Isnin, November 7

Blues Monday #109

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

AKU SUDAH BOSAN.......

Nak tahu ke kenapa aku bosan? sebabnya adalah ............................
Korang nampak ruang kosong sebelah monitor tu? Haaa..... Al-kisahnya.

PC aku dah kena angkut oleh orang IT dari hari Rabu lepas lagi. PC aku buat hal.. PC aku selalu keluar Blue Screen. Buka citer 'BLUE' yer.. tapi Blue Screen hehehehe... orang IT je tau pasal ni. Jadinya, merempatlah aku sekarang ni di komputer orang yang bercuti.... huhuhu.. bosan giler nih.. habis tergendala semua agenda aku. Nak upload entry yang tertunggak pun tertangguh, nak upload citer pasal Rasulullah pun tertangguh, nak buat kerja lagilah tergantung. Amatlah tak seronoknya membuat kerja di meja kerja orang lain tau. Semua benda yang kita selalu pakai kena angkut ke meja orang. Huhuhu sedey, meja orang tu pulak bersepah dengan barang-barang dia, nanti hilang kita pula yang disalahkan, huhuhuhu...2 kali sedey..

Semalam aku tengok gegar vaganza, Elly Mazlin terkeluar. Tapi Jihan ada bagitahu yang Elly bukan terkeluar tapi mengundurkan diri atas permintaan Elly Mazlin sendiri. Alahai sedihnya.. aku suka dia sebab dia membuatkan Nabil yang over tu menggedik bila dengan Elly, tahap tak takut bini dia tu. Tapi aku tahu, Nabil ni jenis setia dan isterinya jenis yang sporting. Tapi aku sedey gak bila Datuk Ramly MS komen dia macam tu. Kalau tak suka cakap ajelah. Tapi tak payah kot nak bagitau markah atas ehsan juri. Aku ada baca lagi, Dato' Seri Vida ada pujuk Elly supaya jangan tarik diri, harap Elly Mazlin masuk balik dan buktikan pada Tok Ram yang dia boleh menyanyi dengan bagus dan markah yang dia dapat tu bukan dari belas ehsan juri.


Alhamdulillahirabbil'alamin ( الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ )
Laa hawla walaa quwwata illaa billah ( لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ )



Tiada ulasan: