Memaparkan catatan dengan label Alahai Si Bulus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alahai Si Bulus. Papar semua catatan

Isnin, Februari 4

Monday Blues #120

السلام عليكم



Tengah Hari U'olls.. Dah masuk bulan February. Sedar tak sedar, sempat lagi tak kalu aku ucapkan selamat tahun baru 2019 pada sekalian pembaca? hehehehe.. ampunlah, disebabkan kekangan kerja dan sering terlupa untuk update blog (Lupa update blog? tak boleh jadi nih huhuhuhu..) dah masuk bulan dua baru nak update dan ucap selamat tahun baru ye? haiiii... nasib korang lah. 

Wokey nak cerita, esok tahun baru Cina kan? hari ni aku tak cuti walaupun sekolah cuti seminggu. nak berjalan? susah aku nak tinggalkan belaan kat rumah tu. nak pergi lama-lama pun, ada belaan tumpangan pulak kat rumah. Hehehehe.. nak tahu ke belaan - belaan tu?

 Inilah rupanya belaan rumah aku huhuhu
 Amber
 Anggun (mana mata dia ntah)
 Amber dan anaknya Barley
Tuh yang dlm tong belaan tumpangan huhuhu... 

Nak tahu kenapa belaan tumpangan, sebab Cik Nisa g Turki ikut Mem Ma dan Tok Din. Belaan mereka kenalah letak kat rumah orang yang tak ke mana-mana ni.. huhuhuhu... 

Hari Isnin, Hari ni Big Bos tiada di pejabat sebab bercuti so...., merdeka lah hahahaha.. that why lah hari ni Ummi boleh buka blog nih... muahahahahaha.....

Wokeylah... ADIOS. jumpa lagi next entry...

Selasa, Oktober 11

Rumah Kucing Untuk Si Bulus



Assalamualaikum wbt...

Tengok tempat orang buat rumah kucing cantik-cantik belaka, aku pun sibuk nak buat sendiri punya juga. Tapi disebabkan kami tak cukup peralatan, kami buat apa yang ada je. Jadilahkan... dari tiada, haa.. ko hado? muehehehe

Jenuh jugalah, Hubby aku adik beradik Bertukang, siang dan malam, akhirnya siap juga.
 Kayu dan barang-barang yang kami beli dari kedai hardware di kampung
 Bermula dengan memotong rangka-rangka rumah
 Abang ipar aku yang juga tukang buat rumah orang turut membantu dan menjadi jurutera untuk rumah bulus aku. Hubby aku jadi arkiteknya, aku pula jadi Mem besau arah itu dan ini muehehehe...
 Dah siap satu, masa untuk melepa dan menampal permukaan yang berlubang
 Setelah siap, kita jemur sekejap
 Ini adalah tangga, istimewanya aku sendiri yang tukang tau.. aku memang berminat bab tukang menukang ni, kerja-kerja orang jantan memang aku suka. Tapi apakan daya hubby aku payah nak bagi. Tapi aku berkeras nak buat juga tak kira. huhuhu.. sampai melecet tapak tangan aku huhuhu..
Proses melicinkan tangga supaya jangan ada selumbar, yang tgh buat tu adik ipar aku

Setelah siap, kami bawa balik dan pasang kat rumahje.. namun huhuhuhu.. projek rumah untuk si bulus aku menjadi projek gajah putih, terbengkalai selama beberapa bulan.
 Yeah.. dah jadi macam almari pulak.. huhuhu.. Hubby aku mengambil masa berbulan untuk pasang rumah si bulus ni
 Santai sungguh bulus-bulus ni..
 Akhirnya setelah berbulan-bulan barulah dipasang rumahnya. Tapi, terbaliklah pula. Itu yang mudah kata hubbyku muehehehe lantaklaj kome...
Amber suka sangat memandang keluar macam tu.. luna pula, masa ni tengah berbulu lebat huhuhu...sekarang dah kurus kering dan bulunya gondol dikerjakan oleh aku muehehehe

Oklah.. ini adalah antara entry tertunggak juga.. bukan yang terkini yer.. hahahaha... ADIOS


Rabu, Januari 6

Welcome 2016


Assalamualaikum wbt..

Hmmm.. tahun baharu datang lagi. Agaknya masih belum terlambat aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baharu pada semua pembaca dan rakan-rakan blogger. Apa cerita yer tahun baharu ni? Apa azam korang semua? Azam aku tahun lepas mcm kelaut jer... huhuhuhu... umur semakin meningkat, dunia juga semakin tua. Hmmm.......

Malam tahun baharu hari tu, korang pergi mana? ramaike yang bercuti. Aku balik kampungje.. malas nak sambut ke apake. Aku balik kampungpun ada tujuan, aku nak ambil balik anak-anak bulus aku yang aku tinggalkan sekejap haritu.. huhuhu.. anak-anak bulus aku dah semakin bam bamlah... 

Jom aku belanja gambar mereka..


Kucing Pak Ya, ibu muda.. anak nak susupun tak dibaginya..
 Aurella ketika di kampung... suka sangat duduk dalam tempat poo

 
Ini bila dah balik rumah, masing-masing qada' tido sebab keletihan 1/2 hari dalam kereta. Tengok Aurella dengan tempat kegemarannya..