Rabu, November 28

Sungai Lopo Village

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak story mengenai aktiviti aku yang dah agak lemau a.k.a dah lama gakla. Aku pergi berkelah kat sungai time musim hujan ahaks..ahaks.. masa tu time Deepavali yang lepas, aku ajak Hubby, Ma dan Adik-adik pergi berkelah kat sungai. Hehehe.. jiran-jiran aku sibuk sambut Deepavali # jiran aku Kaum India,  tapi aku pulak sibuk pergi berkelah sambut deepavali kat sungai. Niat nak ke sungai congkak, tapi bila pikir balik, sungai congkak mesti ramai aku decide nak pergi ke sungai yang berdekatan tempat yang selalu masuk tv tu, apa nama sungai nya aku pun lupala. Elok dah sampai sana, Mak Cu tak nak pula tak best katanya.

Dari nak berhenti aku terus je jalan. Jalan punya jalan, terjumpa satu signbord Sungai Lopo. Macam menarik, lalu akupun ikut sign board. Tempatnya ok, baru setahun kot di buka dan bersih. Sewa pondok RM 10 kot hehehe.. akunih pelupa tu pasal citer basi aku baru masukkan nih. Parking RM... hehehe sebab bukan aku yang bayar, so aku tak ingat.. hahahaha.... Nak buat kem boleh, nak buat family day pun boleh siap dengan bilik-bilik yang boleh di sewakan. RM 80 - Rm 100 haaa yang nih aku ingat.

Sebelum nak sampai ke Sungai, sempat lagi tu aku singgah sekali beli cendawan kampung. Sedap, tapi lepastu aku rasa angin menyucuk-nyucuk tulang belikat aku huhuhu sengalnya....

Ok, Jomlah kita layan gambar ek.
Singgah beli cendawan
dah sampai Sungai Lopo village, siap dengan surau dan tandas 
Pemandangan sungai dan pondok yang kami sewa
Apa agaknya yang dema tengah usha tu yer..
Ooo.. port baru untuk mandi manda rupanya
 Jom Berhijrah ke port baru. Ahaks..
Cik Yang n aweksnyer
 Possing Cik Yang jangan tak possing
Ha mandi puas-puas bukan senang nak datang lagi tau..
Kesejukan dalam air..
Pose ma jangan tak pose
Pose lagi
Turn aku pulak nak pose.. hubby ambil gambar ek

Pose with my lovely brother


Ma n Mak Cu yang tak habis-habis berposing
Gambar atas, Maklumat untuk dihubungi. Gambar bawah, Bilik-bilik yang boleh disewa.

Agak seronok dan mereleasekan tension sebab tak ramai orang kot. Andai nak bermalampun harganya agak berpatutanlah. Jom beramai-ramai kita beriadah.







2 ulasan:

Unknown berkata...

Tak pernah lagi saya sampai kat Sungai Lopo Village ini...walaupun kg org rumah dekat air terjun gabai pun , boleh dikira berapa kali saya pergi ke gabai...hik hik....apa pun Sungai Lopo Village memang tepat yang agak menarik..untuk santai bersama keluarga...

Tanpa Nama berkata...

There is certainly a great deal to learn about this topic.
I love all of the points you have made.

my web page ... buy instagram likes