Jumaat, Januari 13

Freaky Friday #66

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DIUJI PEREMPUAN KAFIR

Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya pulang dari masjid, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang perempuan kafir. Wanita kafir itu membawa bungkusan dan ingin memberikan kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, saya ada bawakan hadiah untuk tuan. Saya harap tuan sudi menerimanya," kata perempuan kafir itu kepadanya sambil menunjukkan bungkusan yang dibawanya.

Sebagaimana biasanya, Rasulullah SAW sentiasa berbaik sangka walaupun pemberian itu daripada orang yang tidak dikenali. Baginda tidak bertanyakan yang bukan-bukan kepada perempuan kafir itu.

Walaupun perempuan itu kafir, Rasulullah SAW tidak terus menolaknya sebaliknya dia menerima bungkusan itu dengan senang hati.

"Apakah hadiah ini?" Tanya Rasulullah SAW sambil diperhatikan oleh para sahabatnya.

"Saya hadiahkan buah limau yang manis untuk tuan," ujar perempuan kafir itu lalu menyerahkan bungkusan buah limau itu kepadanya.

"Terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki kamu," kata Rasulullah SAW sambil membuka bungkusan yang berisi limau itu.

"Makanlah, tentu tuan suka."
"Ya daripada kulitnya yang masak ranum sudah tentu buahnya sedap dan manis," ujar Rasulullah SAW sambil mengambil sebiji limaunya dan mengupasnya satu persatu.

Para sahabat dan perempuan kafir itu hanya memerhatikan sahaja, Rasulullah SAW memakan buah limau itu. Malah, ada para sahabat yang terkeluar air liur apabila melihat Rasulullah SAW begitu berselera sekali memakan buah itu.

Para sahabatnya berasa hairan keran pada kebiasaannya Rasulullah SAW akan mempelawa mereka untuk makan bersama-sama tetapi kali ini, Rasulullah SAW memakan buah limau itu satu persatu sehinggalah habis kesemuanya. Rasulullah SAW tersenyum puas apabila selesai makan buah limau itu. 

Sebaik sahaja selesai memakan buah limau itu, sekali lagi Rasulullah SAW mengucap terima kasih kepada perempuan kafir itu. Kemudian perempuan kafir itu beredar meninggalkan Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Setelah perempuan kafir itu hilang daripada pandangan, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang berasa hairan bertanya, "Ya Rasulullah, kami perhatikan tuan begitu selera sekali memakan buah limau itu sehinggakan tuan terlupa terlupa untuk mempelawa kami makan sebagaimana yang tuan lakukan selalulnya."

Rasulullah SAW tersenyum sambil memandang para sahabatnya dan mereka bertambah hairan.

"Tahukah kamu wahai sahabat-sahabatku" Sebenarnya buah itu terlalu masam rasanya. Jika saya mempelawa kamu semua makan nescaya kamu akan memarahi perempuan kafir itu dan memukulnya. Sudah tentu perempuan kafir itu akan berasa malu, " Beritahu Rasulullah SAW yang tidak suka mengaibkan orang lain di hadapan orang ramai. Untuk melindunginya, Rasulullah SAW berpura-pura merasakan limau itu manis.

Mengapa Rasulullah SAW berpura-pura seolah-olah limau itu sangat manis rasanya, saya fikir perempuan kafir itu sengaja mahu mempermain-mainkan tuan." tanya salah seorang sahabatnya.

"Walaupun perempuan itu kafir, kita tidak boleh melukakan hatinya walaupun tujuannya tidak baik. Biarlah ALLAH membalaskebaikannya itu," jelas Rasulullah SAW.

Sikap Rasulullah SAW yang pemaaf itu tidak dapat dipermainkan oleh orang lain kerana akhlak mulia itu mampu membuatkan orang yang melakukan kesalahan segera insaf.

Begitulah juga dengan niat perempuan kafir itu. Tujuannya memberikan limau yang masam supaya Rasulullah SAW Rasulullah SAW berasa marah tetapi sebaliknya baginda tidak mahu menjatuhkan air muka perempuan kafir itu di hadapan para sahabatnya.

Sekian...



Tiada ulasan: