Sabtu, Disember 14

Walimatul Urus #5

Assalamualaikum..

30hb November yang lepas, aku pergi ke jemputan kenduri kahwin. Disebabkan Hubby aku tak dapat ikut sama, aku mengajak Ma n Abah teman aku pergi kenduri tu. Mulanya aku ingatkan pergi dua kendurije, tapi rupanya, Abah aku pun dapat jemputan kahwin di Bukit Damansara. Penuh perut ko.. tak larat nak isi.

Kenduri pertama kami pergi di Dewan Hamzah. Kenduri staff Majlis Perbandaran. Yang tu aku tak sempat nak tangkap gambarpun.

Kenduri kedua pula di Shah Alam di seksyen 7 di dewan Kompleks Kebudayaan. Yang itu kenduri kahwin anak salah seorang pengarah Jabatan. Memang grand jugalah kendurinya. Masa aku sampai, orang tak ramai lagi. Kebetulah kami sampai tu hujan lebat turun. Memang berkampung jugalah kat dewan tu sekejap.
Pelamin, tangkap dari jauhje malas nak berjalan
Makan Beradap. Pengantin tak siap lagi masa ni.
Aku, Ma, and Mak Cu
Anak teruna makan pisang je.
Kami bergambar berempat
Anak Teruna yang pegang kamera
Bolehlah dari takde gambarkan..
Giliran Anak teruna pulak bergambar
Ada stail tak?

Hujan tak berhenti, nak tak nak kami terpaksa pinjam payung orang untuk sampai ke kereta, kenduri ketiga agak jauh dari Shah Alam. Aiseh jenuh... perut aku dah penuhnih... Nak kesana kena tempuh jalan jammed pulak. Kami sampai sana dalam jam 4 lebih. Kenduri masih berlangsung lagi. Yang ini kenduri anak kawan Abah. Masa ni, anak teruna aku mau pulak makannya, berselera aku tengok dia makan. Mungkin sebab nasinya bukan nasi minyak tapi nasi Beriyani tu yang dia berkenan kot.
Pelamin, yang ditangkap oleh anak teruna aku.
Anak teruna bergambar

Banting pengantin
Sempat lagi nak main tu.
Mana satu opah mana satu cucuni? muehehehe...

Musim cuti sekolah, memang berderetlah kenduri dan surat saman yang menunggu. buat masani takde lagi pangilan surat saman buat aku, tapi tak taulah kalau ada yang akan menyusul. Adios

Cenderahati dari pihak pengantin

Tiada ulasan: