Jumaat, November 25

Freaky Friday #63

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Lupakan kesalahan Orang Lain

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan ketika melakukan pelbagai urusan. Samada ia kecil atau besar, ia tidak wajar dilakukan. Jeseru, kita dituntut supaya berhati-hati jangan sampai melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Sebagai Orang yang beriman, mampukan kita melupakan begitu sahaja kesalahan orang kepada kita biarpun apa yang dilakukan itu menyakitkan hati? kita selalu diingatkan supaya melupakan sahaj dan tidak membalas dendam terhadap perbuatan tersebut. Kepada mereka yang beriman, sudah tentu menganggap kesalahan orang kepadanya bukan satu masalah besar.

Tetapi tidak semua orang mampu berbuat demikian. Dalam Islam, umatnya diajar supaya tidak mudah berasa tersinggung atau menaruh dendam terhadap perbuatan orang terhadap kita. Bolehkah kita begitu mudah memaafkan atau mengampunkan kesalahan orang kepada kita? Mengapa tidak? Dalam Al-quran surah Al-Zummar ayat 53, ALLAH berfirman, 
katakanlan (wahai Muhammad), "Wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya DIAlah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

ALLAH memberikan ganjaran ke atas orang yang sabar. Bahkan, tidak mudah bertindak balas terhadap orang yang menyakiti hati sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Sedangkan ALLAH mengampunkan hamba-NYA, mengapakah kita sesama manusia tidak boleh memaafkan antara satu sama lain? Manakah yang lebih besar, berdosa sesama manusia dengan berdosa dengan ALLAH? Sehubungan itu, Anas r.a melaporkan, dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Bahawa ALLAH berfirman maksudnya, "Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-KU, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutu AKU dengan sesuatupun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.

Mereka yang selalu memaafkan kesalahan orang dikatakan memiliki jiwa yang tenang, tidak pemarah, mampu mengawal emosi serta dapat menyusun atur hidupnya dengan sempurna berbanding dengan mereka yang bertentangan dengan sifat seseorang pemaaf. Oleh yang demikian, sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan, sentiasalah bersedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita.
Rasulullah SAW yang sangat sayangkan umatnya sering berpesan supaya saling bermaafan apabila melakukan kesalahan. Sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW mengingatkan, 
Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama muslim, kerana itu janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinya. Takwa tempatnya di sini! sambil baginda menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali. Alangkah besarnya dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya. - Riwayat Muslim 

Di dalam Al-quran, orang dizalimi diberi hak untuk membela diri, tetapi ia bukanlah bertujuan untuk membalas dendam. Bagaimanapun, jika seseorang itu dapat memaafkan kesalahan orang yang menzalimi, itulah adalah yang lebih baik. bagi mereka yang beriman, sifat sewajarnya ditunjukkan ialah berlapang dada dan tidak ada niat untuk membalas dendam seterusnya melenyapkan keinginan untuk bermusuhan.
Sebaliknya, jika kita pernah melakukan kebaikan dan jasa kepada orang ramai, janganlah sesekali berbangga dengan jasa yang ditaburkan kerana ia akan mengundang rasa takbur dan riyak. Sifat ini sangan dibenci ALLAH, Jika boleh melupakan jasa yang telah ditaburkan itu seolah-olah kita tidak pernah melakukan apa-apa. Ketika itu, pahala rahmat ALLAH diberikan tanpa kita sedari.

Tiada ulasan: