Khamis, Mei 12

Walimatul Urus #3 Pernikahan E-WAN & EJA


Assalamualaikum wbt....

Kesah Throwback. ( Hujung tahun lepas punya cerita ek)

Yup.. Tiba masanya pula, family aku buat kenduri Kahwin. Setelah setahun lebih (ada setahunke?) pertunangan adik aku dengan tunangnya.

Maka, tibalah masa untuk kahwinkan mereka. Dari gaduh, baik balik, gaduh libatkan aku, lepastu mereka baik balik. Tapi yang makan dalam aku. Hmmm.. dah kahwin pun.. kalau perangai tak berubah juga tak tahu lah nak kata apa. Sebagai seorang anak lelaki... banyakkanlah berbakti dengan ibu bapa. Kerana ibu bapa adalah syurga buat anak lelaki.... Tanggungjawab yang di galas tu, galaslah dengan berhati-hati, namun ibu-bapa dilupa jangan, dilawan juga jangan. Adik-beradik, selagi boleh dihormatilah dan eratkanlah kasih sayang sesama kita. Hmmm.. hehehehe...luahahan hati seorang kakak....

Ok.. kita cerita kisah Hari pernikahan... Sebenarnyakan.. agak kelam kabut juga tau kisah perkahwinan adik aku nih..... entahlah macam tak dirancang langsung. Mana aku nak mula dulu ek.. 

Bermula dengan hantaran, Aku dimaklumkan tak payah nak gubah hantaran sebab gubahan hantaran ditempah. OK... Tanpa penerangan yang lebih lanjut ma akupun sewa dulang sebab ingatkan memang dah siap di gubah. Tapi bila sampai hari nikah, baru aku nampak rupa-rupanya dulang dah siap cuma letak sahaja barang atas dulang tersebut dan tak perlu dulang tambahan. Namun agak kelakarlah sebab ada barang hantaran yang berlainan yang di letak dalam satu dulang, tapi tak dilekat atau dicantumkan. Makanya berteraburlah barang tersebut... hehehehehe...


 Susunan hantaran sebelah lelaki untuk sementara waktu. Keluarga sebelah lelaki (Lelaki)


 Pengantin lelaki yang dah sampai awal dirumah singgah, pecut tak hengat sampai kena speedtrap muehehehe... sekali Tok Kadi lambat sampai daaa... ha tulah kalut sangat kan dah berpeluh...


 Keluarga sebelah lelaki (perempuan) yang ada.. #manayanglain?
 
Tok Kadi dah sampai.Pengantin perempuan tersepit di hujung
ma pengantin lelaki


 Pak cik Abu seperti biasa menjadi wakil khas buat keluarga kami. Sangat-sangat menghargai Cik Abu dan keluarga, amat membantu.
  Berdebar menanti saat di ijab kabulkan
 Akad diterima
 Taklik dilafazkan


 

 Mas kahwin di serahkan
Upacara membatalkan wudhu', gelang untuk isteri
cincin untuk suami
Sweet bersama.
Pengantin Perempuan


Dah selesai semuanya, masa untuk kami sekeluarga bergambar
Pengantin bersama mak dan ayah pengantin lelaki
Hahaha.. sweet tak kami sekeluarga sedondon. Nisa je tak ada dalam ni huhuhu



Kakak dan adik bergambar dan bergurau huhuhu..


Oklah kita tangguhkan dahulu kisah pernikahan merekani, nanti aku sambungkan dengan kisah hari perkahwinan sebelah perempuan dan lelaki yer...

2 ulasan:

OKje berkata...

Selamat Pengantin Baru, moga bahagia hingga ke jannah......
Cantik warna baju Pengantin Shaz....peach ek....
Pengantin pun sama cantik sama padan....
Seronok pergi menghantar ni sebab kita datang makan je hihi...

Firdausy CiLiKku berkata...

aah mmg seronok pun.. huhuhuhu.. pengantin dah bunting dah pun.. br nak update entry