Isnin, April 6

6 April, Hari Lahir Ma Dan Menantu


Assalamualaikum wbt....

Disebabkan Blues Monday melanda di pejabat aku punya pasal, sampai aku terlupa hari ni hari lahir Ma dengan Hubby aku. Muehehehe.. sorrylah.. tahun ni aku kejam sikit lupa semua hari lahir.. hehehehe...

Selamat hari lahir buat Ma dengan Hubby, semoga kalian berdua dilimpahi dengan rahmat dari Allah yang penuh dengan keberkatan yang melimpah-ruah dengan sebaik-baik keberkatan.

Jom tengok muka orang yang sambut hari lahir hari ini.

 Hmmm.. Muka-muka kesayangan aku....
Apa nak masak hari nih yek? hmm.... buat sizling mee lah.. Hubby aku suka tu.

Blues Monday #80


Assalamulaikum wbt...

Hari yang penuh blues hari ini. Sampai ke petang aku buat kerja dengan sambil lewanya. Tiada mood untuk bertungkus lumus menyiapkan kerja yang tertunggak di sebelah aku nih...(ikut hati dengan blog aku pun blues tanpa entry gak nih) tapi nak dekat balikni tiba-tiba bersemangat pula. Hehehe)

Dengan pegawai aku yang bercuti tanpa gaji selama 6 bulan, kami di sini bekerja tanpa pengawasan sesiapapun tambah lagi bos mesyuarat sampai petang dan sibuk nak siapkan laporan APPC lagi, jadinya kami bekerja dalam suasana yang penuh blues.

Sebenarnya badan aku tak berapa nak elok hari ni. Sebabnya semalam, aku dengan anak teruna berbasikal naik bukit dan turun bukit di Bukit Cahaya Sri Alam di Shah Alam. Lama dah sebenarnya aku tak berbasikal ni, ke Bukit Cahaya Sri Alam ni pun sama. Naik sakit lutut aku mengayuh. Mak dah tua lah katakan. Naik lenguh badan-badan aku, sakit-sakit tahap tak hengat tau... tapikan berkat aku pakai Firmax 3 nih, alhamdulillah... badan aku ni rasa bertenaga lagi untuk bergerak.

 

 Nak promote sebenarnya, nak cuba? boleh e-mail ke syaz415@gmail.com or what apps/call no. ni - 0132937898

Selasa, Mac 31

How To Pick Best Shoes For Women


Assalamualaikum wbt...

Bagaimana Hendak Memilih Kasut Yang Terbaik



Adakah anda tahu bahawa kebanyakan kasut wanita yang ada dalam pasaran di luar sana dikatakan tidak cukup selesa ataupun baik untuk kesihatan tapak kaki? Mengikut organisasi yang terlibat terdapat lebih 50 peratus wanita yang mengalami pelbagai masalah pada bahagian kaki mereka kerana memilih kasut yang salah. Percayalah, walau kuat mana pun keinginan anda untuk bergaya, anda tidak perlu suffer dek kerana fesyen semata-mata. Namun kini banyak pembuat kasut dan jenama fesyen kasut yang mendapatkan stylist untuk terus mengeluarkan the best shoes for women collection yang hadir dengan rekaan terkini namun menawarkan kualiti yang baik demi keselesaan pemakai.

Ada beberapa panduan tentang how to pick the best shoes for women seperti kasut tumit tinggi, kasut leper ataupun flats dan juga kasut sandal. Apabila memilih kasut jangan terlalu taksub untuk memilih kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak tekanan yang anda letakkan pada bahagian hadapan tapak kaki anda. Kasut yang benar-benar selesa kebiasaannya mempunyai tumit yang lebih rendah.
Jangan sesekali abaikan untuk mendapatkan kasut yang diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi. Penggunaan material yang bagus dapat memberikan keselesaan dengan menawarkan cushioning and shock absorption. Elakkan juga untuk memilih kasut dengan toe box yang terlalu kecil agar mempunyai ruang untuk jari kaki anda daripada ‘terhimpit’ antara satu sama lain dan mengakibatkan kesakitan.

Pilih jenama kasut wanita yang anda benar-benar percaya kerana jenama yang baik lebih dikenali dan menghasilkan koleksi kasut yang mempunyai kualiti yang baik. Apa pun pilihan anda kasut yang sempurna sewajarnya memberikan keselesaan walau ke mana sahaja anda pergi dan dapat digayakan dengan baik sepanjang hari!

Tepuk dada tanyalah selera, hanya anda sahaja yang tahu selera anda