Jumaat, November 9

Yee Mee Kungfu Bidan Terjun

Assalamualaikum..

Ngeh..ngeh.. ngeh.. ni masakan bidan terjun. Malam semalam Cheq tak tau nak masak ape. Nak mudah masak maggie jer.. tapi maggieni, kalau makan selalupun tak elok gakkan. So, pikir punya pikir, jadilah yee mee kungfu bidan terjun untuk 3 orang makan.. Waa... Chaaa.......


Resepi Yee Mee Kungfu

Bahan-bahannya:-
  • 4 ulas bawang putih - diricik halus
  • 5 ketul daging ayam - di potong halus-halus
  • 2 batang sayur sawi 
  • 2 biji telur ayam - jangan lupa basuh telur tu yer
  • Sedikit bunga kobis
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2-3 mangkuk air - untuk 3 orang makan
  • 1-2 sanggul yee mee ikut seleralah sebab pada aku 1 sanggul boleh disediakan untuk 2 hidangan
  • Sedikit garam
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga agak kekuningan
  2. Kemudian masukkan ayam dan masak sedikit
  3. Masukkan air dan sayur sawi sehingga air mendidih
  4. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam periuk sedikit demi sedikit
  5. Setelah sebati, masukkan telur dan biarkan sebentar
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa
  7. Letakkan sanggul yee mee kedalam mangkuk dan tuang kuah ke dalam mangkuk ketika masih panas supaya yee mee akan menjadi lembut dengan cepat.
  8. Siap untuk di hidang.
Selamat mencuba..

Tiada ulasan: