Jumaat, Julai 3

Freaky Friday #51


Assalamualaikum wbt...

Iblis Gementar Berdialog Dengan Rasulullah

Pagi hening dan cuaca amat baik ketika Muadz bin Jabal dan Ibn Abbas RA bersama-sama Rasulullah SAW berada di rumah seorang kaum Ansar. Sewaktu mereka sedang berbual-bual, tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggil dari luar rumah.

"Wahai tuan rumah, bolehkah saya masuk sebab saya tahu kalian memerlukan saya," laung suara dari luar rumah itu.

Rasulullah SAW kemudian bertanya kepada Muadz dan Ibn Abbas RA, "Tahukah tuan suara siapakah itu?"

"Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu," jawab Muadz

"Itulah suara iblis laknatullah," jawab Rasulullah SAW.

"Kalau izinkan saya membunuh iblis itu ya Rasulullah," kata Umar Al-khattab yang sudah bangun ubtuk menemui iblis itu. Bagaimanapun Rasulullah SAW menahanya.

"Sabar wahai Umar. Allah memberi peluangnya untuk menggoda manusia sehingga hari kiamat. Lebih baik bukakan pintu untuknya sebab iblis sudah diperintahkan untuk tujuan ini. Kita dengan dahulu, apa yang hendak dikatakan,' beritahu Rasulullah SAW supaya membenarkan iblis  itu masuk.

Sebaik sahaja pintu dibuka, iblis masuk . Wajah iblis itu seperti seorang tua cacat yang bermata satu. Pada dagunya hanya ada tujuh helai rambut seperti rambut ekor kuda, taring sama seperti taring seekor babi manakala bibir sama seperti bibir kambing.

"Salam hanya milik Allah. Hai makhluk terlaknat, apa yang kamu mahu?" Rasulullah SAW bertanya.

"Iblis itu segera menjawab, "Hai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku tetapi kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu kemari, wahai iblis laknat?"

"Allah telah mengutuskan seorang malaikat menemuiku supaya bertemu dengan mu. Allah meminta supaya aku memberitahumu bagaimanakah caranya aku menggoda manusia? Jawablah dengan jujur semua pertanyaanku. Demi kebesaran Allah jika engkau berdusta, Allah akan jadikan kamu debu yang ditiup angin," ujar iblis bermata satu itu.

Ternyata iblis berasa gementar apabila bersoal jawab dengan Rasulullah SAW. Baginda melontar pertanyaan mengenai amalan yang dapat menyakiti makhluk terlaknat itu.

"Apakah yang kamu rasakan jika melihat umatku yang hendak bersolat?" Rasulullah SAW bertanya.

"Oh, saya rasa gementar dan rasa tiba-tiba saja panas...," jawab iblis.

"Mengapa?"

"Sebab setiap hamba yang sujud kepada Allah, Allah akan mengankatnya satu darjat."

"Bagaimana pula jika umatku berpuasa? Menunaikan haji dan membaca al-quran?"

"Jika umatmu berpuasa, tubuhku terasa terikat sehingga waktu berbuka, jika berhaji aku terasa seperti gila dan jika membaca al-quran tubuhku mencair seperti timah di atas bara api," kata iblis berterus terang.

:Bagaimana jika umatku suka bersedekah?"

Iblis menjawab, "Aku terasa tubuhku seperti dibelah dengan gergaji."

"Mengapa engkau berasa tubuh engkau seperti digergaji?"

"Sebab apabila seseorang bersedekah, mereka akan mendapat empat keuntungan iaitu hartanya mendapat berkat, kehidupannya disukai orang, bersedekah itu pula akan menjadi pendinding di antara dirinya dengan api neraka dan akan dihindari daripada segala bencana," jawab iblis lancar.

"Baiklah, apakah perbuatan yang boleh mematahkan pinggangmu, iblis dilaknat."

"Apabila aku dengar, bunyi kuda pergi berperang ke jalan Allah."

Pada suatu ketika yang lain, Iblis mendatangi Rasulullah SAW apabila diperintahkan oleh Allah untuk menemuinya bagi menjawab beberapa soalan lagi.

"Hai iblis laknat, bagaimanakah kamu ingin mengetahui seseoarang itu ikhlas atau tidak?"

Iblis laknat itu menjawab, "Mereka yang menggemari emas dan perak, mereka bukanlah orang yang ikhlas."

"Mengapa kamu berkata begitu, hai iblis laknat!"

"Seseorang yang menyukai harta dan disanjungi, hatinya lebih tertumpu kepada urusan dunia, mereka inlah yang patuh kepadaku," ujar iblis.

"Berapa ramaikah golongan seperti kamu yang ditugaskan untuk menggoda manusia?"

"Kalau kamu mahu tahu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak mempunyai 70,000 syaitan. Setiap mereka ada tugas masing-masing seperti mengganggu alim ulama, mengganggu orang muda, orang tua, orang perempuan dan aku juga mempunyai anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga dia tertidur ketika solat berjemaah," jelas iblis lagi.

"Apa lagi ya iblis laknat?"

"Aku juga mempunyai anak-anak yang suka duduk pada lidah manusia. Jika mereka melakukan kebajikan, mereka akan hebahkan kepada orang lain sehingga pahalanya terhapus. Apabila orang perempuan berjalan, anak-anakku akan berada di punggung dan pahanya supaya setiap orang lalu lalang akan memandangnya dengan pandangan bernafsu," ujarnya.

"Kalau kamu ingin tahu lagi, anak-anakku akan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan untuk menggoda manusia sehingga mereka tidak mempunyai sifat ikhlas lagi. Malah ramai di antara manusia menyembah Allah tanpa ikhlas tetapi mereka tidak perasan. Bukan kamu tidak tahu, ada seorang ahli ibadah yang mengabdikan diri kepada Allah selama 70 tahun dan sentiasa mendoakan orang yang sakit sembuh. Aku berjaya juga menggodanya sehingga berzina, kemudian membunuh dan hidupnya menjadi kufur."

Tiada ulasan: