Assalamualaikum wbt...
TIADA DENDAM WALAU HATI DISAKITI
Kematian bapa saudara Rasulullah SAW, Abu Talib membawa kesan mendalam terhadap jiwa baginda. Ini menyebabkan kaum Quraisy memperhebatkan gangguan terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW. Jika sebelum ini, Abu Talib merupakan nadi utama perjuangan Rasulullah SAW. Jika sebelum ini, Abu Talib merupakan nadi utama perjuangan Rasulullah SAW. Tetapi pada kali ini, Rasulullah SAW bersendirian berhadapan dengan musuh-musuh yang sentiasa menentangnya.
Selain di kota Mekah, Taif, bandar kedua terbesar di Hijaz, Rasulullah SAW berharap dapat mempengaruhi Bani Thaqif yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai supaya menerima ajaran Islam.
Rasulullah SAW berharap jika Bani Thaqif menerima ajaran Islam, sekurang-kurangnya ia menjadi pelindung kepada mereka yang telah memeluk Islam daripada gangguan puak Quraisy. Rasulullah SAW juga berhasrat menjadikan Taif sebagai pusat penyebaran dakwahnya. Sebaik sahaja Rasulullah SAW sampai di Taif, baginda mengunjungi tiga ketua puak Bani Thaqif secara berasingan. Rasulullah SAW cuba menyampaikan ajaran Islam tetapi tidak semudah itu mera mahu menerimanya.
Ketika menyampai ajaran Islam, bukan sahaja mereka enggan mendengar malah Rasulullah SAW dilayan dengan cara yang kasar dan langsung tidak mahu menghormati sesama manusia.
"Kami tidak suka kamu datang ke sini menyebarkan ajaran agamamu. Kalau kamu hendak mempengaruhi kami, lebih baik kamu tinggalkan tempat ini kecuali jika kamu bersedia menerima ancaman daripada kami," ujar salah seorang pemuka yang didatangi oleh Rasulullah SAW. yang berupa ugutan.
"Kami datang ingin membawa kebenaran dan saya diutus oleh Allah untuk menyampaikan ajaran-Nya," terang Rasulullah SAW dengan lemah lembut dan bersopan.
"Hoi! benarkah Allah telah melantik kamu menjadi pesuruh-Nya? Tidak bolehkah Allah memilih orang lain selain engkau untuk menjadi pesuruh-Nya?" Balas ketua kedua puak Bani Thaqif yang ditemui dengan bahasa ksar sambil mengejek-ngejek.
Walaupun Rasulullah SAW menerima cemuhan dan ejekan, tetapi baginda tidak berputus asa untuk menyedarkan Bani Thaqif. Rasulullah SAW pergi pula kepada ketua Bani Thaqif.
Pemuka ketiga Bani Thaqif ini juga tidak kurang hebatnya melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah SAw. Di samping mengejek san memperkecil-kecilkan perjuangannya.
"Kalau engkau benar-benar seorang nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan kamu kerana ini akan menyebabkan bencana kepada diriku. Sebaliknya jika kamu seorang pendusta, tidak ada guna aku bercakap-cakap dengan engkau," kata ketua ketiga Bani Thaqif dengan sombong dan tidak memberi peluang kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan ajarannya. Walaupun penerimaan Bani Thaqif tidak sebagaimana yang diharapkan, baginda tidak mudah putus asa malah ketabahan dan kecekalan hatinya semakin bertambah.
Apabila Rasulullah SAW gagal mempengaruhi ketua-ketua Bani Thaqif, Rasulullah SAW menghampiri pula rakyat biasa. Tetapi penerimaan mereka pula lebih dasyat. Selain tidak mahu menerima ajaran yang disampaikan, Rasulullah SAW juga menerima nasib yang sama.
Akhirnya Rasulullah SAW berhasrat meninggalkan Taif tetapi tidak senudah itu mereka mahu melepaskan Rasulullah SAW begitu sahaja. Baginda menerima ancaman, cemuhan, gangguan dan dilemparkan dengan batu sehingga menyebabkan Rasulullah SAW luka-luka dan mukanya berdarah.
Setelah agak jauh meninggalkan Taif, Rasulullah SAW berehat sebentar dan berdoa kepada Allah mohon perlindungan.
"Wahai tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku serta kekurangan upayaku pada pandangan manusia. Wahai tuhan, kepada siapa Engkau serahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang simpati terhadapku. Tidak keberatan bagiku asalkan aku dalam keredaan-Mu. Aku berlindung dengan cahaya mukaku yang mulia yang menyinari langit dan yang menerangi kegelapan di mana teraturnya urusan dunia dan akhirat. Jika engkau menimpakan atasku kemarahan_mu atau daripada Engkau turunkan azab-Mu kepada engkaulah aku adukan masalahku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan Engkau."
Begitulah doa yang dipohon oleh Rasulullah SAW dalam menghadapi detik getir seperti itu. Kemudian Allah telah mengutus Jibril untuk menemui Rasulullah SAW.
Sesampai sahaja Jibril di hadapan Rasulullah SAW, Jibril terus memberi salam dan berkata, "Allah telah mengetahui apa yang kamu alami dan Allah telah menyediakan gunung dan ganang untk melakukan apa sahaja perintah daripada kamu."
Rasulullah SAW tidak terkata apa-apa dan bersyukur kerana Allah telah mendengar doa dan mengutuskan malaikat Jibril menemuinya.
Belum sempat Rasulullah SAW bersuara, Jibril berkata lagi, "Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan apa yang tuan perintahkan. Jika tuan mahu saya lagakan gunung-ganang ini sehingga penduduk Bani Thaqif ini mati tertimbus, saya akan laksanakan tetapi jika tidak, tuan cadangkan apakah balasan yang selayaknya mereka terima."
Sebaik sahaja mendengar pengakuan Jibril itu, timbullah pula rasa belas dan kasihan terhadap Bani Thaqif jika perkara itu benar-benar berlaku.
"Walaupun mereka tidak mahu menerima Islam, tetapi saya yakin pada satu hari nanti anak dan cucu mereka akan menyembah Allah. Janganlah hukum mereka," Pinta Rasulullah SAW yang memiliki sifat belas ihsan yang tinggi walaupun hatinya luka disakiti.

1 ulasan:
Hebatnya perjuangan Rasulullah....tabahnya baginda dlm berdakwah mengembangkan Islam..
Catat Ulasan