Assalamualaikum...
Lama dah rupanya aku menyepikan diri ek.. 2 minggu jugak yer.. huhuhuhu... Masa hari raya Aidiladha haritu, aku beraya sekejap di rumah ma di Taman Medan, then aku balik Bruas. Tu yang aku menyepikan diri tuh..
Last week pulak, aku sibuk layan bos yang sengal tuh untuk sasaran kerja tahunan. Disebabkan second bos aku masih bercuti bersalin, so akulah jadi mangsa untuk melayan kesengalan big bos aku tuh.
Semalam, aku dapat tahu isteri anak saudara Hubby aku yang kahwin lepas raya tahun lepas (yang aku pos aku pergi bukit mertajam tuh) dah bersalin... huhuhu.. aku dah naik satu pangkat lagi..... dah jadi neneklah pulak.... eeii macam dah tua sangat pulak aku rasa.. tak mau..tak mau... huhuhu... anak aku kecik lagi meh...
Whatever it is, tahniah buat Asri dan isteri atas kelahiran itu... semoga anaknya menjadi anak yang soleh/solehah....
Hari ini, rasanyalah.. kami di pejabat ini tak di ganggu oleh langau besor sebab langau tu mesyuarat pagi dan petang. Tapi aku dapat rasakan yang langau itu akan berdengung esok pagi.. ish.. pening....Adios... nak melayan rasa merdeka sekejap. Muehehehehe...
1 ulasan:
Tahniah kepada anak saudara husband sis. Saya pun merdeka hari nie sebab tak perlu pergi class. Hihi.
Catat Ulasan