Isnin, Julai 27

Monday Blues #89


Assalamualaikum wbt...

Pagi ni agak banyak kerja.. kerja SKT pertengahan tahun... membetulkan format kertas kerja lagi, mengupdate blog aku yang dah lama tertunggak.. dan mencari gabungan warna untuk wedding adik aku yang ketiga lagi.. muehehehe...  

Oh yea sebelum aku terlupa nak jemput kawan-kawan semua yang sudi membaca blog ini untuk hadir ke majlis perkahwinan adik pada 20hb 12, 2015. Nanti aku upload gambar peta ek... tak siap lagi kadnya. Tapi itulah.. adake aku dengan ma yang kena buat kad jemputan.. bukan biasanya bakal pengantinke yang buat? confuse aku dibuatnya. 

Nih nak tunjuk sibulus dalam jagaan aku..

First, ini Miki. Kucing milik rakan pejabat aku. Aku jaga untuk sementara Miki mendapat tuan yang baharu (Tuannya alergik, Muehehehe). Comel kucingnya, muka semi-flat. Sangat lincah dan aktif. Sangat menghiburkan bila dia terlepas dari sangkar dia. Ini adalah rupa sebelum aku hantar grooming.
Ini Kucing milik aku. Beberapa hari selepas aku jaga Miki, aku terus adopt anak kucing nih. Aku bagi namanya Muezza sempena nama kucing Rasulullah SAW. Maksudnya Kucing peliharaan dalam bahasa arab.
Muezza yang baharu sahaja lepas di groomingkan.. Cantikkan bulunya.. panjang....... tu gambar tuan muda dengan muka mengantuk sambil pegang Muezza. Dah cerdik tau.. dah tau nama dia aku panggil.
wokey.... ini pula, gambar Miki yang baharu sahaja lepas Grooming. Cantik jadinya bulu dia. Balik rumah terus merajuk taknak dengan cakap kami. bila panggil mintak possingpun dia buat tak retijer.. dapat snap laju2je. Tuannya nak jual kucing Parsi diani. 

Ada sesiapa yang berminat nak beli tak? RM 1500 (nego) nak puas hati lagi, boleh datang rumah sekali tengok sendiri baru puas hati. Usia 5 bulan baru. Tapi badan dia jenis besarlah, macam dah setahun usianya. Siapa cepat dia dapatlah yer.. sebab seekor jer.. Muezza bukan untuk dijual tau..(Perniagaan jual kucing belum dapat dijalan kan lagi sebab kucing-kucing den masih kecik)

Jika berminat call/whatapps ke no.:-
ain - 0133580500 (always online) /
syaz - 0132937898

Tiada ulasan: