Selasa, Disember 10

Annual Concert Tadika Tunas Ria Bestari 2013

Assalamualaikum...

Lebih sebulan dah concert ni diadakan sebenarnya, aku baru terhegeh-hegeh nak pos. Muhehehe.... aku dah malas nak edit gambar sebenarnya. Ish..ish..ish..Jom layan gambar ajelah ek..
Sebelum keluar rumah, tahun ni bajunya ala cheongsam kualiti yang tak seberapa (senang koyak)
Ahaks.. sekali pandang macam kembar.. tapi tengok betul-betul gambar tu, ada cut and paste di situ hehehe
Tahunni aku sampai awal, meja kebanyakannya masih kosong lagi. pentaspun tak siaplagi
Yang paling mengejutkan, aku duduk meja VIP ko... depan pentas lagi.
anak orang yang duduk sebelah aku
Gong dipalu tanda acara concert dimulakan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan terjemahannya.
Anak teruna ambil sijil atas pentas.

Antara persembahan oleh anak-anak kecil tadika
Yang ini special sikit pasal 'awek' anak teruna aku buat persembahan, hehehe...
Al-kesahnya jadi 'awek' nih pasal bermulanya anak teruna aku bagi bunga kat 'awek'nya, lepas tu siap dapat cincin pulak. Naik angau 'awek' ni dibuatnya. Kebetulan 'awek' anak teruna akuni pula anak Puan Ain. Mengekek-ngekek kami ketawa bila bercerita pasal anak dara dan anak teruna berdua nih..
Tarian Kipas ala muslimah
Tiba masanya anak teruna aku pula buat persembahan
Coral Speaking about their teacher.
Dapat Sijil membaca, aku pulak dapat naik pentas pasal aku rajin bagi sumbangan pada Tadika, itu sebabnya aku dapat meja VIP, naik seganpun ada sebab aku bagi sumbangan tu kalau boleh taknak orang tau, tapi... tadika umumkan jugak..

Persembahan terakhir oleh anak-anak tahun enam
Inilah hadiah sumbangan tadika yang aku dapat

Sekejap ajekan, pejam celik pejam celik dah habis tahun 2013.. anak aku tahun depan pulak masuk darjah satu dan terpisahlah dengan 'awek'nya... tahun depan juga aku tak bolehlah nak ambil anak dara tu dah.. sebab dah berlainan sekolah.

Tiada ulasan: