Jumaat, Jun 17

Freaky Friday #57


Assalamualaikum wbt...

AWAN MENJADI PELINDUNG

Ketika menerima perintah untuk berangkat ke negeri Syam, Muhammad sangat sedih mengenangkan dirinya, tetapi demi tuntutan hidup, baginda terpaksa melakukannya.

"Hai Muhammad, pakaikanlah baju bulumu itu dan peganglah bendera kalifah. Engkau berjalan di depan menuju ke negeri Syam", beritahu Maisarah selaki ketua rombongan kafilah yang akan berangkat ke negeri Syam.

Tanpa mempersoalkan perintah itu, Muhammad memulakan langkah memasuki jalan yang akan menuju ke negeri Syam. Tanpa disedari ketika sepasang kakinya melangkah, air matanya menitis membasahi pipi apabila mengenangkan nasibnya. Hanya Allah dan malaikat sahaja yang tahu detik hatinya ketika itu.

"Aduhai nasib, di manakah ayahku Abdullah dan ibuku, Aminah? Kalaulah kalian dapat menyaksikan nasib diriku yang miskin dan yatim piatu...," rintih Muhammad sambil kakinya terus melangkah. 

Namun Muhammad memujuk hatinya sendiri tetapi semakin dipujuk, semakin hatinya sendiri tetapi semakin dipujuk, semakin hatinya bertambah sedih.

"Kalaulah kalian masih ada, sudah tentu aku tidak menjadi buruh upahan seperti ini dan masih adakah peluang aku untuk kembali ke tanah tumpah darahku?" Hati kecil Muhammad terus merintih. Tanpa 

Muhammad sedari, rintihan batinnya didengari oleh para malaikat di langit. Mereka kemudian memohon rahmat daripada Allah untuk Muhammad.

Walaupun begitu, Muhammad masih beruntung kerana Maisarah melayan Muhammad begitu istimewa sekali. Muhammad diberinya pakaian secukupnya, kenderaan unta yang tangkas dan segala keperluan lain.

Untuk sampai ke negeri Syam, perjalanan akan mengambil masa beberapa hari ditambah pula dengan cuaca yang panas terik. Permohonan malaikat untuk melindungi Muhammad telah diperkenankan oleh Allah.


Sepanjang perjalanan ke negeri Syam, Muhammad telah dipayungi oleh awan daripada terik panas matahari. Pergerakan awan ini akan mengikut pergerakan Muhammad. Setelah agak jauh berjalan, akhirnya Muhammad dan rombongan kafila berhenti rehat di bawah pohonan berhadapan dengan rumah seorang rahib Nasrani.

Muhammad turun daripada untanya dan duduk berehat diikuti oleh para kafilah yang lain. Semasa Muhammad berehat itu rahib Nasrani itu telah keluar dari rumahnya. Rahib itu hairan apabila melihat kelompok awan sedang berhenti memayungi Muhammad dan kafilah lain yang sedang berehat. Dia tidak pernah melihat peristiwa aneh seperti itu sebelum ini.

Rahib Nasrani itu yakin, pasti ada seseorang di kalangan mereka yang memiliki keistimewaan. Akhirnya rahib itu mendapat idea untuk mengenalpasti siapakah yang memiliki keistimewaan itu.

Rahib Nasrani itu mengadakan jamuan dan menjemput kafilah yang sedang berehat itu untuk menjamah makanan yang disediakan. setelah siap menyediakan hidangan, rahib itu menemui kumpulan kafilah itu.

"Wahai tuan-tuan semua. Saya sedang mengadakan jamuan untuk meraikan kedatangan tuan-tuan kemari. Saya menjemput semua supaya datang menjamu hidangan yang saya sediakan," beritahu rahib Nasrani menemui kumpulan kafilah yang sedang berehat itu.

Setelah dijemput, kesemua kafilah dalam rombongan itu tidak melepaskan peluang untuk ke rumah rahib Nasrani untuk menjamu selera. Setelah dilihatnya hampir kesemua yang hadir menjamah makanan, rahib Nasrani itu melihat awan yang memayungi, juga tidak bergerak.

"Wahai tuan-tuan, masih adakah sesiapa yang tidak hadir pada majlis jamuan ini?" Rahib Nasrani bertanya kepada Maisarah selaku ketua rombongan.

"Ada tuan, hanya seorang yang terpaksa menjaga barang dagangan," jawab Maisarah.

Kemudian rahib itu sendiri datang menjemput Muhammad yang sedang menjaga barang dagangan dan unta-unta.

"Wahai orang muda mengapakah kamu tidak ikut serta dalam majlis jamuan itu?" Tanya rahib Nasrani itu.

"Saya diamanahkan untuk menjaga barang dagangan ini. Manalah tahu ada pencuri di sini," jawab Muhammad jujur

"Kamu jangan bimbang, di sini selamat. Marilah bersama-sama ikut jamuan bersama kami," pujuk rahib Nasrani itu, Setelah diberi jaminan keselamatan barang dagangan itu selamat, Muhammad mengikut rahib Nasrani itu ke ruang jamuan yang disediakan.


Sebaik sahaja melangkah ke dalam ruang jamuan, rahib Nasrani itu melihat awan yang memayungi tadi turut bergerak mengikut langkah kaki Muhammad. Berpandukan kepada pergerakan Muhammad itu, tahulah rahib itu orang yang memiliki keistimewaan itu ialah Muhammad.

Selesai menjamah makanan, rahib Nasrani terus menghampiri Muhammad dan bertanya, "Hai anak muda, darimanakah engkau datang?"

"Saya datang dari Mekah," jawab Muhammad tanpa mengesyaki apa-apa. 

"Daripada kabilah mana?"

"Kabilah Quraisy, tuan," jawab Muhammad jujur.

"Daripada keluarga diapa?"

"Keluarga Bani Hasyim."

"Siapa namamu?"

"Muhammad nama ku," jelas Muhammad sambil memandang wajah rahib Nasrani yang tiba-tiba berubah.

"Laillah , Muhammadur Rasulullah.."

Rahib Nasrani itu memandang wajah Muhammad dengan rasa takjub. Dia memeluk dan mencium sepuasnya membuatkan Muhammad sedikit rimas.

"Sudikah engkau perlihatkan tanda-tanda di badanmu supaya jiwaku mantap?" ujar rahib Nasrani itu memandang wajah Muhammad lama.

"Tanda apakah yang tuan maksudkan?"

"Bukalah baju mu untuk ku lihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu," beritahu rahib Nasrani setelah meminta izin untuk melihat tubuh Muhammad.

Muhammad mebuka bajunya dan rahib Nasrani itu dapat melihat dengan jelas tanda-tanda ciri-ciri kenabian lau berkata, "Ya tertolong. Tertolong. Ke mana pun kamu pergi."

Rahib nasrani itu kemudian mengusa-usap kepala Muhammad dan berkata, "Engkaulah perhiasan pada hari kemudian dan pemberi syafaat pada hari akhirat, pembawa nikmat dan rahmat seluruh alam."

Kemudian Rahib Nasrani yang telah mantap jiwanya segera mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum Muhammad dengan rasminya diangkat sebagai nabi.