Isnin, Februari 11

Makan Best #20 : Warung Ambo

السلام عليكم


Review makan lagi... wahhhh... banyak pula aku makan kali ni..hihihi.. nasiblah.. tekak dah teringin dan aku sangat - sangat teringin nak makan nasi dagang. Ntah kenapa aku tengah HANTU dengan nasi Dagang sekarang nih..

Bulan lepas, aku ada terdengar officemate aku nak sambut birthday n makan-makan @ Warung Ambo. Hmmmm.. umang aiii jauh tu nak makan. Klang ke Seksyen U2 Shah Alam kot..

Beberapa hari lepas, aku ternampak post dalam FB pasal warong Ambo ni lagi. So, Aku pun ajak Hubby ke sana Ahad lepas.

Kebetulan Ahad ni, Hubby nak beli ikan laga kat pasar karat. Aku pun buatlah permintaan untuk makan di Warung Ambo ni..

Kedainya terletak di Laman Glenmarie, betul2 1st junction selepas Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.
Boleh nampak dari jalan sebelah kiri, bahagian corner.
Waktu operasi Warung Ambo
 Sampai je, dah kena beratur, boleh tahan juga panjangnya, tapi lagi panjang masa aku nak balik.
 Dekor kedai yang agak menarik
 Antara Menu-menu yang ada.

Review aku, Konsep kedainya, kedai layan diri, tapi ada khidmat pembantu ambilkan makanan. Haruslah kena beratur panjang. Tapi sayang, tak macam kaunter KFC ada 2-3 kaunter kehkehkeh.. 

Makanannya, diletak atas daun pisang, kertas pembalut serta pinggan. So, pinggan tidak kotor dan boleh digunakan berulang kali. 

Nasinya banyak, laukpun boleh tahan kira tuan kedai tak lokeklah.. Alhamdulillah.. murah rezeki tuan kedai.

Aku beli nasi dagang ikan tongkol, Hubby nasi kerabu kerutuk daging dan anak teruna kami pilih nasi ambo. 

Untuk Nasi Ambo, aku prefer nasi dari warung nasi kak Wok lagi. Kari dan sambalnya terasa tapi ayam goreng nasi Kak Wok kecik - kecik, yang warong ambo besar-besar potongnya dan harganya murah sikit dari nasi kak Wok. 

Untuk Nasi Dagang, aku tak banyak komplen, ok je pada aku, sedap. Cuma sambal tak berapa nak kaw.. oklah not bad. Cuma harganya je aku terbeliak mata skit.. tapi standard harga nasilah kiranya.

Untuk Nasi kerabunya, Hubby bagitau aku, nasi kerabu di Restoran Dah Tomyam kat andalas lagi power. Dagingnya besar sangat dan tak terasa karinya sangat sebab potong besar. Huhuhuhu.... 

Sekarang ni aku macam pelik sikit sebab, dulu aku yang banyak komplen pasal makanan, kali ni terbalik, Hubby pulak yang banyak komplen dan aku makan tanpa banyak soal...

Ok sampai di sini... nanti review lagi..


Movie #5 : How To Train Your Dragon (The Hidden World)

السلام عليكم



Raya Cina haritu, kami insan yang di tinggalkan di tanah Malaysia ni.. hehehe.. pergi buat rancangan tgk movie.

How to train Your Dragon : The Hidden World. Aku, My Lovely Hubby, Anak Teruna, En. Zul Ahakz n Mem Shasha pergi tengok movie.. huhuhu.. last minit punya book.. jadilah.. dari takde..

Ceritanya best, untuk penggemar kartun macam aku nih.. part sedey pun ada. tambah lagi time nak berpisah tuh... part kelakar pun ada.. kagum sejenak sebab animasinya sangat menarik, dan penuh dengan warna-warni. Pandai Dreamworks studio team tu cipta watak2 yang ada.

Aku seronok masa Toothless nak pikat si Light Fury. Mengikut aje cara tuan dia yang kayu tuh.. kikiki.. dan akhirnya Toothless dapat pikat Light Fury dengan bakat melukisnya....

Ceritanya macam sampai disitu jer.. dah macam tiada sambungan lagi. Aku harap ada sambungan lagi. Tapi, pengakhiran yang happy ending. Masing-masing dah ada family masing-masing.

 Wokey, habis cerita jom layan gambar plak... 







Lepas makan lapar plak, dah tengah malam kot... halamak... ruin my diet.. huhuhu...



WIFI Time....

Monday Blues #121

السلام عليكم




Morrrniiinggg..... Monday Blues datang lagi... hmmm... ada yang malas nak datang kerja hari ni or ada yang malas nak mulakan kerja di pagi hari ni? Biasalah... 2 hari bercutikan... dah seronok bermalas-malasan, kini tiba waktunya untuk memulakan kerja semula. Bagi anak-anak pula, malas dan liat nak bangun pagi setelah 2 hari bangun lambat huhuhu..

Aku seperti biasalah, pagi ni aku terpaksa memulakan semula proses DIET ku dengan mula berpuasa semula kerana berat ku dah mencanak-canak naik tanpa henti huhuhuhu.. dan pagi isnin seperti pagi yang biasa, bertekak dengan anak teruna, sebab tersangatlah liat untuk bangun pagi.

Hati aku dah mula berdebar, sebab ada lagi 4 harinih... huishhh.. berdebarnya........ apa dia... nanti.. nantilah aku cerita hihihi...


ok jom mulakan pagi dengan perasaan yang ceria dan penuh semangat ye... CHAIYOK....... KAMBATE...

Isnin, Februari 4

Jom Sihat #3

السلام عليكم

👉 untuk Jom Sihat #2

2018


Wokey kita sambung journey aku dari saiz 3XL ke .....S (berangan suda) 😝😝. Nak kurusni kita kenalah Istiqa'mah dan bertahan. Tahan perlian, tahan nafsu, tahan apa lagi ek? hmm.. kena rajin jawab soalan cepumas, macammana ko boleh kurus?

Orang ni bermacam ragamnya, ada yang cemburu tengok orang kurus dan seronok tengok orang kurus. Lalu berazam nak kurus, mintak tips dari orang yang dah kurus dan macam-macam tips dah dapat, tapi.... buatnya tidak. Berazam dari tahun lepas, sampai tahunni pun tak tertunai huhuhu...

Kadang tu, aku rasa macam nak rakam je, setiap kali orang tanya macam mana aku kurus kikiki...

Pada aku, apa sahaja yang kita nak kita kena usaha. Allah pun suruh kita berusaha untuk kita dapatkan sesuatu. So, kalau kita dah berusaha tu apa kata kita teruskan dan jangan separuh jalan cumakan???

Terus terang, aku memang tiada personal coach yang ajar aku cara makan dengan betul dan sihat, tapi aku ada mentor aku sendiri yang sentiasa aku ikuti perkembangannya dan cara masakannya. Nasihat aku, kalau korang rasa korang memang tak mampu nak buat sendiri, adalah baiknya korang ambil personal coach yang korang mampu milik.

Untuk yang boleh buat sendiri tu, korang kena sentiasa ingat 80% pemakanan, 20% senaman, bukan sebaliknya yer...

Nasihat aku, kita mulakan dengan minum air ikut keperluan air dalam badan kita. Katalah berat aku dulu 94KG, untuk dapatkan berapa liter air yang perlu aku minum untuk satu hari, bahagikan dengan 25KG untuk setiap 1L air mineral. Jadi, air yang aku perlukan adalah 3.76L tapi sengaja aku genapkan menjadi 4L.

Ada dongeng mengatakan, jangan minum air lebih, sebab air lebih tu lah kita jadi gemuk (gemuk air) tapi sebenarnya, kalau kita minum air kurang tulah, gemuk air tu tak kurang2 tau... sebab badan kita ni perlukan air untuk mengelakkan diri kita dari terhidrasi.

Sambil itu, cubalah kurangkan minum air yang bergula. Contohnya, air Tin dan Air Botol yang berperisa.

Bila kita dah mula kuasai (ceh ayat x boleh blah, macam nak bersilat je) 😜😜. Bila kita dah biasakan diri kita dengan air mineral/air kosong, elok kita mulakan kurangkan pemakanan kita pula.

Selalu, aku bagi tips kat orang, untuk mengurangkan rasa nak makan banyak, minum air dahulu sebelum makan. lagi bagus, 1/2 jam ke 10 minit sebelum makan. Sebab, bila perut kita dah penuh dengan air, kita akan rasa kenyang dan kita akan mula berhenti untuk makan lagi.Seelok-elok air yang korang minum adalah air mineral/kosong. Tapi lagi bagus, air dalam botol mineral sebab senang korang nak sukat dah berapa banyak korang dah minum. Nak lagi bagus, korang bawakje air dari rumah dan botol tu korang tahu berapa sukatan airnya.

Satu lagi tips, seelok-elok makanan, adalah makanan yang korang masak sendiri dari rumah. Lebih menjimatkan, duit yang korang keluar tu boleh simpan dan beli macam-macam, maybe a reward for your self because you have loose your weight. Maybe who knows right.... Sebab, dengan memasak sendiri di rumah, korang boleh agak sukatan yang korang masak dan ingredient yang korang masak. Confirm Halal, suci dan sihat lagi. Seperti biasa, aku akan minum air dalam 500ML dahulu baru aku makan.

Selalunya orang akan pikir kita kurus sebab tak makan nasi, SALAH tu. Totally SALAH. Aku makan nasi hokey, tapi sukatan nasi aku adalah sebesar genggaman tangan aku je... mana tahan dik non ooooiiiii.. mak ni dah biasa makan nasi. mana boleh tahan tak makan nasi dikkk.... Jenis beras yang aku makan, adalah beras perang, beras rebus ataupun beras herba Faiza.

Lauk yang aku makan. Pantang bagi aku makan daging lembu muahahaha... sebab daging lembu ni kalori dan lemaknya agak tinggi berbanding ayam dan ikan. Selagi boleh aku elak, aku elaklah. Kalau makan seketul kecil, itupun dah rasa bersalah yang amat-amat huhuhu...

Cara masakan pula, selagi boleh aku elakkan yang bergoreng. Bermula dari 2017, aku dah tukarkan dari santan ke susu cair, dari susu cair ke susu rendah lemak. Aku banyak belajar dan membaca nak makan cara sihat ni. Aku cuba juga buat resepi yang disarankan, tapi ikut mana yang aku mampulah... yang aku tak mampu idokler teman..

Satu lagi, kalau korang jenis yang cepat jemu untuk makan benda yang sama, korang rajin-rajinlah ke pasar or kedai untuk beli barang basah nih yer... aku sebab aku jenis pasrah n malas nak keluar selalu pergi pasar. So, aku akan beli barang basah yang tahan lama hehehe.. tak kisahlah, janji aku makan. Hehehe.. That whylah, aku punya FB jarang aku pos makanan yang aku buat. Sebab aku makan menda yang sama setiap hari hehehe.. janji perut aku kenyang muehehehehe... ada aku kesah?? 😜😜

Meh Aku belanja wajah terkini aku.. kehkehkeh.. ala-ala retis.. PERASAN.. 😜😜

 Larian Bukit Jalil Breakfast. Jenuh nak paksa anak teruna aku bangun tau

Muka keletihan...

Panjang lebar aku bercerita mengenai perjalanan aku untuk kurus, huhuhu.. ada lagi. Cerita pasal bila aku mula join Larian tak cerita lagi. Dan cara aku berbuka puasa dan bersahur serta senaman yang aku buat.

Sampai sini dulu, nanti aku sambung lagi yer.... Adios....

Buah Terap

السلام عليكم


Korang kenal buah TERAP? kalau orang Sabah/Sarawak ke kenallah ni. Aku sebelumni  di kampung macam ada perasan rupa buah ni, tapi tak pernah merasa pun. Sebab semua buah ni, dah jatuh ke tanah dan dah dimakan monyet / tupai.

Macammana rupanya? Aku tanya pakcik google dulu ek..
 Sumber dr Pakcik Google, Tq pakcik... 😜😜😜
 Or ada 2 warnanya, macam warna cempedak
 Boleh digoreng lagi..

Ni Buah terap yang aku nampak buat pertama kali dalam bentuk yang sempurna

En. Hubby cuba mengopek buah terap.





 Ya... inilah hasilnya..

Sedap.. macam makan cempedak durian.. ada lemak-lemak macam durian dan berangin macam cempedak

Mana aku dapat buah ni, ada abang tu berjual dekat taman Rakyat tempat aku selalu berjogging. Dia naik JEEP biru gelap. Selalu aku tengok dia berjual kat situ pagi2, aku dengan En Hubby datang nak beli air kepala pandan. Tapi dah habis, en Hubby nampak dan bertanya mengenai buah tu. tu yang tau nama nya adalah buah terap. Abang ni tanam sendiri dalam kebunnya di Kuala Selangor. sebiji RM10 harganya. Yelah, buah nak pupus katanya huhuhu... 

Wokey sampai sini sahaja.. next entry pula ye....

Adios....

Makan Best #17 : Warung Harmony

السلام عليكم

Jumpa lagi U'Ollss... 

Lama dah tak post pasal tempat makan ni kan? lama juga aku tak review pasal tempat makan. Mana tidak nya, semenjak 2 tahun ni aku mengamalkan makan secara sihat, makan dan masak di rumah huhuhu... 

Bermula cerita, hehehehe.. Al - Kisah.. 😋😋😊😊

Sabtu yang lepas, aku rasa macam malas nak memasak malam. Tengah scroll FB, aku ternampak post pasal makanan western food, murah katanya. Nama tempat tu Warong Harmony. Review dari pengunjung ok dan banyak portion makanannya.

So, Akupun buatlah cadangan pada My Lovely Hubby. Mujurlah dia Setuju huhuhu.. Lepas maghrib, aku and family bergerak ke Warong Harmony di batu 7, Jalan Kebun.

Aku buka waze, lagipun tuan punya kedai dah letak siap2 dalam waze warong dia tu. Mula2 sampai, aku parking tepi jalan depan sekolah rendah je. Itu sahaja yang mudah nak parking. Sampai situ aku sedikit konfius sebab nama restoranya nama lain. 
Tapi bila tengok sebelah kanan, ada signboard Warung Harmony
 Tengok ke dalam, boleh nampak dan betullah kedainya.


 Menu, sila jamu mata anda 😊😊

Apa yang aku Order? 

 Mushroom Soup with Garlic Bread

 Mix Platter Oglio olio (kongsi dengan anak teruna)
Nasi goreng with chicken Grill (Sebenarnya salah order, aku sebab lapar sangat jadi sangap x dengar hubby nak apa, dia mintak lamb grilled aku bagi chicken kikiki)

Ok Review aku,

Pada aku, oklah.. not bad. sebab murah kan.. sos black peppernya, Hubby bagi review kureng sikit. tak berapa nak sedap. (patutlah aku bagi kambing kat dia macam nak tak nak je dia ambil). Nasi goreng kononnya tanya nak pedas ke tak nak, tp semata-mata letak cili api kat penjuru huhuhu.. mushroom soupnya terlalu creamy rasa cream x rasa mushroom, hmmm.. pinggan besar, nasi goreng memang agak banyak, spagetti sedap memang pd aku yg dietni harus kongsi 2, tapi.... portion ayam, daging kambing tu agak kecil.. bolehla.. sebab aku yang aku makan tu je x sampai RM50 hihihi... yang mix platter tu boleh lah.. memang perlu untuk aku yang makan 1/4 ni, wajib kongsi dengan anak teruna aku yang semakin membesar.. hehehehe..

so, rating kedai aku bagi 🌟🌟🌟 , sesuka hati nak bagi ratingkan? huhuhu... sekadar nak merasa western food yang murah, bolehlah datang sini. Kalau nak rasa macam kat hotel, baik kome pergi restoran 5 bintang or hotel 5 bintang ye tak? Ada yang lebih sedap, tapi ini yang dekat dengan rumah aku. Terima ajelah seadanya heheheh...

Buat owner kedai, keep it up, cuba lagi buat yang terbaik.. insyallah.. kalau anda berniaga dengan ikhlas, murah rezeki anda nanti.. cuba perbaiki lebih baik lg. 

Buat pengunjung tu, pada aku, nak parkir kereta mmg agak payah. Tapi tak perlulah parkir dpn rumah orang, nanti ada pula yg kena maki free. Susahkan org je nanti. Kalau dapat yang ok dan faham tu tak mengapalah. Kalau dapat yang x faham tu, dibuatnya aduan ke pihak berwajib, dah tutup kedai orang.. parkir jauh sikitpun apa salahnyakan.. dont be so selfish.. pikirkan jua org lain tu.... 

Sampai sini dulu, nanti aku update lagi untuk next entry... Adios...