Assalamualaikum...
Dah lama sebenor nye gambarni dalam simpanan aku, cuma masa tu tak tau nak letak tajuk apa. Inipun main hentam letakjer.. nampak ke kome semua apa yang ada dalam gambar ni? hehehe..
Meh aku senaraikan antara petua-petua pokok-pokok herba nih.
1. Daun Kari
2. Limau Purut
4. Lidah BuayaDah lama sebenor nye gambarni dalam simpanan aku, cuma masa tu tak tau nak letak tajuk apa. Inipun main hentam letakjer.. nampak ke kome semua apa yang ada dalam gambar ni? hehehe..
Meh aku senaraikan antara petua-petua pokok-pokok herba nih.
1. Daun Kari
- Dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan boleh mengatasi masalah penghadaman
- Jus daunnya di campur dengan jus limau nipis dan digunakan untuk mengatasi loya dan pening akibat makan lemak yang berlebihan - caranya mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan jus limau nipis.
- Jus daun kari yang dicampur madu juga boleh mengatasi cirit - birit dan buasir
- Air rebusan kulit batangnya yang dikeringkan juga dapat mengubat kencing manis.
- Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan juga dikatakan dapat mencegah kencing manis akibat kegemukan dan keturunan.
- Dikatakan juga, daun kari dapat mencegah uban.
- Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa sehingga kehitaman, boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigtan serangga dan haiwan berbisa.
- Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes dan boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalkan pada tempat yang sakit.
2. Limau Purut
- Daunnya dikatakan mempunyai kualiti anti histamin (adalah sebatian nitrogen organik yang terlibat dalam tindak balas tempatan imun serta mengawal fungsi fisiologi dalam usus dan bertindak sebagai neurotransmitter. [2), anti kelemumur, anti spasmodic (yang berhubungan dengan atau terjejas atau dicirikan oleh kekejangan) dan aktiviti hypotensive (tekanan darah rendah atau berkhidmat untuk mengurangkan tekanan darah.)
- Selain dari mandian wap, daunnya juga boleh dijadikan syampu untuk kelemumur
- Jus buahnya pula dikatakan boleh menguatkan kesihatan gusi dan juga boleh digunakan untuk memberus gigi
- Minyak pati dari daunnya pula boleh digunakan sebagai agen perasa dan ditambah ke dalam produk kosmesuetikal seperti sabun dan losyen.
- Air Rebusan akarnya dikatakan boleh melawaskan kencing
- Air rebusan daunnya untuk merawat demam malaria.
- Ianya juga boleh melegakan batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang.
- Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan ubat panau dengan meletakkan daun yang ditumbuk di tempat panau.
- Jeli dari daunnya boleh di buat minuman dan di masak sup
- Rawatan untuk Penyakit kulit, luka, kulit terbakar, sembelit, sembab, batuk, kesakitan, bengkak, asma, Sakit urat, luekemia, kanser paru-paru, bengkak spleen, buasir, uluran sebagai antibiotic, anti septik, julap, penggalak haid, penggalak muntah, kecacingan, penyakit mata, bengkak, demam, rawatan selepas bersalin, dan barah payudara
- Berkesan untuk menyembuhkan dan memperbetulkan kerosakan urat saraf: Keringkan 2-3 helai daun campuran antara pokok jantan dan betina, dan rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan penuh, minum air rebusan tersebut bila suam
- Untuk wanita yang baru bersalin, ianya di gunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal dan untuk mengecutkan rahim.
- digunakan untuk mengubati paru-paru berair.
- selain dari merebus daun dan akar nya, buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan.
6. Ulam Raja
- Pucuk dan daun muda: Dimakan sebahagai sayur ulam yang mentah, untuk membuat kerabu, atau di masak sebagai lauk. Daun ulam mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
- Semua bahagian pokok: Boleh dimasak dan direbus untuk diminum sebagai ubat herba bagi mencuci darah, menguatkan otot dan menguatkan tulang.
- Merawat kelemumur: Daun dilumat dan dilumur di atas kulit kepala
- Membantu menghadamkan makanan dan menghilangkan sakit perut bagi wanita baru bersalin: pupuk daun di atas perut dan minum air rebusan daun ini.
- Akar: Digunakan untuk tujuan melawaskan air kencing dan sebagai julap
- Biji: Dihancurkan dan serbuknya ditelan sebagai julap (mencuci perut) Pengunaan yang sedikit boleh membuka selera makan
- Daun: Direndam dan airnya digunakan untuk mencuci mata sebagai rawatan mata merah
- Bunga: boleh dijadikan pewarna.
- Boleh dibancuh sebagai teh herba yan boleh diminum oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa
- Daun segar dikunyah dan ditelan untuk meransang muntah.
- Daun segar dan daun kering boleh direndam dalam air mendidih atau di rebus untuk diminum bagi melawas air kencing , merawat alahan, kencing manis, penyempitan pembuluh nadi, batu karang, encok, busung, jangkitan kepada sistem air kencing, kerap buang air, masalah ginjal radang, reumatik dan tekanan darah tinggi.
9 ulasan:
mas cotek 2 daun pe kak?BK xpenah dgo la
Banyaknye fungsi herba. Tapi saya tak suka makan herba.. Hihi..
Isabel.. herba mmg tak sedap rasa dan baunya. tp elok untuk badan. bagi org yg baru lepas bersalin mmg kena makan huhuhu
mas cotek daun ape? aler.. nak cakap camner ek.. kat rumah akak ada tanam. bentuk daunnya sangat unik bentuk ikan pari cuma bulatje kat depan. buah nya bulat2. tak de bunga
Limau purut ada tanam kat rumah!!
KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT
Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).
3 BAHAN AKTIF PENTING
FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)
Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan
Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.
Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Mana saya boleh dapat pokok mas cotek. Ada jual dimana2 ke?
sorry lmbt membalas. Blog baru boleh buka.. hehehe... pokok mas cotek ni kalau tak silap saya ada jual di pasar tani setiap pagi sabtu dan ahad kalau area selangor ni lah.. dkt nursery saya tak pasti. kadang2 ada kadang2 takde
Catat Ulasan