Jumaat, Disember 2

Freaky Friday #64

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diet Cara Rasulullah SAW

 Akibat tidak menjaga pemakanan, kita sering dihadapi pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, angin ahmar, sakit jantung, darah tinggi, kanser dan pelbagai jenis penyakit kronik yang lain. Amalan sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa menjaga pemakanan menyebabkan baginda tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya.

Di antara makanan yang Rasulullah gemari ialah: 

BARLI, KURMA, BUAH TIN, ANGGUR, CENDAWAN, TEMBIKAI, MADU

SUSU, MINYAK ZAITUN, DELIMA, CUKA, AIR

Aturan Pemakanan

Makan buah selepas selesai makan sudah menjadi kebiasaan kita hari ini. Kononnya sebagai pencuci mulut, sedangkan Rasulullah SAW tidak mengamalkan cara ini. Kita pula tidak makan buah sebelum makan buah, kita tidak akan menjamah nasi kerana sudah kekenyangan.

Rasulullah SAW juga melarang kita mengambil makanan darat bercampur dengan makanan laut dan makan ikan bersama susu kerana ia mengundang penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-. Jika dalam makanan terdapat ayam bercampur dengan ikan, akan terjadi reaksi biokimia yang dapat merosakkan usus.

Al-quran juga mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti membuat amalan lain. Iaitu:

  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurang nya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh perhatikan orang yang mandi pagi kebanyakan badannya sederhana dan tidak gemuk.
  • Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Hikmahnya akan menjauhi daripada sebarang penyakit (susah mendapat penyakit)
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya satu minit setelah membaca tasbih). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain.
Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila kita bersujud darah akan mengalir ke ruang tersebut.


sumber: Muhd Nasruddin Dasuki-karya bestari 

Tiada ulasan: