Isnin, Januari 12

Blues Monday #71


Assalamualaikum wbt....

Seminggu aku tak update entrykan. Sibuk sikit di awal tahun. Awal tahunni aku handle meeting jabatan aku tu yang aku tak dapat nak update entry selalu tu....

12hb januari.. apa yang istimewanya hari ni? Takde apalah. Hari bermula musim persekolahan tahun 2015je.. hari kita mula untuk menempuh jammed huhuhu... hari aku mula hantar anak teruna ke sekolah. Aku nak kena tune balik jadual aku, nak kena mula balik episod keluar awal pagi dan tempuh jammed yang menyesakkan kepala dan dada. Huhuhu... jenuh...

Anak teruna aku bergambar sebelum bergerak ke sekolah

Korang perasan tak kasut anak aku tu. Kasut bertali tau tak.. nak beli yang pakai yang biasa budak-budak pakai, anak aku taknak.... nak pakai yang bertali. Katanya yang lekat biasa tu untuk budak-budak. Ternganga sekejap aku. Aternya kamu tu bukan bebudak ke? Tersenyumje budak yang jaga bahagian kasut tu. Aiseh.. payah.. terpikir di kepala aku akan membebel kat dia setiap pagi... huhhhuhu

Harini aku dengan hubby ambil cuti nak hantar anak teruna. Kami naik motorje senang.

Aku tengah berfikir-fikir nak naik motor ke keretake. Nak hantar anak terunani hari rabu nanti.. adios... selamat mula bekerja buat semua dan selamat mula bersekolah buat anak-anak yang dah bersekolah tu...

Tiada ulasan: