Sabtu, Disember 31
Silent Saturday #6
Entri yang berkaitan
Silent Saturday
Isnin, Disember 19
Blues Monday #112
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama aku bercuti minggu lepas, 9 hari lamanya. Bila nak mula kerja balik ni segala urat dan sendi-sendi dah mula liat nak buat kerja. Itu Monday Blues pagi tadi. Memang agak liat jugalah aku nak bangun pagi hihihi..
9 Hari bercuti atas alasan nak menjaga anak teruna bersunat, tapi ikutkan banyak urusan aku buat, dari urusan jual kereta hinggalah ke urusan dengan SSM dengan bank. Menjaga anak sunat tu, memang tetap dijagalah tapi kena tinggal selalu hihihi.. Kesian, anak aku punya bebird buta, so lambatlah agaknya nak baik.
Tapi, bila masuk kerja, tengok atas meja kerja dah melambak-lambak. Aku tak jadi nak bermonday blues huhuhu.. OK.. mula kerja
Adios.... mula kerja
Entri yang berkaitan
Monday Blues
Isnin, Disember 12
Blues Monday #111
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena hari sambutan Maulidur Rasul hari ini, aku uploadkan apa yang di viralkan dalam what apps.
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ💠💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد
💠💠q💠n💠s💠💠
# sungguh indah nukilan ini...
Sebak bila membacanya...😢
Entri yang berkaitan
Monday Blues
Jumaat, Disember 2
Freaky Friday #64
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Diet Cara Rasulullah SAW
Akibat tidak menjaga pemakanan, kita sering dihadapi pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, angin ahmar, sakit jantung, darah tinggi, kanser dan pelbagai jenis penyakit kronik yang lain. Amalan sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa menjaga pemakanan menyebabkan baginda tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya.
Di antara makanan yang Rasulullah gemari ialah:
BARLI, KURMA, BUAH TIN, ANGGUR, CENDAWAN, TEMBIKAI, MADU
SUSU, MINYAK ZAITUN, DELIMA, CUKA, AIR
Aturan Pemakanan
Makan buah selepas selesai makan sudah menjadi kebiasaan kita hari ini. Kononnya sebagai pencuci mulut, sedangkan Rasulullah SAW tidak mengamalkan cara ini. Kita pula tidak makan buah sebelum makan buah, kita tidak akan menjamah nasi kerana sudah kekenyangan.
Rasulullah SAW juga melarang kita mengambil makanan darat bercampur dengan makanan laut dan makan ikan bersama susu kerana ia mengundang penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-. Jika dalam makanan terdapat ayam bercampur dengan ikan, akan terjadi reaksi biokimia yang dapat merosakkan usus.
Al-quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti membuat amalan lain. Iaitu:
- Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurang nya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh perhatikan orang yang mandi pagi kebanyakan badannya sederhana dan tidak gemuk.
- Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Hikmahnya akan menjauhi daripada sebarang penyakit (susah mendapat penyakit)
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya satu minit setelah membaca tasbih). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain.
Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila kita bersujud darah akan mengalir ke ruang tersebut.
sumber: Muhd Nasruddin Dasuki-karya bestari
Entri yang berkaitan
Freaky Friday
Jumaat, November 25
Freaky Friday #63
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lupakan kesalahan Orang Lain
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan ketika melakukan pelbagai urusan. Samada ia kecil atau besar, ia tidak wajar dilakukan. Jeseru, kita dituntut supaya berhati-hati jangan sampai melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Sebagai Orang yang beriman, mampukan kita melupakan begitu sahaja kesalahan orang kepada kita biarpun apa yang dilakukan itu menyakitkan hati? kita selalu diingatkan supaya melupakan sahaj dan tidak membalas dendam terhadap perbuatan tersebut. Kepada mereka yang beriman, sudah tentu menganggap kesalahan orang kepadanya bukan satu masalah besar.
Tetapi tidak semua orang mampu berbuat demikian. Dalam Islam, umatnya diajar supaya tidak mudah berasa tersinggung atau menaruh dendam terhadap perbuatan orang terhadap kita. Bolehkah kita begitu mudah memaafkan atau mengampunkan kesalahan orang kepada kita? Mengapa tidak? Dalam Al-quran surah Al-Zummar ayat 53, ALLAH berfirman,
katakanlan (wahai Muhammad), "Wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya DIAlah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ALLAH memberikan ganjaran ke atas orang yang sabar. Bahkan, tidak mudah bertindak balas terhadap orang yang menyakiti hati sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Sedangkan ALLAH mengampunkan hamba-NYA, mengapakah kita sesama manusia tidak boleh memaafkan antara satu sama lain? Manakah yang lebih besar, berdosa sesama manusia dengan berdosa dengan ALLAH? Sehubungan itu, Anas r.a melaporkan, dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Bahawa ALLAH berfirman maksudnya, "Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-KU, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutu AKU dengan sesuatupun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.
Mereka yang selalu memaafkan kesalahan orang dikatakan memiliki jiwa yang tenang, tidak pemarah, mampu mengawal emosi serta dapat menyusun atur hidupnya dengan sempurna berbanding dengan mereka yang bertentangan dengan sifat seseorang pemaaf. Oleh yang demikian, sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan, sentiasalah bersedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita.
Rasulullah SAW yang sangat sayangkan umatnya sering berpesan supaya saling bermaafan apabila melakukan kesalahan. Sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW mengingatkan,
Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama muslim, kerana itu janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinya. Takwa tempatnya di sini! sambil baginda menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali. Alangkah besarnya dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya. - Riwayat Muslim
Di dalam Al-quran, orang dizalimi diberi hak untuk membela diri, tetapi ia bukanlah bertujuan untuk membalas dendam. Bagaimanapun, jika seseorang itu dapat memaafkan kesalahan orang yang menzalimi, itulah adalah yang lebih baik. bagi mereka yang beriman, sifat sewajarnya ditunjukkan ialah berlapang dada dan tidak ada niat untuk membalas dendam seterusnya melenyapkan keinginan untuk bermusuhan.
Sebaliknya, jika kita pernah melakukan kebaikan dan jasa kepada orang ramai, janganlah sesekali berbangga dengan jasa yang ditaburkan kerana ia akan mengundang rasa takbur dan riyak. Sifat ini sangan dibenci ALLAH, Jika boleh melupakan jasa yang telah ditaburkan itu seolah-olah kita tidak pernah melakukan apa-apa. Ketika itu, pahala rahmat ALLAH diberikan tanpa kita sedari.
Entri yang berkaitan
Freaky Friday
Langgan:
Catatan (Atom)