Isnin, Jun 8

Blues Monday #85


Assalamualaikum wbt..

Isnin, seperti biasa.. hari yang sangat Blues.. 2 hari bercuti, Memang dipergunakan dengan secukupnya. Musim cuti sekolah, kome semua berjalan ke mana? Minggu lepas, aku balik ke kampung jer.. 

Elok tengah sedap-sedap duduk kampung, aku dapat berita rakan sepejabat aku kemalangan dengan kereta. Budak tu naik motorsikal. Patah tulang pehanya. Hari Rabu lepas baru di bedah dan masuk besi. Bos aku cakap kat aku, Tahun ni aku tak dapat cuti raya.. alahai bos.. janganlah bos... jangan... huhuhu.... alahai.. letihnya aku.. buat kerja n nak attend public lagi, seorang diri huhuhuhu..

Moga dia cepatlah sembuh dan boleh mula bekerja semula.. mingguni sepatutnya dia ada exam kat UTM Jalan Semarak. Macamana agaknya tu... Semoga berjaya menghadapi peperiksaan.

Hujung minggu ni, kita dikejutkan pula dengan kejadian gempa bumi di Sabah. Innalillahiwainnalillahirojiun... Bencana alam yang menimpa negara kita, akibat dari titik-titik gempa yang kian menghampiri Malaysia.. Allahuakbar... moga Allah lindungi negara kita ni dari bencana yang lebih buruk lagi. Amin...
 Teruk juga keadaan bangunan-banguna sekitar Ranau yer.. 6.0 Skala Ricther memang kuat jugak lahkan... Takziah buat mereka semua.


Khamis, Jun 4

Petrosains, KLCC


Assalamualaikum wbt...

Sorrylah, lama tak update blog. Sibuk sikit dan aku balik kampung. Tengah cuti sekolahkan.. Jadi bila cuti, cheq malas sikit nak update blog cheq.

Korang nak tahu tak? selama bertahun-tahun petrosains kat KLCC tu di buka, aku tak pernah nak tergerak hati untuk menjejakkan kaki aku ke situ. Walaupun aku dah berkali-kali pergi ke KLCC tu untuk jalan-jalan or membeli belah. Sungguh... aku tak tipu...(dengan mata yang membulat.. muehehehe)

Kalini, anak aku dah besar, dah tahu erti sains, aku pun cubalah ajak Hubby aku untuk pergi ke KLCC dan Petrosains.

Seingat aku jugalah.. akupun dah lama tak ke KLCC.. last datang dahulupun naik motor jer. Malas nak naik kereta pasal bayar parking mahal.

Enough pasal KLCC, kita cerita lebih pasal Petrosains ek..
Beratur panjang nak naik ape nama ntah cheq lupalah..
Penat dukung kamu sayang, duduklah pula
Ok nak dekat, tunggu giliran sikit lagi
Dah masuk, mainan pertama anak teruna aku sentuh
Bermain dengan angin ribut
Siap bercekak pinggang tengok apa ntah, sebelah kanan bermain dengan cermin
Anak teruna aku takut kat sini

Zaman Pra-Sejarah
Bermain dengan jengkaut pulak..
Tengah sedap-sedap main warna, aku terjumpa dengan rakan serumah dan satu universiti
10 tahun jugaklah tak berjumpa, masing-masing dah jadi ibu
Nak main dalam plane tu kena beli tiket dan kena tunggu masa yang ditetapkan juga. Oklah 3D
Keretani, anak teruna nak main tapi kaki tak sampai ahaks..
Masa untuk balik, banyak permainan dan pameran yang kami tak dapat masuk sebab dah lebih masa jam 5 sebab ada permainan tu, jam 5 ke jam 6 ke last untuk bermain. So, banyak yang anak teruna tak sempat nak teroka. Nanti ada masa lagi kita datang lagi lah.. Adios..


Khamis, Mei 28

HDN SAVER CARD


Assalamualaikum wbt...


Korang mesti selalu merungut kereta banyak makan minyaklah, bil elektrik naik melambunglah. Tambah lagi, dengan bayaran GST lagi, lagilah jenuh kita membayarnya. Korang pernah dengar kad jimat minyak dan elektrik tak? HDN saver card ada jalan penyelesaiannya.. ceh..ceh..ceh.. macam dalam iklan pulakkan... 
Aku bukan suka-suka nak promote tapi memang nak cerita benda betul. Tambah lagi kalau benda-benda bab jimatni memang kepakaran aku.

Dihasilkan dari perkembangan teknologi terkini di USA dan GERMAN. Salah satu bahan utama yang digunakan adalah Bio Ceramic yang menghasilkan tenaga Scalar Energy, Ion Negatif dan Far Infrared (FIR). Hasilnya mempu mengurangkan penggunaan bahan api 30% - 50%. Amat Sesuai untuk perjalan jauh, sesuai untuk kaburetor dan injection. Menstabilkan Arus Elektrik, membantu mengurangkan kadar radiasi di dalam rumah dan mampu mengurangkan tenaga elektrik 30%.

Ha.. yang atas tu ayat iklan ek.. Aku dah pakai dekat sebulan kad ni pada kereta aku. Mulanya aku malas nak percaya. Sebab abah aku yang jualkan.. Yelah aku duk promote Firmax3 kat ma aku, sampai kesudah dia cuma beli satu botolje kat aku. Tapi bila time ma aku berjual pula, tetiba aku nak kena beli pulak, siap promote jadi ahli lagi. Abah aku siap paksa beli dan lekat kat kereta aku lagi. Nak tak nak menantu dia jugak yang bayarkan. Aku, biasalah keras hati macam abah aku gak.. anak abahkan.. tak mau aku bayar lantaklah.. mula-mula pakai, aku tak nampak sangat kesannya. Abah aku cakap untuk kereta 2.0 kena pakai 2 lagi cepat nampak kesan. Aternya, mana lagi aku nak lekat, tak muat... terkini, cuti panjang 1hb Mei yang lepas, baru terasa kesannya sebab bayangkan, aku hanya perlu isi minyak RM 70 dari rumah, then siap jalan-jalan dalam Johor dan  balik singgah JPO (Johor Premium Outlet) singgah Pagoh, baru isi minyak. Dari Pagoh pula, aku hanya isi RM60 dan aku boleh bawa sampai hari kerja sampai hari khamis dan masih ada lagi 1 takuk sebelum menyala merah. Terkejut jugak tau.. Hubby aku yang jarang bawa kereta, dia cakap kereta agak pickup dari sebelumnih. Lagi satu, aku isi minyak Khamis 14hb lepas, sepatutnya rabu 20hb aku dah kena isi minyak, tapi sehingga hari ini aku masih belum mengisi minyak lagi tau...

Seronok sangat sampai aku cerita kat kawan aku, Puan Ana. Dia dah cuba juga. Dia pakai Exora, hari selasa lepas lekat pada kereta dia. Dia cerita, minyak dia tinggal 70 dan sepatutnya dia dah isi hari ni. Tapi, dia surprise sebab meter minyak dia tak bergerak dari hari selasa lagi.

Ha.. betultau.. aku tak tipu..lekatje terus nampak kesan...

 Harganya? RM150 sahaja, boleh pakai sehingga 5 tahun tau... ha.. jimatkan.. kalau dapat jimat duit kita dari isi minyak selalu apa salahnya kan
 Risalah mengenai save card tu.

Ada yang berminat? Meh beli dengan I... RM 150 untuk 1 kad (tidak termasuk harga poslaju), 2 kad RM 250. COD juga boleh dilakukan untuk kawasan PJ, Subang, Shah Alam dan Klang. Nak lagi murah? Boleh what apps dengan I gak di no hp. 0132937898 untuk cara-cara pembelian dan juga penghantaran.

Nak jimat, Bila lagikan...