Khamis, Jun 27

Alhamdulillah.. Jerebu Semakin Kurang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah.. jerebu dah semakin berkurang kat tempat aku tinggal ni. Syukur sangat Allah menurunkan rahmat kepada bumi ini. Keberkatan Ahli jemaah masjid melakukan solat sunat istiqa' (minta hujan) diberkati oleh-Nya lalu menurunkan hujan dan membasahkan bumi.
Pagi ni masa aku nak hantar anak, aku dah boleh tengok awan. Cantik sangat, kalau tidak asyik diliputi dengan jerebu yang tebal. Harapnya jerebu semakin berkurangan dan anak-anakpun dah boleh memulakan sesi persekolahan mereka semula.
 
 Nyaman sangat pagini,

Syukur.. alhamdulillah.. Moga ianya berterusan hendaknya...

Rabu, Jun 26

Samsung Galaxy Grand vs Samsung Galaxy Note II

Assalamualaikum...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Beberapa minggu yang lepas, aku ada ceritakan mengenai Samsung Galaxy Grand. Betapa bestnya dan berkenannya aku dengan Grand nih. Ok harini aku nak ceritakan mengenai perbezaan antara Grand dengan Note II. Walaupun Cerita dah basi, tapi aku nak letak gak kat entri.

Sekali imbas, kita tengok Grand macam kita tengok Note II. Memang cantiklah. Tapi lagi bagus Note II. Pada yang tak cukup duit untuk memiliki Note II bolehlah dapatkan Grand, dan berbangga dengan Grand konon-kononnya kita memiliki Note II. 'Chewah.. ayat tak bleh blah'
Jom kita tengok pulak perbandingan di antara kedua-dua phone 
Model Samsung Galaxy Grand Samsung Galaxy Note II
General
Dual Sim Yes, Dual sim and Dual Standby No
Dimensions 143.5 x 76.9 x 9.6 mm 151.1 x 80.5 x 9.4 mm
Weight 162 g 183 g
Display
Display Type Capacitive touch screen, 16M colors Super AMOLED capacitive touch screen, 16M colors
Display Size 480 x 800 pixels, 5.0 inches 720 x 1280 pixels, 5.5 inches
Software
Operating System Android OS, v4.1.2 (Jelly Bean) Android OS, v4.1.1 (Jelly Bean)
Browser HTML5 HTML5
Java Yes, via Java MIDP emulator Yes, via Java MIDP emulator
Camera
Back Camera 8 MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash 8 MP, 3264×2448 pixels, autofocus, LED flash,
Front Camera Yes, 2 MP Yes, 1.9 MP
Features Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization
Video Yes, 1080p Yes, 1080p@30fps
Processor
CPU Dual-core 1.2 GHz Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9
Chipset Exynos 4412 Quad
GPU Mali-400MP
Memory
RAM 1 GB RAM 2 GB RAM
Internal Memory 8 GB 16/32/64 GB storage
External Memory microSD, up to 64 GB microSD, up to 64 GB
Battery
Type Li-Ion 2100 mAh Li-Ion 3100 mAh
Stand-ByTime Up to 440 hrs Up to 980 hrs
Talk Time Up to 10 hrs 10 mins Up to 35 hrs
Connectivity
3G Yes, HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps Yes
4G Yes
Bluetooth Yes,v4.0 with A2DP, LE, EDR Yes,v4.0 with A2DP, LE, EDR
Wifi Yes,Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot Yes, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
GPRS, EDGE, GPS and microUSB v2.0 GPRS, EDGE, GPS and microUSB v2.0
Others
Colors Black, White Titanium Gray, Marble White
Sensors Accelerometer, Gyro, Proximity, Compass Accelerometer, Gyro, Proximity, Compass, Barometer


Bila tengok perbezaannya, Note II lagi best dan canggih. Namun, apakan daya duitku tidak berkepuk. Huhuhu...

Pada akulah, kedua-dua phone nih ada kelebihan dan ada kekurangannya.. pada yang berduit lebih bolehlah membeli Note II sebab kelebihan Note II lebih banyak berbanding Grand. Terpulang pada minat masing-masing dan duit masing-masing jer.. hehehe.. bak kata pepatah, alah membeli menang memakai, tepuk dada tanya selera.. Kalu duit berkepuk, apa saja boleh dapat. Betul tak? hehehehe

Selasa, Jun 25

Sebab Jerebu, Topeng Muka Jadi Terkenal



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Jerebu punya pasal, Topeng muka laris dijual di setiap farmasi yang ada. Laku ko topeng yek, kalu tidak orang tak pandangpun ko kan. Pagini, kami berbicara mengenai topneg muka yang dijual di setiap kedai farmasi ataupun kedai runcit. Aku dapat tau, ada yang menjual topeng muka yang getah kiri kanan, dijual dengan harga RM 1.20 satu. Ada yang dijual RM 6 di farmasi. Bapak... Mahal giler.. Kalu macam nih, harga ubatpun confirm naik gak kat farmasi. Eh ye ke? harga ubatni ada kawalan tak, mesti adakan?. Ish..ish..ish.. melampau-lampau sungguhlah penjual-penjual nih, senangjer mengambil kesempatan di atas situasi yang ada. Kiamat makin menghampiri, beginilah jadinya.

Akupun apa lagi, bukak komputerje aku terus tanya pak cik google pasal topeng muka. Jumpa pulak kat Uncle UTUSAN yang memaparkan berita pasal Topeng muka.
 



Ha.. saper berani nak jual lebih2 korang lapor jer biar dema rasakan nya.. kan..