JIBRIL, MALIK, ISRAFIL DAN IZRAIL KHABARKAN KELEBIHAN SELAWAT
RASULULLAH SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata padaku"
Berkata Jibril as, "Wahai Raulullah SAW, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Malaikat Malik as pula berkata, "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata Malaikat Israfil as, "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"
Berkata Malaikat Izrail as, "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lenbutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan