السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KASIHNYA IBU SUSUAN
Seperti Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan beribadah di dalam biliknya. Selain beribadah kadang-kadang hatinya berasa bimbang mengenangkan kaumnya yang masih sukar hendak menerima ajaran baru yang dibawanya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga di dalam hatinya apakah dia mampu menghadapi keadaan yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini berseorangan.
Pada suatu pagi setelah Rasulullah SAW selesai beribadah di dalam biliknya, dia keluar dan duduk di ruang tamu. Baginda membuka baju labuhnya dan beralaskan pakaian itu dia duduk bersila.
Melihatkan Rasulullah SAW duduk di ruang tamu, isterinya tercinta Khadijah RA mendapatkannya. Dia melihat wajah Rasulullah SAW amat berseri-seri walaupun dia tahu suaminya banyak menerima tekanan daripada kaumnya sendiri dalam menyebarkan agama ALLAH.
"Suamiku, percayalah Allah sentiasa bersama-samamu pada ketika kamu susah dan senang. Janganlah selalu berduka hati. ALLAH tidak akan membiarkan kamu berseorangan berhadapan kaummu yang menolak ajaran yang kamu bawa," Ujar Khadijah dengan lemah lembut sekali gus membuatkan hati Rasulullah SAW yang kebimbangan menjadi tenang.
"Aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan ku seorang isteri yang menjadi tulang belakanku. Tanpamu, aku tidak sekuat dan setabah ini menghadapi bermacam-macam dugaan," balas Rasulllah SAW dengan senyuman yang membuatkan hatinya terlalu dekat dengan isterinya.
Ketika Rasulullah SAW sedang berbual-bual dengan isterinya, tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Rasulullah SAW dan Khadijah segera menjawab salam sambil Khadijah melihat siapakah yang bertandang ke rumahnya.
"Ya Khadijah, Halimah Saadiah mahu berjumpa dengan puan," beritahu perempuan yang diutuskan untuk memberitahu Khadijah RA.
Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendengar nama itu, tiba-tiba hatinya berbunga riang. Saat itu dia terkenang pada zaman kanak-kanak bermain di padang pasir di antara Kaabah dan Yathrib. Segala-galanya bermain dengan pantas sehinggalah dia terkenangkan pemergian datuknya yang dikasihi.
Belumpun perempuan yang menyampai khabar itu beredar, terdengar suara Rasulullah SAW memanggil-manggil nama seseorang.
"Ibu! Ibu!" Sayu suara itu sehingga menggetarkan kalbu Khadijah. Dia melihat baginda menyebut-nyebut perkataan yang menjadi kemuliaan hatinya. Khadijah kemudian menjemput nama seseorang.
Sebaik sahaja melihat ibu susuannya itu masuk ke dalam rumah, Rasulullah SAW segera mendakap erat Halimah Saadiah dengan penuh perasaan kasih sayang. Kelembutan dan kasih sayang terhadap ibu susuannya membuatkan hati Khadijah tersentuh, begitu sayangnya Rasulullah SAW terhadap perempuan yang pernah mengasuhnya ketika zaman kanak-kanak.
Pada saat itu juga Rasulullah SAw teringatkan Aminah binti Wahab, ibu kandungnya yang telah pergi menghadap Allah. Terasa benar perempuan yang di dakap erat itu ibu kandungnya.
Rasulullah SAW melepaskan dakapannya, kemudian baginda menghamparkan kain selempang yang menjadi alas duduknya tadi untuk mempersilakan ibu susuannya itu duduk. Sambutan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap ibu susuannya yang banyak berjasa membuatkan Khadijah terharu, begitu kasihnya suami terhadap ibu susuan sehingga dia menitiskan air mata. Sebentar kemudian Khadijah masuk ke dalam bilik untuk mengesat air mata. Kemudian dia keluar semula mendapatkan Halimah Saadiah. Bagi Halimah Saadiah pula, sambutan yang diterima daripada Rasulullah SAW sangat mengharukan setelah lama tidak berjumpa sehinggakan dia lupa masalah yang sedang dihadapi.
Setelah berbual-bual beberapa ketika, Rasulullah SAW bertanya, "Bagaimanakah keadaan suami dan anak-anak ibu?"
"Mereka sihat-sihat sahaja dan mereka berkirim salam kepadamu, Muhammad. Kami sebenarnya sedang menghadapi musim kemarau di Hawazin dan kami ke sini berharap mendapat sedikit bantuanmu, Muhammad," beritahu Halimah Saadiah dengan wajah yang sedikit muram.
Setelah Halimah Saadiah menceritakan masalahnya, Rasulullah SAW memberitahu kepada Khadijah dengan hati yang sayu. Sebaik sahaja mendengar kesusahan itu. Khadijah telah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor unta dan kambing kepada Halimah Saadiah untuk dibawa pulang. Bagi Khadijah keredaan suaminya sangat diharapkan kerana dengan itu, setiap rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan.

nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki
terbitan karya bestari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan