari punya cari, tanya punya tanya, akupun terjumpa dalam satu blog nih aku lupa namanya, ada menceritakan pasal tempat makan best sekitar Selangor. Sudahnya, aku decide nak cuba makan di Restoran Aroma Hijrah yang menyajikan makanan arab yang sedap, murah dan boleh dimakan oleh 4-5 orang semata. Muehehehe..
Sebelah Kiri adalah restorannya, berdepan dengan dewan MBSA

Aku sampai sini dalam jam 2 petang, masa tu ada lagi beberapa tempat kosong. Tapi bila kami mula makan, tempat yang kosong mula penuh dan tempat yang ada orang pula telah berganti dengan yang lain.
aneka makanannya
Menu, aku ambil combo set lebih kurang RM 83.50
tak lama tunggu, minuman dan makanan pun sampai, Aku request air kurma. Dalam set combo ni ada 2 jenis nasi, 2 jenis masakan ayam, 2 jenis masakan daging kambing, sayur, 2 jenis sup dan cili. Memang berbaloi dan agak mengah jugak nak menghabiskannya.
Wahahaha.. licin.. anak teruna akupun pada mulanya tak nak makan, akhirnya tergoda juga untuk makan, siap bertambah lagi...
Tok Din and Mem Ita yang turut kekenyangan


Sedap sangatke sampai menjilat bibir?
Kami yang kekenyangan
Bahagian dalam restoran
Resit bayaran yang di koyak dek anak teruna aku.

Jomlah cuba, sangat berbaloi. Restorannya terletak di belakang Monfort Boys School dan Politeknik Shah Alam. Masuk simpang nak ke sekolah Monfort tu, selepas 5 traffic light dan selepas sungai/jambatan, nampak masjid dan traffic light, masuk kiri then terus, masuk kiri sekali lagi dekat dewan MBSA, restorannya berdepan dengan dewan itu.

Tiada ulasan: