Rabu, Ogos 1

Jom Sihat #2

السلام عليكم

Aku Yang Dahulu Dan Aku Yang Kini

Post Kali ni aku nak ceritakan mengenai perubahan aku dari seorang yang bersaiz 3XL ke saiz aku yang terkini saiz M/L. Korang percaya tak? Tak percaya? Moh Baca Kisah aku ni.

Masa berjalan dengan sangat pantas, Tanpa Aku sedar, berat Aku naik sedikit demi sedikit. Namun, Aku masih perasan kononnya aku masih kurus dan lebih kurus dari orang lain 😜😜😜😜😜. Hehehehe... nasiblah dapat orang perasan ni. Tapi, dalam masa yang sama, dapat aku lihat dagu aku dah mula berlapis 3. Pemakaian tudungpun mula berubah, aku cuba sorokkan dagu aku dengan pemakaian tudung hehehe.. En Hubby pula, setiap hujung minggu cuba mengajak aku untuk pergi berjogging atau berjalan untuk keluarkan peluh. Tapi aku asyik bagi alasan demi alasan untuk tidak bersenam huhuhu.. teruk sangat aku ni kan?

Jom aku ceritakan kisah aku gemuk dahulu..

Okt 2016

Aku masih tak sedar diri yang badan tu dah makin gempal 😝😝 huhuhu.. hari - hari duk timbang beratpun masih perasan kurus.. hampeh sungguhlah...... aku ni kan? hihihihi...

Bila lutut dah mula rasa sakit, bila solatpun rasa tak sempurna, bila naik dan turun  tangga lutut mula berbunyi, bila bangun dari kerusipun perlu di ampu, bila nak bangun dari lantai kena menonggeng dahulu, bila berat aku dan mula mencecah 96KG. LAGI 4KG NAK CECAH 100KG!!!!!... 😨😨

ALAMAK 😓😓......  aku mula sedar yang aku perlu turunkan berat badan aku. Tapi macammana caranya. Nak cara cepatke nak cara lambat?

Cara cepat, makan ubat lerr.. hisshhh aku tak sanggup pula. Sebelumni, aku dah pernah makan ubat kurus yg jenama Dr Romzey satu ketika dahulu... tapi sekejap cuma kurusnya. Turunpun tak banyak mana. Duit habis beratus... Kemudian, bila aku berhenti makan ubat kurus tu, berat aku naik mendadak macam dipam-pam.

Akupun mula makan berpinggan-pinggan kononnya sayang nasi dan lauk tak habis 😓😓 huhuhu.. sadis sungguh cara pemakanan aku dulu. Nak nak pula, dapat sambal quinin ke, terung bulu ke, pergh... makan nasi bertambah-tambah tak hengat...

En. Hubby dah mula perasan.. dia juga turut membantu, Ada juga dia belikan aku Kopi garam buluh, orang cakap minum kopi tu boleh kurus, hmmmm 😏😏........ hampeh tak jalan. Menipujer lebih... kalu korang tak jaga makan, makanlah apa pun walaupun produk kesihatan, kalu tak jaga pemakanan korang pun tak berguna.

28 Dec 2016

Kebetulan, rakan pejabat di jabatan lain ada buat kelas zumba di jabatan mereka, aku pula di ajak oleh rakan sepejabat aku untuk ikut serta, terima kasih buat rakan aku tu.. kalau bukan sebab dia, akupun tak mula bersenam.

Dari situ juga, aku mula berjinak-jinak mengikut kelas Zumba yang kawan-kawan aku buat setiap lepas kerja di bilik mesyuarat kikiki.. kelas percuma je.. 3 kali seminggu selama 30 minit. Andai terluang, aku ikut serta. Andai tidak, aku terpaksa pasrah sebab aku tak dapat nak berzumba. Tapi, bila datang malas, dengan seronoknya aku abaikan kelas tu hehehehe...

Jan 2017

Cukup sebulan, aku berjaya turun 5-6KG. Seronoknya, cara pemakanan aku mula berubah, dari makan sepinggan bukit nasi ke 1/2 pinggan, air mula kurang manis, banyak minum air kosong walaupun tak banyak mana. Makan tosei ke chapatti ke, separuh cuma. namun masuk bulan kedua, berat aku mula statik tidak bergerak. Namun aku tak putus asa, sebabnya lutut aku masih sakit ni.

Feb 2017

Kemudian, aku diarahkan masuk satu kursus untuk senamrobik. Dari situ aku belajar cara nak menurunkan berat badan dan cara untuk senamrobik. Kelas Zumba masih aku teruskan walaupun berat aku tak turun. Hati Kena Kuat beb..

Mac 2017

Kelas zumba dihentikan sementara untuk beri laluan kepada latihan senamrobik untuk pertandingan senamrobik antara jabatan yang akan diadakan. So, senaman akupun turut terhenti. Aku pula menjadi pengurus untuk pasukan senamrobik Jabatan aku, selama sebulan aku tak bersenam dan tak buat apa-apa aktivitipun. huhuhu.. mujurlah berat tak naik..

Dalam pada masa yang sama, Aku ternampak di FB rakan seuniversiti aku dengan coaching online untuk program diet tanpa berlapar. Menarik... tapi, aku hanya mampu tengok apa yang dikongsikan di FB nya sahaja. untuk aku sertainya, aku rasa aku tak mampu. Keperluan aku melebihi dari kehendak aku. Makanan kucing dan pasir mereka serta ubat-ubat mereka aku perlu sediakan. duit simpanan untuk insuran kereta, hutang juga menuntut perlu dibayar setiap bulan huhuhuhu....😔😔.

Nampak tak aku mana satu? masa ni, aku baru turun 5 kilo huhuhu


Apr 2017

Aku mula semula program diet aku. Aku mula semula kelas Zumba, tapi pada masa yang sama, aku cuba cari dan download video zumba secara sendiri dan buat di rumah. Kelas zumba di pejabat, aku tak boleh nak ikut sebab kekangan masa, lagipun, tinggal 2 ke 3 orang termasuk aku je yang ada untuk berzumba.

So, aku decide untuk buat sendiri di rumah. Bila bosan dengan zumba, aku cuba pula Tabata. Tak tahan dengan Tabata, aku cari pula yang lain. Bila aku dah mula bersenam, My Hubbylah yang mula nampak dan secara automatiknya dia menjadi coach aku dalam bab bersenam. Kami pergi ke Gim dan dia jadi Personal Coach aku hehehe.. sebab dia memang jenis orang yang kaki pergi Gim dan angkat berat.

Suatu hari My Hubby Tunjuk satu video ni pada aku untuk orang yang baru nak mula bersenam. Video oleh coach JOAANA SOH. (Sehingga sekarang masih menjadi coach kegemaran aku untuk aku bersenam sendirian di rumah)

Dari situ, berat aku mula turun lagi 4KG

Mei 2017

Bulan puasa menjelang. Aku mula amalkan makan oat sahaja masa bersahur. Kebetulan anak terunapun nak makan oat sahaja. Tapi masa berbuka, aku berbuka seperti biasa, namun kuantiti makanan aku mula kurangkan dari kebiasaan. Dalam pada masa yang sama, aku cuba amalkan cara berbuka mengikut coach Kevin Zahari. Tak lupa juga aku turut bersenam sejam sebelum berbuka.


Sebulan berpuasa, berat aku turun lagi 3-4KG lagi


Jun 2017


Syawal 2017 (Susut 13 KG)

Usaha aku tak berhenti di situ sahaja.. walaupun orang tak perasan yang aku makin susut, aku tak peduli. Akan aku teruskan usaha aku sehingga aku berjaya kurus. Aku nekad untuk kurus sehingga BMI aku jadi normal.

Mentor aku adalah Kak Haliza Akmar. (sorry K. Ija, guna nama akak. Sebab FB akaklah buat saya nekad untuk kurus sebab cemburu tengok akk dah kurus) Dulu dia macam aku lepas dia bersalin anak dia yang kedua. Rendang orangnya. Merupakan rakan aku juga untuk kurus sebelum aku kawin dulu, kami ambil program diet dari doktor di Bandar Tasik Selatan. Yang tu kena makan ubat, tak larat nak bayar duit ubat setiap 2 minggu, mahal. Lepas aku kawin, haram... tak jalan... hehehe...

Bermula dari dia upload makanan tengah hari, pagi n malam (semasa bulan puasa lagi aku dah mula follow perkembangan K. Ija. Aku naik pelik, mula tak layan gak sebab pada aku, apalah upload makanan kat FB nih...nak tunjuk kat orang yang awak tu rajin masak ke? Tapi, lama-lama aku jadi seronok nak follow sebab katanya bila dia upload boleh bagi semangat pada dia untuk terus kurus lagipun, makanan yang dia upload semua nampak sedap-sedap. So, bermulalah dari saat itu, FB dia jadi rujukan aku untuk masak dan makan cara sihat.

Masani, orang masih tak perasan aku dah susut sikit. Aku Teruskan dengan Puasa Sunat Enam Dan puasa Ganti. Aku juga tidak lagi keluar makan pagi. Biarlah aku sendiri di dalam pejabat, Biarlah ada mulut yang berkata-kata cakap aku diet tak makan, Namun akuje yang tahu macam mana aku berdiet.

Namun, dalam pada masa yang sama, Senaman Tak pernah aku lupakan. Seorang lagi Mentor aku untuk aku kuat dan terus kurus adalah Tengku Asmadi Tengku Kudin. Aku rajin baca blog-blog dia untuk memotivasikan diri aku untuk terus kurus. Mujur jugalah ada rakan sepejabat aku yang juga telah kurus dengan menjaga pemakanan. Hari-hari dia makan bekal mak dia tau. Dengan dia juga, aku mula belajar berlari ikut FUN RUN. Tapi, aku mampu 8-6 KM je, lebih dari itu AMPUN... tak mampu huhuhu..

Pada korang di luar sana, mana yang nak kurus tu, kalau rasa memang tak kuat jati diri tu, korang upahlah coach untuk korang buat diet dengan betul. Korang boleh juga rujuk mentor aku di FB 'Haliza Akmar Abdul Rahman'. Diapun ada buat coaching online. Tengku Asmadi juga. Kalau ada duit lebih boleh join JK1M. Yang itu lagi hebat.

2018

Sept 2017                                 Awal 2018

Panjang lebar perjalanan cerita aku untuk kekal sihat ni.. hehehehe.. nanti aku sambung lagi bila ada masa. Masih belum terhenti perjuangan cerita aku ni. Tunggguuuuuu.....
Dec 2018 - Majlis Pertunangan Adik lelaki Ku

Adios...



👉 untuk Jom Sihat #3








Isnin, Julai 2

Blues Monday #119


 

Isnin datang lagi.... hmm.... biasalah.. isninkan.. (isnin gak yang salahkan? kikikiki). Nasiblah jadi Isnin. 

Jabatan ni ada perhimpunan pagi seperti biasa. Tapi kali ni, Pengarah ambil masa yang lama. Sejam setengan ko.. kena berdiri... naik kebas kaki mak nih.. walaweh... macam-macam pesanan yang Pengarah sampaikan.

Ok.. ada kerja urgent. Tiba-tiba pulak meeting Tender jadi.. masak... sib baik bukan aku yang masuk kikiki..

Adios...

Selasa, Jun 26

Jom Sihat #1




PREVIEW: AKU YANG DAHULU DAN AKU YANG KINI

Hilang 20KG++ dalam 1 1/2 Tahun 


Isnin, Jun 25

Blues Monday #118



Monday Blues, Kerja tak jalan tapi blog berjalan hehehehehe... nasiblah.Tapi esok, kerja confirm jalan. Nasiblah bos... dapat anak buah yang agak pemalas macam aku nih...

Siapa baru nak mula puasa hari ni? angkat tangan.. eh..eh.. tapi sebelum angkat tu tengok keliling dulu. Tak de orang baru angkat tau.. kikiki.. aku baru nak mula puasa hari ni. tapi puasa ganti dulu lah. nanti dah habis, baru aku buat puasa enam. Insya Allah.. sekiranya berkesempatan....

Bercakap pasal puasa... nak berbuka makan apa yer hari ni? Hmm.. tadi aku ada baca pasal ayam goreng kunyit.. hmm makan tupun sedapgak hehehe...

jap nak search resepi..

Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.




1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Sabtu, Jun 16

Silent Saturday #7


Jom buat larian virtual ni. Free jer..

Klik link 42 race ni

#jomsihat
#akubknpelari
#larilarianakje
#targetdr3XLtoS😅😅😅
#lariuntuksihatjer



Rabu, Jun 13

Resepi Gulai Pekat Daging Rusa

السلام عليكم


Semalam aku beli daging rusakan... ok ini dah aku masakkan daging tu.. pergh.. memang marvelouslah rasa dia. tak rugi aku beli daging tu.

Jom aku sharekan resepinya. Tapi resepi asalnya ambil dari blog periuk tanah. Mohon share ye tuan punyer resepi... pinjam gambar gak hehehehe...


Resepi Gulai Pekat Daging Rusa

 Bahan-bahan: (hidangan 5-8 orang)
500 gm daging rusa -dihiris nipis dan kecil- dibersihkan
2 sudu besar rempah kari ayam/daging- dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar kerisik yang ditumbuk hingga pecah minyak
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, bunga cengkih
1 sudu besar cili kisar
kentang dibelah 4 jika suka
1 cawan santan kelapa daripada 1/2 biji kelapa (aku guna susu freshjer. Nak buang lemak kenalah kurang guna santan hehehe)
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 serangkai hingga wangi dan bawang keperangan.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar. Tumis lagi 2 minit sambil dikacau. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan daging dan 1 cawan air. Gaul rata dan tutup periuk. Kecilkan api dan biar daging mereneh hingga empuk.
4. Apabila daging empuk masukkan kerisik dan santan kelapa/susu fresh. Masukkan garam dan kentang. masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
5. Tutup api dan sedia dihidang.






Selasa, Jun 12

Khasiat Daging Rusa

السلام عليكم

Pagi ni, kawan pejabat ada jual daging rusa. Nak gak rasa daging rusa tu. Kata orang khasiatnya banyak. Nak masak apa yer daging rusa ni? Hmmm... Terliur plak air liur mak nih bila pikir nak masak apa kehkehkeh... Macam nak buat kari pekat jer.. lepas tu makan cicah roti pergh.... Tapi, berbuka kali ni, aku ingat nak makan dengan ubi keledeklah.. sedap jugak hehehehe...

Baik, jom kita baca 20 khasiat daging rusa ni yer..

Daging rusa merupakan jenis daging merah yang belum sepenuhnya dikomersialkan sebab masih merupakan daging yang terlarang di sebagian negara di dunia. Daging rusa yang memiliki cita rasa sangat enak ini boleh menjadi alternatif daging yang boleh dimakan dan kenikmatannya tidak kalah dengan daging lembu, kambing dan beberapa jenis daging lain. Beberapa kandungan serta nutrisi yang ada dalam daging rusa diantaranya adalah vitamin B12, zat besi, lemak, natrium, vitamin B6, vitamin B3, magnesium, kalsium, energi, protein, natrium dan juga rendah kandungan lemak tepu sehingga lebih elok dimakan jika dibandingkan dengan jenis daging lain yang tinggi akan kandungan lemak tepu. Anda haruslah memperbanyakkan pengambila daging rusa ini khususnya saat menderita penyakit tertentu atau untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


Antara Khasiat Daging Rusa Adalah:


  1. Mencegah Kadar Homosistein Tinggi
Dalam daging rusa merupakan sumber dari vitamin B12 dan juga vitamin B6 yang sangat diperlukan tubuh untuk mencegah terjadinya homosistein. Apabila kadar homosistein dalam tubuh terlalu tinggi, maka boleh merosakkan pembuluh darah, meningkatkan perkembangan aterosklerosis, penyakit jantung, diabetis dan juga risiko serangan jantung serta stroke. Homosistein juga sering dikaitkan dengan osteoporosis yang sering terjadi pada wanita kerana kekurangan vitamin B12.
  1. Menjaga Kesihatan Tulang
Banyak yang sering berpendapat jika kandungan lemak jenuh dalam daging seperti daging rusa ini cukup berbahaya untuk kesehatan. Akan tetapi, lemak jenuh dalam daging rusa ini sangat baik untuk menjaga kesihatan tulang anda. Tanpa adanya lemak di dalam tubuh, maka boleh mengurangkan kesihatan tulang anda. Hal yang harus diperhatikan dalam pengambila daging rusa adalah membatasi jumlah porsi supaya tidak terlalu berlebihan.
  1. Mencegah Anemia
Zat besi dperlukan oleh tubuh untuk proses pembentukan sel darah merah untuk pencegahan terhadap anemia atau kekurangan sel darah merah. Keperluan zat besi ini boleh dipenuhi dengan baik yakni mengambil daging rusa dengan sukatan yang tidak terlalu berlebihan sehingga anemia dan berbagai penyakit akibat kekurangan zat besi lainnya boleh dicegah.
  1. Elok Untuk Penderita Diabetes
Vitamin B6 yang terkandung dalam daging rusa sangat baik khususnya untuk penderita diabetes yang mempunyai masalah regulasi gula darah dalam tubuh. Vitamin B6 ini akan bertugas untuk konversi karbohidrat yang sangat penting dalam pelepasan gula darah dalam tubuh. Selain itu, manfaat daging rusa juga memiliki kandungan lemak rendah sehingga lebih sihat untuk diamalkan.
  1. Membantu Proses Pembentukan Hemoglobin
Zat besi di dalam daging rusa juga diperlukan oleh tubuh untuk membentuk hemoglobin yang merupakan pembawa oksigen paling penting ke seluruh tubuh dan juga memberikan warna merah untuk eritrosit. Hemoglobin ini harus selalu di produksi oleh tubuh untuk mengganti sel darah merah yang sudah rosak karena luka luar ataupun luka dalam.

  1. Meningkatkan Kadar Testoteron
Saat seorang jejaka memiliki masalah obesiti atau kadar kolesterol tinggi di atas normal, maka dengan memakan daging kambing atau daging lembu boleh membahayakan karena mengandungi kolesterol tinggi yang akan menurunkan kadar testoteron secara drastis. Dari sebuah penelitian di University of Utah ditemukan jika lemak yang paling sesuai untuk dimakan adalah lemak dari daging rusa yang memiliki kadar kolesterol rendah.

  1. Baik Diamalkan Oleh Ibu Hamil
Saat masa kehamilan, maka wanita memerlukan kadar nutrisi cukup supaya janin juga mendapatkan nutrisi yang diperlukan. Beberapa nutrisi penting yang diperlukan dalam masa kehamilan boleh diperolehi dalam daging rusa yang juga kaya dengan zat besi untuk produksi sel darah merah dan menjadi alat pengangkut nutrisi ke janin.
  1. Menambah Massa Otot
Kandungan protein di dalam daging termasuk daging rusa akan sangat baik untuk menambah massa otot serta meningkatkan regenerasi sel otot yang mengalami kerosakan. Sedangkan kandungan protein di dalam daging rusa menjadi yang paling tinggi yakni sebesar 58 peratus dibandingkan dengan daging lembu yang hanya mengandungi 41 peratus protein dan juga daging lembu yang hanya 43 peratus saja.
  1. Mengatasi Penyakit Paru-Paru
Mineral natrium dan juga beberapa jenis vitamin seperti B6 dan B12 dalam daging rusa sangat baik untuk mencegah kerosakan organ vital dalam tubuh seperti paru-paru. Oleh karena itu, organ paru-paru akan terlindungi dari paparan zat polutan berbahaya dan menjaga kesihatan paru-paru lebih baik lagi.
  1. Meningkatkan Regenerasi Sel
Sebagai zat pembangun, protein dalam daging rusa berfungsi sebagai regenerasi sel tubuh yang mengalami kerosakan dengan lebih cepat. Penyembuhan luka baik luka pada organ ataupun luka bahagian luar tubuh akan semakin cepat sembuh dengan mengambil daging rusa secara rutin khususnya saat mengalami luka.
  1. Mencegah Serangan Jantung
Kerana mengandungi kadar lemak yang rendah, maka dengan pengambila daging rusa ini tidak akan membuat anda memiliki risiko penyakit jantung yang lebih meningkat bahkan sebaliknya yakni membuat kadar kolesterol jahat di dalam tubuh berkurangan, sementara lemak baik akan semakin meningkat.
  1. Mencegah Osteoporosis
Daging rusa yang juga memiliki kandungan kalsium cukup, membuat daging ini sangat baik diamalkan untuk mencegah osteoporosis. Dengan mengambil manfaat daging rusa khususnya untuk orang dewasa, maka anda akan terhindar dari masalah kesihatan tulang seperti osteoporosis tersebut.
  1. Mengatasi Sakit Menstruasi
Para wanita seringkali mengadu rasa sakit yang timbul saat berada dalam masa menstrual. Kejang dan rasa nyeri kerana menstruasi tersebut boleh dikurangkan dengan cara mengambil daging rusa khususnya saat masa menstrual tersebut.
  1. Sumber Vitamin B12
Daging rusa memiliki kandungan vitamin B12 yang cukup tinggi. Vitamin B12 yang disebut dengan cobalamin tersebut adalah jenis vitamin yang larut dalam air dan memiliki banyak kegunaan dalam tubuh. Fungsi utama dari vitamin B12 adalah untuk menjaga fungsi otak supaya tetap normal, sistem saraf dan juga proses pembentukan darah. Kekurangan vitamin B12 bisa membuat seseorang menderita penyakit anemia pernisiosa sehingga memperbanyakkan pengambilan daging rusa adalah cara tepat untuk melindungi tubuh dari serangan penyakit tersebut.
  1. Sumber Zat Besi
Daging rusa merupakan jenis daging yang mengandung sedikit lemak dan sedikit kalori, oleh karena itu daging rusa menjadi pilihan terbaik untuk anda. Dengan memakan daging rusa, maka keperluan tubuh akan zat besi dan berbagai mineral penting lainnya akan tercukupi dengan baik supaya berat badan tubuh tetap terjaga dengan baik. Jumlah zat besi dalam daging rusa yang sangat tinggi ini akan sangat penting juga khususnya untuk anda yang menderita kekurangan zat besi.


  1. Melancarkan Sistem Enzimatik
Kandungan tinggi zat besi yang terdapat dalam daging rusa juga sangat bermanfaat untuk berbagai sistem enzimatik dan juga penting untuk mioglobin, sitokrom serta katalase. Tanpa adanya zat besi yang cukup di dalam tubuh, maka akan membuat sistem organ mengalami hambatan atau bahkan berhenti sama sekali.
  1. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kandungan lemakdalam daging rusa ternyata memiliki kegunaan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Lemak jenuh tidak selalu menjadi sumber penyakit namun juga dibutuhkan meskipun dalam kadar yang sedikit. Dengan mengambil daging rusa yang juga mengandungi lemak jenuh cepat, maka kesihatan tubuh akan selalu terjaga dengan baik sehingga tidak mudah sakit.

  1. Melindungi Organ Tubuh

Seseorang yang terlalu banyak mengambil alkohol, maka akan membuat organ hati mengalami gangguan dan merupakan zat yang berbahaya untuk diamalkan apabila terlalu berlebihan. Salah satu cara terbaik untuk melindungi organ hati adalah dengan mengambil makanan yang mengandung lemak jenuh seperti yang terdapat dalam daging rusa.

  1. Mencegah Penyempitan Pembuluh Darah
Dalam daging rusa yang mengandung vitamin B3, vitamin B6 dan juga vitamin B12 ini memiliki peranan penting untuk menghambat zat yang boleh merosakkan sel dan juga jaringan dalam tubuh. Beberapa kandungan vitamin dalam daging rusa ini akan mencegah kerosakan yang ditimbulkan dari penyempitan pembuluh darah.
  1. Memiliki Sifat Antibiotik
Bahagian daging dan juga hati rusa berkhasiat sebagai sumber zat antibiotik. Daging serta hati rusa yang tinggi dengan vitamin B3 ini akan menghapuskan berbagai jangkitan yang ditimbulkan dari virus dan juga bakteria.

Sumber: https://manfaat.co.id/manfaat-daging-rusa