Jumaat, Disember 13

Tuala Mandi Berhud

Assalamualaikum....

Projek menjahit aku kali ini adalah membuat tuala mandi budak berhud. Masa berada di Gambang dulu, aku dengan puan Ana ternampak tuala budak yang ada hudni masa kami tengah bershopping di Gambang Water Park. Aku macam biasalah, mesti tengok price tag dulu punya. membuntang mata aku tengok rega yang tertera, tak berbaloi langsung dan kain tualanya juga kureng sikit. Aku dengan pantasnya membelek tuala mandi tersebut dan membelek cara pembuatan hud tuala itu. Ringan mulut ku beritahu Puan Ana, cara buatnya mudahjer.. Kita belilah tuala yang berkualiti dan jahit sendiri. Senangjer...

Tambah lagi aku ada ternampak di GM tuala yang serupa, cuma kainnya lebih teballah. Harganya sebelum Less adalah RM 80, selepas Less RM 40. Bapak ko memang tak berbaloi.

Hujung bulan 11 haritu Puan Ana membeli tuala untuk anaknya dan anak aku, untuk aku jahitkan tuala itu dan membuat hudnya sekali. Dalam hati macam menyesaljer aku ringan mulut cakap nak buatkan.. muehehehe... tapi bila aku fikirkan balik, anak-anak Puan Ana aku dah anggap macam anak-anak aku dan mereka juga manja dengan aku terutama sekali kakak dan kembar berdua, aku niatkan aku buat ikhlas untuk mereka dan anak teruna aku. Lagi seronok bila dapat tahu mereka seronok dan gembira bila dapat tuala tu dan menggunakannya dengan sepenuhnya, membuatkan aku rasa dihargai oleh mereka. Rasa berbaloi sangat sangat.

Nak tempahke? Sediakan tuala saiz budak 2 helai atau sehelai tuala budak saiz besar dan sehelai lagi tuala budak saiz serdang. Upah tukang Jahit RM 20 sahaja.

Tiada ulasan: