Isnin, Januari 19

Blues Monday #72


Assalamualaikum wbt...

Minggu yang agak sibuk bagi aku, sebab Rabuni mesyuarat pra, jumaat pula Mesyuarat Full.. alahai letih sikit mingguni. Dengan portal yang bermasalah pula. Stress dibuatnya.

Tak lupa aku ucapkan buat pemenang Anugerah Juara Lagu 29 yang telah berlangsung semalam.
Juara lagu - Sonaone dan Joe Flizzow memang the bestlah....
Naib Juara - Shilla Hamzah vokal yang best dan persembahan yang memang hebat

Tempat Ketiga dan Vokal terbaik- Dayang Norfaizah, memang vokal yang power. (aku suka part vokalnya, bajunya ntah apa-apa muehehehe.. dan aku rasa memang Dayang fokus tang vokal sahaja kali ni pun.Mengalahkan Hafis Shuib yang selalunya menang vokal terbaik.
Persembahan Terbaik - Rezeki buat Edry sebab Penyanyi Mojo tarik diri dan digantikan dengan Caliph Buskers. Suara penyanyi tu memang mantap gaklah. Kalah Penyanyi asal...

Stacy, bawa satu kampungpun tak menang tapi, dia namapak matang dan comel pulak dengan imej baru ni..
 

Tahniah buat yang menang, yang tak cuba dan cuba lagi di tahun akan datang.

Tiada ulasan: